Hatiku mula bimbang bukan kepalang...
"Ke mana si Dira menghilang....dah ke petang...dah ke malam? Masih
tak pulang lagi..."
Malam itu aku dapat satu mesej ugutan,
"KALAU KAU HENDAK ANAK KAU HIDUP ....KAMI MAHUKAN RM 10,000.00 KALAU TIDAK ANAK KAU KAMI BAKAR HIDUP-HIDUP..."
Aku terperanjat! Menerima ugutan itu.
Mana pulak hendak kucari wang sebanyak itu. Aku bukan orang kaya raya, hidup pun kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Menu makanan harian kami maggi dan telor...kadang keputusan duit
tak makan...apalah sangat kerja suamiku sebagai buruh kasar di salah sebuah kilang . Duit simpanan dalam bank bukan nak kata ada RM10,000.00 sekupang duit pun tak ada. Mana bisa mungkin aku mampu nak bayar wang sebanyak itu.
Lainlah aku kenal hamba Allah yang bermurah hati seperti Jamhuri boleh juga dia datang membantu. Tapi aku tak kenal siapa-siapa yang bermurah hati. Lagipun sikapku tak suka meminta-minta....nanti dikatakan Ehsan Murahan...
Selang beberapa hari selepas itu aku mendapat tahu anakku sudah hangus dibakar oleh mereka yang berhatikan iblis dan syaitan. Haiwan pun tak sekejam itu! Masih ada sifat Ehsan...
"Ya Allah kau balaslah kekejaman mereka yang telah menganiaya anak aku...!"
Tak akan aku maafkan mereka yang zalim itu sampai akhirat.
Anak aku masih kecil lagi. Apalah salah anak aku.
Kalau duit itulah yang menjadi punca kau sezalim itu...
Memanglah kau bertuhankan duit hingga menjadi raja segala syaitan
Dan aku tak akan maafkan engkau...tak akan....! Sampai kapan pun!
Rasailah pembalasan engkau dari Tuhanku nanti....
Kepada Nadirah anakku....
Ibu sayang kamu nak...
Sayang sangat...sangat...
Sayang dunia akhirat....
Tunggulah ibu di pintu Syurga!
Karya Rha NS
14 Mac 2012
0 comments:
Post a Comment