Friday, 25 November 2011

PERSAHABATAN KAMI LAHIR DARI HATI SETULUS IKHLAS DEMI SEBUAH PERJUANGAN DAN MINAT YANG SAMA


  • Buat Sahabatku Yang Sentiasa Tersanjung Di hati...

    Maafkan aku kerana telalu banyak dugaan persahabatan kita hinggakan kau jadi lelah dan aku jadi capek untuk mempertahankannya.

    Telah berapa kali kita putus persahabatan kerana salah faham tanpa dirancang.

    Telah banyak kali kita rujuk kembali demi sebuah perjuangan suci kita.
    Angan mu anganku sama untuk mencipta kejayaan di bidang yang kita minati.

    Kita usaha sedaya upaya untuk menggapainya bersama tapi semalam buat aku hampir-hampir putus asa dengan sikapmu. Maafkan aku kerana tidak tahu kau sesibuk itu... maafkan aku.

    Kupinta pada Tuhan agar memberi aku kesabaran yang tinggi.  Aku tak mahu kerana salah faham kita berpisah lagi.  Cukuplah keperitan perpisahan tika berpisah denganmu dulu.

    Ku bersahabat denganmu bukan kerana kecantikan dan kepandaian
    yang kau miliki tapi minatmu yang sama denganku dan kau telah
    berjanji untuk menyokongku kerana itulah kau sumber inspirasiku dan semangatku untuk berjuang tanpa henti bersamamu... mana tahu apa yang kita angankan bersama menjadi kenyataan dengan IzinNya Amin

    Dan Sebagai Tanda Terharuku Padamu Sambutlah...

    Salam Kemaafan
    Salam Silaturrahim
    Salam Maal Hijrah
    Salam Kejayaan
    Salam Perjuangan
    Salam Kasih Sayang Setulusnya
    Salam Rindu Tanpa Jemu

    Moga dengan bunga-bunga salam yang kukirimkan di angin lalu bisa buatkan kau tersenyum...
    senyummu penawar dukaku.

    Terima kasih kerana sudi bersahabat denganku
    Dan sudi terima segala ketidaksempurnaanku
    Kau ditakdirkan menjadi sahabatku
    Dan aku ditakdirkan untuk menjadi sahabatmu
    Dalam ikatan ukhwah puisi berpanjangan
    Dalam ikatan kasih sayang yang telah terpatri di hatiku buat selamanya.

    Suara kalbu sahabat seperjuanganmu Rha NS
    Kepada sahabat seperjuanganku Ruf NS
    · · 6 hours ago



      • Rans Romeo Kisah yang sangat menarik yang memahami makna. Dan akan menjadi best seller jika di buku kan or di film_kan...

        Aku Suka Kisah ini....

        6 hours ago · · 1

      • Mahabbah El-ahMead semoga persahabatan ini tak kunjung redup, walau tak pernah jumpa dan peluk erat sesama. sapaan dan motifasi sebuah kalaimat adalah menunjang semangatnya kita bangkit, dan untuk daku khususnya memohon bunda lebih sabar membimbingnya walau lewan sebuah pesan...bagiku itu adalah sebuah keinginan saya yang sangat saya harap bunda...salam peluk erat dari jauh...
        5 hours ago · · 2

      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih kerana sudi memahami luahan hatiku kepada seorang  sahabatku...kisah itu cuma luarannya saja kalau diperincikan aduhai ramai yang menangis pilu keterharuan dan kemurniaan hati seorang sahabat hanya Allah sahaja yang tahu betapa ikatan persahabatan kami penuh ujian yang mencabar dalam menjalinkan hubungan persahabatan setulus hati keranaNya. Moga persahabatanku dengannya selepas ini tak akan tergugat dengan apa pun ku rela hatiku remuk redam asalkan ku tak berpisah dengannya lagi....moga dia begitu juga hendaknya.

        Yang buat kuterharu hingga saat ini apabila dia berjanji untuk bersamaku merealisasikan impianku dan dialah yang akan menjadi pengarah filem hasil karya-karyaku ...aduhai...betapa murni hatinya kerana dia seorang saja yang menyokongku hingga ke tahap itu ...amat di luar kotak pemikiranku ada sahabat yan sanggup berkorban sebegitu rupa pada dunia sasteraku. Moga Allah capaikan impianku impiannya Amin. Apa pun kau juga salah seorang yang menyokong usaha dan cita-citaku untuk menjadikan Sasteraku Duniaku Menjadi Realiti. Amin. Terima kasih untuk segalanya. Dan kudoakan juga moga cita-citamu juga berjaya Amin

        5 hours ago · · 1

      • Rabeah Mohd Ali Duhai...sahabatku Mahabbah...ku tak tahu bicara bagaimana lagi padamu...kadang kala aku malu sangat...hingga sebegitu sekali kau mengagumi karyaku...sedangkan siapalah aku...penulis yang tak punya apa-apa untuk digelar sebagai seorang penulis...tapi percayalah aku amat menghargai persahabatan ini...mungkin ada hikmahnya pertemuan kita di alam maya ini....pertemuan yang telah dirancangkan oleh Allah Taala. Mana tahu suatu saat nanti kita bertemu bersalaman berpelukan dalam air mata penuh syahdu...percayalah...biarpun kita terpisah jauh namun cinta dan kasihku padamu tetap terpatri di hatiku. Salam kasih sayang salam rinduku yang tak pernah jemu padamu duhai sahabatku yang bernama Mahabbah...Puisimu Puisiku Bertemu Di Alam Maya Terpatri Di hatiku Dihatimu!
        5 hours ago ·

      • Rans Romeo Bolehkah aku tau siapa seorang sahabat itu...???
        Apakah ini kisah persahabatan pribadi atau kisah sahabat dari seorang sahabat....???

        4 hours ago · · 1

      • Rabeah Mohd Ali Ini kisah sahabat dari seorang sahabat...doakanlah moga persahabatan kami lahir dari hati setulus ikhlas demi sebuah perjuangan dan minat yang sama...berasal dari Sabah orangnya ayu dan menawan namanya seakan namaku...siapa yang bersahabat dengannya Insya-Allah akan rasa dihargai apa adanya.
        4 hours ago · · 1

      • Rans Romeo Apakah sekiranya aku mengenal seorang sahabat itu,,,,???
        4 hours ago · · 1

      • Rabeah Mohd Ali Kau tidak mengenalinya...tapi ada peluang nanti aku akan kenalkannya denganmu...boleh ku tahu apakah yang menyebabkan kau ingin mengenalinya ye...
        4 hours ago · · 1

      • Rans Romeo Menyerupai kisahku....
        2 hours ago · · 1

      • Rabeah Mohd Ali Patutlah orang yang mengalaminya saja akan mengerti betapa berharganya erti persahabatan setulus hati keranaNya.
        2 hours ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
      25 November 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;