SAMESTA WUJUDI
Saratkah Sirhind dengan asapan tahlil
sehingga maqam-maqam terbangun berdiri
kitapun menyungkur, saat-saat nyanyian rindu tergetar
menghampar tikar, lalu sayu puisi urdu kau lagu
merembes cawan-cawan hati dengan zamzam Hajar
basuhlah Tuhan, karat keji yang kelam
atau cabut duri-duri yang menikam
biar mazmumah terpadam
O Kaabah yang kau sembah
tali gambusnya mendeting rangkap-rangkap penghidupan
Kaldai Taif dalam heran mendengar
bisik santun al-Mulk di tepi keranda
berbudi pada nafas kafan tika ruh damai berbaring
menutup jendela dunia yang hingar
dengan gundah fitnah
Aku mendepang tangan mahu memelukmu kekasih
saat khiamat diri mengatup lembaran kiroman katibin
perlahanlah, jangan bingkas..
pun rindu mengakar calar,
aku juga merintih dalam tangis menahan pedih
kita rai saja kematian jasad yang mereka usung
dengan kelopak mawar di tabur ke kubur
dan jiruslah fatihahmu.
Lalu...
Lam & Alif mencantumi dada
tiada tertinggal di sana selain onggokkan maya
dari indera tanpa peka tak berahsia
sedang kau kubawa merentas legeh zuhal yang menyirna
melingkari wujudi samesta Diri
jika bukan Aku cinta padaMu, jangan ujudku ada
fanakan segala
tanpa bersisa!
Rajesh Mysore

0 comments:
Post a Comment