Friday, 25 November 2011

PERSAHABATAN KITA LEBIH BERHARGA DARIPADA INTAN DAN PERMATA



Rabeah Mohd Ali
KURNIAAN SAHABAT SEJATI!

Kurniaan sahabat sejati buat hati ada taman,
Hidup bagaikan disinari pelangi setiap hari;
Malam disinari sinaran rang bulan,
Begitu indahnya kurniaan sahabat sejati.

Justru jagalah hati sahabat sejatimu,
Agar tidak berasa hati ;
Berkata yang manis dan senyum selalu,
Pasti ikatan sahabat sejati terrsimpul mati.

Ku yakin kau dikelilingi dengan sahabat sejati,
Di wajah mereka ada keikhlasan;
Senyuman terukir lahir dari hati,
Hati nan suci penuh dengan keikhlasan.

Saling hormat menghormati,
Saling percaya mempercayai;
Saling bantu membantu sesama sendiri,
Saling bermuhasabah diri tiada kepentingan diri.

Kata-kata yang diluahkan berhati-hati,
Agar tiada hati dilukai;
Biarpun berjenaka ada isi,
Barulah persahabatan rasa dihargai.

Moga ikatan persahatanmu abadi,
Tanpa ada kekeruhan di hati;
Biarpun tsunami datang membadai,
Persahabatan tetap diteruskan hingga ke mati.

Saling bermaaf-maafan sesama kita,
Jangan simpan di dalam hati;
Yang tak puas hati dikongsi bersama,
Agar hilang segala yang tak berkenan di hati.

Senyummu dibalas semua sahabat sejatimu,
Kehadiranmu mendamaikan hati,
Kuhargai keikhlasanmu bersahabat denganku,
Moga hidup matimu Allah redhai.

Karya Rha NS
25 November 2011
· · See Friendship · 5 hours ago ·

  • Datuk Jem likes this.

    • Datuk Jem Sungguh terharu saya membacanya nya dan saya amat menhargainya.terima kasih wahai sahabat ku kerana menhargai ku....
      2 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Kesudianmu terimaku sebagai sababatku biarpun cuma di alam maya ...amat kusyukuri, Persahabatan kita lebih berharga dari intan dan permata duhai sahabatku Datuk Jem! Moga abadi selamanya. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
      2 hours ago ·


  • ((PETIKAN DARIPADA WALL DATUK JEM)
    26 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;