BUKAKAN HIDAYAH KHASHAF CINTAMU
Suasana aman damai tenteram
Helaan tarikan nafas syahdu
Dalam kerinduan tak bertepi
Degupan jantung kencang bila mengingati
Hari mati apakah aku sudah bersedia bertemuMu
Ya Kekasihku berilah aku peluang membawa bekalan
Bekalan yang Kau terima
Barulah aku bersedia bertemuMu
Ya...Kekasihku
Bantulah aku dari segala sudut
Rahmat hidayah Nur KasihMu yang tak bertepi amat kuharapkan
Bukakan Hidayah Khashaf CintaMu
Agar cintaku mendapat balasan cintaMu
Berilah aku peluang melakukan segala
Amal Yang Kau Restu dan Redhai
Sebelum Kau menjemputku ke destinasi pasti
Barulah aku bersedia bertemu denganMu
Ya Kekasihku Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Perkenankan segala hajatku yang Kau Restu dan Redhai
Amin Ya Rabal A'Lamin
Karya: Rha NS
25 Julai 2011
0 comments:
Post a Comment