CINTA DI DUNIA TERPATRI DITERUSKAN HINGGA KE SYURGAWI
Kasihkan Allah SWT Kasih Yang Teratas
Kasihkan Nabi Muhammad SAW sentiasa bertahta di hati
Kasihkan Raja hingga ke hujung nyawa
Kasihkan rakyat melebihi kepentingan sendiri
Kasihkan negara nyawa jadi taruhan
Semuanya dikasihi dan diperjuangankan adalah keranaNya
Apa yang dimahukan adalah redhaNya dan cintaNya
"CINTAILAH KERANANYA DAN BALAS CINTA KERANANYA...NIATKAN CINTA UNTUK MENDAPAT REDHA ALLAH SWT INSYA-ALLAH CINTA DI DUNIA BAGAIKAN SYURGA DAN TERPATRI HINGGA DITERUSKAN KE KE SYURGANYA'
9 hours ago · Like
Rabeah Mohd Ali:
ADAM DAN HAWA CINTA IDOLA
Hidup di Syurga terasa sunyi,
Sedangkan semuanya ada pasangan;
Kesunyian Adam Allah memahami
Dijadikan Hawa sebagai pasangan.
Bersyukur Adam Allah memahami keperluannya,
Mendapat cinta dan kasih sayang seorang wanita;
Hawa cantik rupawan seindah budi bahasanya,
Patutlah Allah jadikan Hawa ibu mithali segala manusia.
Adam dan Hawa tinggal di Syurga,
Memadu cinta dan kasih sayang sejati;
Wangian Syurga sewangi wangian cinta,
Mereka bersyukur Kebesaran Allah yang dicintai.
Demi cinta Adam kepada Hawa,
Terpengaruh dengan hasutan iblis;
Dituruti kehendak Hawa memakan buah larangan di Syurga,
Lalu terpisahlah mereka di bumi sukanya iblis.
Setelah sekian lama mereka terpisah,
Masing-masing tercari-cari;
Cinta di hati tidak berubah,
Di Jabbar Rahmah pertemuaan dua hati.
Kisah cinta sejoli Adam dan Hawa,
Menjadi idola pasangan bahagia;
Bersyukur dalam sujud kepada yang Esa,
Takdir cinta bahagia selamanya.
Justeru hargailah cinta Adam,
Adam pula menghargai cinta Hawa;
Allah merestui cinta yang terpendam,
Biarpun dipisahkan angkara alpa.
Cinta Adam dan Hawa mengusik kalbu,
Terima kasih sahabatku:
Kata-katamu mencetuskan ilhamku,
Moga Allah berkati hidup matimu.
Adam dan Hawa Cinta Idola,'
Menjadi idola bagi pasangan yang ingin bahagia;
Bahagia di dunia dan di akhirat juga,
Allah restui cinta dua insan abadi selamaNya.
Karya: Rhs NS
9 Ramadhan 1432H
9 Ogos 2011
9 hours ago · Like · 1
Rabeah Mohd Ali:
GURINDAM UNTUK KANDA
Kanda...oh kanda...
kanda buah hati dinda
kanda cinta pertama dan terakhir dinda
Kanda...oh...kanda...
terima kasih kerana sudi mencintai dinda keranaNya
kita sama-sama cinta
kita sama-sama sayang
Kanda...oh...kanda...
moga cinta kita sentiasa membara
tak jemu dan tak bosan
cinta kita bukan kerana harta atau darjat
cinta kita lahir dari hati nan tulus dan ikhlas
tiada apa yang dapat mengubah cinta kita
kecuali kematian memisahkan kita
Kanda...oh kanda...
kanda cinta dinda
dinda cinta kanda
kita sama-sama cinta
kita sama-sama sayang
moga ikatan kita
terpatri selamanya
di dunia hingga ke Syurgawi
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
19 Febuari 2012
(Gurindam ini kuhadiahkan kepada sahabatku yang tersanjung di hatiku jika hatimu sudah ada taman cinta dan dia menjadi permaisuri cinta hatimu ...hadiahkan gurindam ini agar dapat mendendangkan padamu setiap malam sebelummu terlena agar dapat menyuburkan cinta-cintamu yang sudah lama kegersangan cinta....hihihi)
9 hours ago · Like · 1
Ivan Loke Ehhh, kak Rabeah.. bleh ke tulis dalam satu note dan kongsinya di wall Datuk Jamhuri? Agak panjangnya utk dibaca disini..hehe.. Kongsi di wall dan tag agar kita senang utk mencari dan membaca baliknya nanti... Satu karya yg baik dan bermakna yg kak kongsikan itu... terima kasih. :)
about an hour ago · Like
Ivan Loke Itulah hidup uncle Jamhuri Abd Rahman! Penuh dgn dugaan dan godaan.. Dlm hidup ingin kita berharap utk menjumpa seorang dan menghabiskan hayat kita bersamanya, mungkin kekasih pertama mahupun yg hendak dikahwinkan, apa yg berlaku bukan kehendaknya... "Sesuatu yg berakhir adalah satu permulaan yg baru dlm hidup, seperti sebuah buku..." Hendak mendapat cinta yg tulus ikhlas bukan senang uncle, pandangan uncle sama dgn Ivan.. Tetapi janganlah uncle putus asa, utk cinta kekal byk usaha dan pengorbanan perlu dilakukan. Sabar saja. Kita sama2 doakanlah utk yg terbaik.
about an hour ago · Like
Rabeah Mohd Ali :
Terima kasih Ivan Loke kerana sudi menghargai tulisan akak...bukan apa... akak nak bagi motivasi pada uncle Jamhuri Abdul Rahman supaya hatinya ada taman...taman cinta...rugi kalau hati tiada taman cinta kan Ivan....tapi yang peliknya uncle jem ramai dikelilingi rama-rama pelbagai rupa yang cantik-cantik yang suka dan minat padanya dan ingin mendapatkan bukan kasih dan sayang je tapi cinta sejati daripada uncle jem...tapi kesian rama-rama tak dapat cinta uncle jem kerana hati uncle jem sudah dikunci kerana cinta terluka yang pernah di alaminya suatu tika dulu.
Biarpun uncle jem cuba menyembunyikan kesepiannya dengan sikap sempoynya pada rakan-rakannya...biarpun di tergelak-gelak namun hatinya tetap sepi ...biarpun uncle jem punyai kekayaan namun dia tetap sunyi dan dia perlukan cinta sejati untuk menyerikan hidupnya kerana itu Tuhan diciptakan Hawa untuk Adam agar Adam tidak sunyi lagi.
Dengan tulisan yang akak lahirkan itu...moga terbuka hati uncle jem menerima cinta sejati daripada rama-rama yang ramai di taman kasih sayangnya itu...tentu ada yang uncle jem sayang ...tentu ada yang ucle jem suka.....sama-sama suka....sama-sama sayang....dan bila dah suka dan sayang...hatipun berbunga cinta ....jika dah saling cinta mencintai...keduanya akan bahagia dan terisilah permaisuri untuk menemaninya seumur hidupnya berdasarkan cinta hingga ke Syurga.
Sebagai rakan fbnya akak selalu berkata padanya,' BAHAGIAMU BAHAGIAKU '
Kita sama-sama doakan kebahagiaan uncle jem ye Ivan...
moga cinta sejati bertandang di hatinya dan dimilikinya.
11 minutes ago · Like
(PETIKAN DARIPADA WALL JAMHURI ABD RAHMAN)
7 Mac 2012
;
0 comments:
Post a Comment