Wednesday, 23 November 2011

KUSYUKURI BAKAT KURNIAAN DARI ALLAH SWT



Rabeah Mohd Ali
 Karyaku! Duniaku!


Aku berkarya bukan mencipta nama
Aku berkarya bukan berbangga diri
Aku berkarya kerana tanda cintaku
pada Allah, manusia dan pada
sekalian alam ini

Bakat karya anugerah
dari Yang Maha Esa
takkan kupersiakan
Ya Allah aku syukuri
kerana terpilih menerima
anugerah-Mu
Ini satu tanggungjawab…
Kupikul setulus ikhlas

Moga karyaku memberi
hidayah untukku dan kepada
sesiapa membaca
Kakukan jemariku jika karyaku
mengumpat mengeji manusia
menabur fitnah sana-sini
Lancarkan jemariku untuk menulis
perkara baik dikira di alam barzah
itu kumahukan Ya Allah!

Aku mesti banyak
membaca...
mendengar...
melihat...
mengkaji...
memikir...
dan bermuhasabah diri...
agar karyaku dapat hidupkan
jiwa-jiwa mati!
Jiwa-jiwa mahu hidupkan rohani

Aku mewakili suara anak-anak kecil
sengsara akibat perang
Mewakili suara rakyat yang sentiasa ingin dibela
Mewakili suara kerajaan untuk rakyatnya

Moga suatu hari nanti
suara-suara hasil karyaku
bertebaran di muka bumi inidihayati dan dihargai oleh
seluruh penghuni bumi ini!

Siapalah aku tanpa Pertolongan dari-Nya
menghasilkan karya dikira amal jariah

Anugerah-Mu ini akan kujaga kerana
Karyaku! Duniaku!

Karya  Rha NS
18 Januari 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;