Friday, 16 March 2012

OMBAK RINDU TAK TEGA AKU BERGUNDAH GULANA SELAMANYA


    • OMBAK RINDU MENYATUKAN KASIH KITA

      Sahabat yang sentiasa terkasih di hati...
      Kau hadir di kala aku hampir berputus asa
      Di kala aku hampir kecewa
      Di kala aku tidak percaya apa itu cinta sejati
      Di kala aku hilang erti kasih sayang sahabat sejati
      Di kala aku tidak percaya lagi erti kejujuran kata-kata
      Di kala aku mati dengan harapan dan cita-cita

      Tapi hadirmu membuatkan
      Duniaku yang sepi jadi bak pelangi indah di waktu malam

      Telah puluhan tahun senyumanku telah kubenamkan di ombak rindu
      Kini ombak rindu mengirimkan semula senyumanku itu
      Kerna ombak rindu tak tega aku bergundah gulana selamanya
      Terima kasih ombak rindu kerna memahamiku

      Kalau dulu aku amat membenci mu
      Kerna kau menggheret senyumanku
      Dalam bara gelombang ombak mengganas!
      Lalu tanpa ehsanmu kau hempaskan aku ke pantai
      Lalu aku terdampar
      Di pantai tidak berpenghuni
      Di Rimba Niagara
      Penghuni rimbalah penawar dukaku
      Mereka bergotong royong
      Mendirikan istana indah untukku berteduh
      Daripada hujan dan panas
      Amat indah dan berseni istana yang didirikan untukku
      Dan aku amat bahagia sekali tinggal di sini
      Dilayani sebagai seorang puteri diRaja
      Bagaikan mimpi aku
      Apabila mereka suka dengan
      Hasil syair dan gurindam
      Karanganku
      Setiap kali aku berlagu gurindam
      Mereka menangis bila gurindamku bernada sedih
      Dan mereka akan ketawa terbahak-bahak apabila gurindam jenaka
      Habis saja aku berlagu gurindam mereka terkinja-kinja keseronokan
      Yang bukan kepalang gembiranya
      Aku teruja berkarya
      Mereka teruja mendengar
      Sama-sama teruja

      Merekalah yang menyediakan kelengkapan penulisanku....
      Bulu burung geroda sebagai penanya
      Darah mereka sebagai dakwatnya
      Setiap kali aku menulis aku menangis
      Kerana aku bertintakan darah menghuni rimba tersayang
      "Tuan puteri yang kami sayangi demi cita-cita Tuan Puteri
      bukan setakat darah kami saja ...nyawa kami pun sanggup kami pertaruhkan
      demi cia-cita tuan puteri ."
      "Allahu Akhbar tak sanggup beta bertintakan darah rakyat beta yang terkasih di hati.
      "Kami ikhlas tuan puteri...tuan puteri memperjuangkan kehidupan kami..kenapa tidak kami hargai....kami tidak mahu menjadi makluk Tuhan yang tidak bersyukur tuan puteri...."
      Kerana ketulusan hati mereka dalam apa yang ingin aku perjuangkan...setiap kali berkarya aku pasti menangis...hingga kembang tulisan dengan titisan air mataku yang tak henti. Tulisan darah penghuni rimba bercampur dengan air mataku.

      Duhai penghuni rimba pengorbananmu takkan kulupa
      Duhai sahabatku sokonganmu kusanjungi di hati
      Duhai ombak rindu ...kau menyatukan kasih sayangku dengan
      penghuni rimba dan para sahabatku yang terkasih di hati
      Moga kasih kita terpatri hingga ke Syurgawi!

      Amin Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin

      Karya Rha NS
      15 Mac 2012
       ·  ·  · Yesterday at 8:07am near Shah Alam, Selangor

0 comments:

Post a Comment

 
;