RUMAH KASIH IBU HINGGA KE SYURGA FIRDAUS
Syukur ku mempunyai rakan fb semurni hatimu.
Tak terfikir olehku hatimu semurni itu kerana dari sudut pandangan negatif mesti menyatakan si Amir Omar anak lelaki yang tak guna...zalim kerana setega itu meninggalkan ibunya terkontang kanting bersendirian. Bukankah zalim namanya itu?
Semua orang fikir macam ku fikir....
Tapi dari sudut positif pula kerana tidak mampu untuk menyara kos ibunya dan keadaan hidup yang tertekan dia terpaksa tinggalkan ibunya di situ walaupun hatinya tidak mahu berbuat begitu.
Pengangguran menjadikan dia terpaksa bertindak sezalim itu...tapi nak buat macam mana....diri sendiripun tak lepas...justeru dia senekad itu....dan kau amat faham masalah yang si Amir Mohd Omar hadapi, dengan menawarkan dia berkerja dan mahu menanggung sara hidup Ibu kepada si Amir...agar kasih anak dan ibu dapat disatukan sampai ke Syurga. Allahu Akhbar mulia sungguh hatimu...moga niat ikhlas itu Allah SWT membalasmu dengan ganjaran Syurga Firdaus Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Makanya dicadangkan kepadamu duhai sahabatku Jamhuri Abd Rahman...binalah,' RUMAH KASIH IBU HINGGA KE SYURGA FIRDAUS'
untuk bekalan akhiratmu sahabatku...
Ini adalah sekadar cadangan saja dariku untukmu sahabatku.
Sahabatku seorang yang baik hati,
Membantu sesama insan bukan untuk dipuji;
Tapi mahukan redha Illahi,
Moga Alllah murahkan rezeki.
Karya Rha NS
14 Mac 2012
0 comments:
Post a Comment