Monday, 21 November 2011

PANTUN KISAH PERSAHABATAN PALSU



PANTUN KISAH PERSAHABATAN PALSU

Assalamualaikum duhai semua sahabat fbku,
Apa kabarmu di sana;
Moga bahagia selalu,
Salam kasih salam sayang untuk semua.

Di sini aku mula nak bercerita,
Bukan nak mengumpat bukan nak mengata;
Tentang sebuah kisah untuk dikongsi bersama,
Kalau ada pandangan aku ingin mendengarnya.

Bermula dengan seorang jiranku satu ketika dulu,
Namanya Siti Rohani kawan baikku;
Sikapnya buatkan aku bercelaru,
Bermuka manis di belakang mengumpat mengejiku.

Kami selalu bergelak ketawa bersama,
Hingga dikenali sebagai kawan hati sejiwa;
Tapi rupanya sekadar topeng belaka,
Tak sangkaku kenapa sampai hatinya.

Memang sifatku bertegur sapa dengan jiran di sekelililngku,
Bila bertemu bersalaman bertanya kabar;
Bercerita tentang ceramah di surau,
Bila cerita gembiranya hati tidak dapat digambar.

Kak Leha jiran yang sama ke surau,
Minta aku ajarkan mengaji untuknya;
Tanpa berfikir aku setuju kerana itu minatku,
Belajar bersungguh bersemangatnya Kak Leha.

Tepat masanya ku nantikan Kak Leha,
Kak Leha tak juga kunjung tiba;
Hatiku bimbang dengan tiba-tiba,
Mungkin Kak Leha sakit agaknya.

Tiba-tiba hatiku terasa pilu,
Kawan baik jiranku semuanya menjauhkan diri;
Tertanya-tanya aku kenapa mereka begitu,
Apa salahku kenapa aku dihukum begini.

Aku mengadu kepada Siti Rohani,
Siti Rohani memujukku agar bertabah hati;
Pujukan Rohani esakkanku terhenti,
Syukurku punyai kawan sebaik Siti Rohani.

Kemesraanku dengan jiran-jiranku tidak seperti dulu,
Mereka telah menjauhkan diri dariku;
Mujurlah ada Siti Rohani yang sudi berkawanku,
Selalu memujukku dan menasihatikan aku.

Kutanya Siti Rohani kenapa mereka begitu,
Jahat sangatkah aku hingga mereka menjauhkan diri;
Yang peliknya Kak Leha pun begitu,
Rohani katakan adatlah manusia begini.

Setiap hari aku tertanya-tanya,
Kenapa semua jiranku terus menyepi;
Kepada Tuhan aku berdoa,
Supaya diberi kesabaran ujian yang kuhadapi.

Lama-lama aku sudah menjadi lali,
Tidak mempunyai ramai kawan seperti dulu;
Cuma ada kawan baikku Siti Rohani,
Namun kurindukan semua kemesraan seperti dulu.

Suatu hari aku berkenalan dengan jiran baru,
Dia buta punyai anak dua;
Berkawan dengannya sukanya hatiku,
Lauk-pauk yang kumasak kuberikan padanya.

Biarpun Ros buta aku suka berkawan dengannya,
Anak-anaknya selalu kubelikan coklat;
Berkawan dengan Ros hari-hari berbunga-bunga cinta,
Kuberdoa supaya hubungan persahabatan tidak menjadi kelat.

Tengah hari itu aku pergi ke rumah Ros,
Pergi bersama dengan Siti Rohani;
Menghantar lauk kegemaran Ros,
Ros menyambutku dengan suka hati.

Terperanjatku apabila Ros beritahuku,
Supaya jangan berkawan dengan Siti Rohani;
Kutanya Ros kenapa dia kata begitu,
Katanya Siti Rohani tidak ikhlas hati.

Aku tergelak-gelak untuk menahan sabar,
Kerana Siti Rohani ada di sebelahku;
Ros bercerita tidak sabar-sabar,
Siti Rohani mengatakan padanya keburukanku.

Kata Rohani padanya... jangan makan makanan yang kuberi,
Kerana makanan yang kuberi makanan yang sudah basi;
Elok terus dibuangkan saja jangan disimpan lagi,
Kusenyum dalam duka melihat Siti Rohani.

Siti Rohani tidak terkata apa,
Membisu dia seribu bahasa;
Kupujuk hati supaya tidak mengapa,
Setidaknya ku tahu Siti Rohani itu siapa.

Barulah ku tahu siapkah yang empunya angkara,
Hinggakan kawan-kawanku menjauhkan diri;
Rupanya kawan baikku sendiri empunya angkara,
Aku tak tahu kenapa busuknya hati Siti Rohani.

Syukurku kepada Tuhan Yang Maha Tahu,
Menunjukku siapakah Siti Rohani sebenarnya;
Di depan manis di belakang menikamku,
Tidak sangkaku kenapa sampai hatinya.

Selama ini aku amat menghargai persahabatan dengannya,
Kenapa dia setega itu denganku;
Kujalinkan persahabatan seikhlas hati dengannya,
Tapi apakah ini balasannya keikhlasan persahabatanku.

Aku terlalu kecewa dengan sikap Siti Rohani,
Menangisku pabila kenangkannya;
Moga aku tidak diketemukan kawan seperti Siti Rohani,
Mulut manis tapi amat busuk hatinya.

Moga Allah jauhkan aku dari persahabatan yang palsu,
Kata-kata manis tapi hati penuh beracun;
Persahabatan palsu buat hatiku pilu,
Moga persahabatan palsu ku ini menjadi pengajaran.

Kepada semua teman FB yang dihormati,
Terima kasih atas segala sapaanku;
Sampai sini pena terhenti,
Salam ceria dariku untuk semua teman fbku.

Karya Rha NS
21 November 2011
· · 5 hours ago

  • Mahabbah El-ahMead likes this.

    • Rans Romeo
      Sejuta musuh gampang dicari dalam sekejap,.. Tapi, seorang sahabat sejati yang sama tertawa dan sama menangis tak mudah untuk di dapat..

      Rambut memanglah sama hitamnya. Dan ibarat laut, dalamnya mungkin dapat ditebak. Tapi dalamnya hati yang tulus ikhlas tidaklah dapat kita tebak. Sebab hati banyak ragamnya..
      Lain di bibir lain di hati. Itulah musuh yang sangat marabahaya. Tak jarang syaithon berubah wujud bak manusia yang baik hanya demi satu tujuan, tipu muslihat ke arah Neraka Jahannam..
      4 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Sahabat sejati itulah yang diimpi,
      Persahabatan terjalin hanya keranaNya;
      Bukan kerana kekayaan dimiliki,
      Tapi kerana ketulusan hatinya.
      3 hours ago · · 1

  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    21 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;