Wednesday, 23 November 2011

PERMOHONAN MAAF KUPINTA DUHAI SAHABATKU

KUREDHA SETIAP KEJADIAN YANG BERLAKU

Berburuk sangka amat kutakuti,
Yang hanya ada di hati ingin berbakti;
Ku tak tega menerima kata-kata meracuni hati,
Rela kubisu dari menyakiti dan disakiti.

Menabur budi bukan untuk menonjol diri,
Tapi mahukan percambahan idea;
Ilmumu ilmunya amat kuperlui,
Akan kuhargai itu tandanya.

Aku pun bukan insan yang sempurna,
Kelemahan ku ada di mana-mana;
Ilmuku tak banyak mana,
Justeru kuperlukan bimbingan apa adanya.

Jika kehadiranku tidak diperlukan,
Bersedia aku membawa diri;
Bukan kerana berperasangka keburukan,
Tapi sejujurnya aku tak tega lagi memakan hati.

Kusangkakan panas hingga ke petang,
Tapi rupanya hujan di tengah hari;
Apa dayaku kehilangan kasih sayang,
Seorang kawan yang kusanjungi sepenuh hati.

Jika ada ruang ingin kuberikan hati,
Sebagai permohonan maaf dariku yang khilaf ini;
Ku tak mahu berperasangka hati,
Rela hatiku hancur demi sahabatku yang baik hati.

Permohonan maaf kupinta duhai sahabatku,
Kuakui ketidak sempurnaan diriku;
Yang tak tega dengan kata sebegitu,
Ku amat malu dengan Tuhanku dalam hal yang tak dugaku.

Apa saja hukuman dari sahabatku itu kuterima,
Asalkan Tuhanku mengampunkan aku,
Ku tak mahu masalah sekecil ini ke akhirat juga yang kubawa,
Ku redha dan bersangka baik setiap kejadian yang berlaku.

Karya: Rha NS
10 Ramadhan 1432H
· · 15 hours ago

  • You, Haidi Yan and Athaya Nabila like this.


    • Athaya Nabila mohon maaf nanda mohon undur diri..sudah ngantuk banget ni bunda..met istirahat juga buat bunda..semoga mimpi indah hehe assalamu'alaikum
      14 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali
      Tadi malam aku bermimpi terbang di angkasaraya bersamamu
      Kita dipinjamkan sayap oleh merak emas yang sangat cantik
      Kita amat gembira di kala itu berterbangan sambil bercanda
      gelak ketawa memetik bintang yang bertaburan di langit malam
      lalu bintang di masukkan ke bakul emas yang kita bawa sambil
      memetik bintang kita berzikir sambil menangis kesyukuran kerana
      Allah izinkan kita menyaksikan keindahan CiptaanNya di langit
      malam... bulan pula tersenyum melihat kita dan kita saling membalas
      senyuman bulan Masya-Allah indah saat itu!
      Sedang kita asyik memuji Allah memandang senyuman bulan
      tiba-tiba kita di sinari cahaya yang pelbagai warna!
      Rupanya pelangi muncul mengindahkan lagi suasana malam...
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
      Indahnya suasana malam penuh dengan kesyukuran memuji Kebesaran Allah
      5 hours ago · · 1

  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    24 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;