- Tertera di fonku rm5.00 telah berjaya dikreditkan
Aku punyalah suka kerana Zana menepati janjinya tapi selalunya zana topupkan aku rm10.00 tapi kenapa rm5.00 Tak apalah setidak-tidaknya aku dapat berbalas sms dengan sahabatku ruf menantikan apa-apa berita baik darinya.
Tiba-tiba aku dapat panggilan
"Boleh tak pulangkan balik topup saya...saya telah tersalah nombor...sepatutnya itu nombor kawan saya ...saya telah tersalah tekan..."
"Awak salah nomborlah...." Aku terus matikan talian.
Sejurus selepas itu aku terima mesej.
"Nombor awak lebih kurang sama jadi saya tersalah tekan satu nombor je...tolong kembalikan semula kredit saya..."
Aku terus telefon Zana.
"Tadi ada topupkan ibu ke?"
"Tak ada..."
"Ada orang tersalah topup...ambil nombor ni...topupkan ke fonnya..."
"Ye lah ibu...ibu doakan untuk Zana dapat 10 kes sekarang baru 2 orang.."
"Ya Allah dapatkanlah anakku 10 kes Takaful Etiqa dan dapat juga bakal suaminya yang beriman...Amin Ya Rabbal A'Lamin."
"Amin ...Sayang ibu..."
Sejurus kemudian aku menghantar mesej yang aku sudah topupkan rm5.00 kepada orang yang tersalah nombor tadi.
Dia meminta maaf banyak-banyak kerana tadinya dia sudah memandang serong padaku dan ingin menjadikan aku sahabatnya.
Aku hantar mesej padanya.
Ingat tadi dah jadi kaya dapat topup rm5.00 tapi dah diminta balik..jadilah miskin semula...justeru tak dapatlah nak balas sms untuk menyambungkan talisiraturrahim ini. Maaf ye...Salam Kemaafan Salam Maal Hijrah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment