Saturday, 7 April 2012

LIHATLAH AWAN GUNUNG OMBAK PURNAMA SEMUANYA MENCETUSKAN INSPIRASIKU UNTUK BERKARYA MEMUJI INDAHNYA CIPTAAN TUHAN


  • Rabeah Mohd Ali shared Kigyoka O Qasih's photo.
     ·  ·  · 5 hours ago

    • Athaya Nabila likes this.

      • Rabeah Mohd Ali SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
        5 hours ago · 

      • Athaya Nabila indah bangets bunda,,
        5 hours ago · 

      • Rabeah Mohd Ali Iya nanda...andai kata kita berdua menikmati suasana ini pasti kita senyum sampai mati...kan?  Menikmati keindahan CiptaanNya sambil memuji-muji KebesaranNya. Allahu Akhbar!
        5 hours ago ·  ·  1

      • Athaya Nabila seperti berada dinegeri dongeng,,,begitu sempurna ciptaanNYA
        5 hours ago ·  ·  1

      • Rabeah Mohd Ali Nanda lihatlah purnama...
        Nanda lihatlah awan , gunung ombak rindu bunga ...pokok... Allahu Akhbar...mahu rasanya berkajang-kajang bunda menulis syair cinta kepada PenciptaNya menyatakan Syukur sebanyak-banyakNya nanda...

        5 hours ago ·  ·  1

      • Athaya Nabila iya bunda,,begitu banyak yan bisa terlukiskan,,pasti ditangan bunda semua menjadi nyata,,heheh
        5 hours ago ·  ·  1

      • Rabeah Mohd Ali Nanda...bukalah pacaindera mu
        Jangan lihat dari mata kasarmu nanda
        Jika kau lihat dari pacainderamu
        Ini bukan dongengan tapi adalah dunia Syurga bagi
        Mereka yang nampak bukti kebenaran KebesaranNYa Tuhan...

        5 hours ago · 

      • Athaya Nabila hehehe iya bunda,,,krn nanda belum melihat wujud aslinya,,hehehe
        4 hours ago ·  ·  1

      • Rabeah Mohd Ali Doakanlah bunda bisa mengarang yang indah-indah tentang Kanvas Syurga Ciptaan Illahi ya...nanda...biar kita dan pembaca sama-sama teruja untuk memuji KebesaranNya Tuhan...rasakan mahu mengecapi nikmat SyurgaNya...dan berlomba -lomba ingin berbuat kebajika demiNya ...nanda...
        4 hours ago ·  ·  1

      • Athaya Nabila Amin,,,pastilah insyaallah Bunda bisa,,,
        4 hours ago ·  ·  1

      • Rabeah Mohd Ali Insya-Allah Aamin. Kita bayangkan tika ini kita berada di Syurga pasti kita akan gelak ketawa bersama dan berkata...cerita-cerita kita ketika kita di dunia ...mogalah nanda jangan jemu memberi sokongan pada bunda ye..moga kita bisa menyambung percintaan kita sampai mati sampai ke Syurgawi.
        4 hours ago ·  ·  1

      • Rabeah Mohd Ali PANTUN NUR HIDAYAH KASIH

        Allah Allah Allah Kau yang kuPuja,
        Allah Allah Allah Kau yang kuAgungkan;
        Di mana saja Kau tak kulupa,
        CintaMu Maha Agung sentiasa dizikirkan.

        Allah Maha Besar Sebesar BesarNya,
        KuasaMu mengatasi segala yang ada;
        Rugi dunia akhirat jika melupakanNya,
        Yang diburu saham akhirat sebagai membalas cintaNya.

        Maha Suci Allah,
        Kau wujudkan daripada tiada kepada ada;
        Tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah,
        Aku pasrah atas segala ketentuanNya.

        Allah dan Muhammad nama yang kupuja,
        Dari lubuk hati bawa ke mati;
        Moga Kalimah Laa ilaaha illallah setiasa dijaga,
        Kerana kalimah itu membawamu ke Syurga nanti.

