Monday, 2 April 2012

AKU MENEMUKANMU DI UNTAI AKSARA YANG MEMBISU


  • Andi Medan added a new photo.
     ·  ·  · about an hour ago · 
    • Andi Medan and 6 others like this.
      • Rabeah Mohd Ali KITA DITAKDIRKAN ADA JIWA MEMAHAMI CINTA KERANANYA UNTUK DIALIH BAHASAKAN KE ASKARA TERPINTAL MELUKIS MAKNA

        Isma Anis Al-Fikri

        Adakah Sama Yang Kau Rasa?

        aku menemukanmu
        di untai aksara yang membisu
        di antara bait puisi tertoreh di dinding semu
        terpanah aku oleh goresan jemarimu
        terpesona aksara penuh makna

        percikan rindu menyentuh kalbu
        selalu kuulang terus kuulang
        memperhatikanmu dalam diam
        kaupun mulai singgah di hatiku
        hadiri bayang-bayang indah dalam angan
        kaulah sang ratu pelukis rasa

        hadirmu kudamba di beranda jiwa
        kau insan yang amat istimewa
        membuat hati jatuh padamu
        tertewas di panah asmara rindu

        adakah sama yang kau rasa?
        setiap rasa tersimpan
        tidak dapat dilafaz
        rasailah bahasa hati

        adakah sama yang kau rasa?
        Like · · Unfollow Post · 13 hours ago
        7 people like this.

        Gahar Gilah

        kala aksaramu terpintal melukis makna
        bagai ada kata bergema di kuping
        bagai ada nada bergerak seiring...
        aku..antara lemas dan sadar
        antara sepi dan honar
        menadah tangan memujuk sukma..gejolak rasa sukar ditera..
        13 hours ago · Like · 1

        Rabeah Mohd Ali

        Aku sama merasakan apa yang kau rasa ...
        Kerna kita ditakdirkan ada jiwa menangkap cinta keranaNYa
        Untuk dialih bahasakan ke askara terpintal melukis makna...
        4 hours ago · Like · 1

        Rabeah Mohd Ali

        INDAHNYA BAHASA HATI BAHASA JIWA BAHASA KALBU

        Indah bagi yang mengerti bahasa hati
        bahasa jiwa bahasa bangsa
        bahasa yang boleh mengusutkan fikiran
        bahasa yang boleh menenangkan jiwa
        tapi yang kupilih bahasa yang mententeramkan kalbu
        mendamaikan roh dan jasad

        moga pertemuan antara dua hati ini
        kekal abadi disatukan di alam realiti
        berbicara empat mata satu hati
        sehati sejiwa mengungkap kata bahasa hati bahasa jiwa
        indahnya pertemuan di kala itu

        bagaikan hidup di alam fantasi tapi realiti
        saling mengerti saling memahami
        bahasa hati bahasa jiwa
        cuma yang mengerti betapa indahnya
        bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu
        bahasa yang mendamaikan roh dan jasad
        bahagia...

        Karya Rha NS
        29 Julai 2011
        3 hours ago ·

        (PETIKAN DARIPADA GROUP OMBAK RINDU)
        4 April 2012
      • Rabeah Mohd Ali Aku tak rela mengerat dirimu,
        Rela kumati pertahankan cinta;
        Kutahu cintamu ikhlas padaku,
        Kerna DIA tetap kau cinta.

        Biarlah rindumu rinduku dibawa hanyut dalam rindu membara-bara ke jalan Ketuhanan yang meng-EsakanNya di sebilang masa waktu dan ketika. Aamin.

        Karya Rha NS
        3 April 2012

        (PETIKAN DARIPADA WALL ANDI MEDAN)
        3  April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;