        Laa ilaaha illallah kumohon keredhaanMu,
        Ya Allah lancarkan lidah mengucapkan di hari nazakku;
        Agar dapat kutinggalkan jasadku dalam redhoMu,
        Rohku tenang bertemuMu Ya Allah Perkenankan doaku.

        Segala ada di langit di bumi kepunyaan Allah,
        Janji Allah semuanya benar;
        Tetapi manusia melupakan Allah,
        Sampai di negeri akhirat baru tahu benar.

        Ya Rasullullah Ya Kekasih Allah,
        Kurindumu terbawa dalam mimpi;
        Perjuanganmu tidak pernah mengalah,
        Terimalah aku mendapat syafaatmu nanti.

        Wangian cintamu pada umatmu seharum kasturi,
        Cintamu pada kami tidak akan dilupai;
        Kasihmu pada kami akan terpatri,
        Dunia dan akhirat menjadi saksi.

        Kelihatan bebayang masjid di tapak tanganku,
        Air wuduk disapukan ke wajahku:
        Moga Nur Hidayah KasihMu terpancar diwajahku,
        Aku bersyukur dalam sujudku.

        Di bumi ini aku bersujud padaNya,
        Dengan penuh keinsafan terimalah taubatku;
        Segala Kerajaan Bumi dan Langit Kau yang punya,
        Di bumi ini juga aku kembali kepadaMu.

        Tika aku bersujud padaMu,
        Serasa Kau hampir denganku;
        Kubersujud penuh kusyuk,
        Moga Kau terima solatku.

        Takbir rukuk dan sujudku keranaMu,
        Kusahut panggillanMu pabila sampai waktu;
        Berkata-kata denganMu roh dan jasadku,
        Moga Kau terimaku menjadi kekasihMu.

        Berzikir memujiMu mengundang rindu,
        Semakin kulafaz ZatMu meresap di qalbu;
        Rohku syahdu dalam sendu,
        Jasadku bersyukur dalam qalbu.

        Membaca KalamMu hatiku pilu,
        Mengalunkan KalamMU penuh syahdu;
        Seolah berada di Taman SyurgaMU,
        Berkata-kata denganMu rasa tak jemu.

        Setelah solat kuberdoa padaMu,
        Mohon Kau perkenankan doaku;
        Kuterus merayu dalam doaku,
        Agar Kau terimaku menjadi kekasihMu.

        Di pagi yang hening ini,
        Munajatku dengan linangan air mata;
        Kutahu Kau mendengar rintihanku ini,
        Kupohon hidayah KasihMu selagi hayatku ada.

        Al-Quran sentiasa di sampingnya,
        Dibaca berulang kali tanpa jemu,
        Setiap surah dihafal dalam mindanya,
        Menjadi peguam bela di kuburmu.

        Tunas pepohon iman dewasa dalam iman,
        Hidup dan mati dipasrahkan kepadaNya;
        Tiada apa yang berharga melainkan kemanisan iman,
        Apabila cinta padaNya mengatasi segalaNya.

        Wajah berseri bak penghuni Syurga,
        Senyuman ikhlas menawan iman;
        Hidupmu ke dunia seperti ahli Syurga,
        Mengundang Hidayah Kasih dalam keimanan.

        Ceriakan hidupmu setiap hari,
        Jadikan sahabat terbaik untuk sahabatmu;
        Setiap hari saling ingat mengingati,
        Hingga ke mati dikenang jasamu.

        Duhai yang dihormati sahabatku,
        Kau menyampaikan ilmu tanpa jemu;
        Moga ilmumu mengusik qalbu,
        Qalbu jasad dan roh rakan-rakanmu.

        Ya Allah Kau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
        Kasih sayangMu tidak terbatas;
        Suburkan hati kami saling sayang menyayang,
        Hanya semata keranaMu kasih yang Teratas.

        Karya: Rha NS
        31 Mei 2011

        2 hours ago · 

        (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA )
        7 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;