Monday 2 April 2012

KITA DITAKDIRKAN ADA JIWA MEMAHAMI CINTA KERANANYA UNTUK DIALIH BAHASAKAN KE ASKARA MELUKIS MAKNA


  • Adakah Sama Yang Kau Rasa?

    aku menemukanmu
    di untai aksara yang membisu
    di antara bait puisi tertoreh di dinding semu
    terpanah aku oleh goresan jemarimu
    terpesona aksara penuh makna

    percikan rindu menyentuh kalbu
    selalu kuulang terus kuulang
    memperhatikanmu dalam diam
    kaupun mulai singgah di hatiku
    hadiri bayang-bayang indah dalam angan
    kaulah sang ratu pelukis rasa

    hadirmu kudamba di beranda jiwa
    kau insan yang amat istimewa
    membuat hati jatuh padamu
    tertewas di panah asmara rindu

    adakah sama yang kau rasa?
    setiap rasa tersimpan
    tidak dapat dilafaz
    rasailah bahasa hati

    adakah sama yang kau rasa?
     ·  ·  · 13 hours ago
    • 7 people like this.
      • Gahar Gilah kala aksaramu terpintal melukis makna
        bagai ada kata bergema di kuping
        bagai ada nada bergerak seiring...
        aku..antara lemas dan sadar
        antara sepi dan honar
        menadah tangan memujuk sukma..gejolak rasa sukar ditera..
        13 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Aku sama merasakan apa yang kau rasa ...
        Kerna kita ditakdirkan ada jiwa menangkap cinta keranaNYa
        Untuk dialih bahasakan ke askara terpintal melukis makna...
        4 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali INDAHNYA BAHASA HATI BAHASA JIWA BAHASA KALBU

        Indah bagi yang mengerti bahasa hati
        bahasa jiwa bahasa bangsa
        bahasa yang boleh mengusutkan fikiran
        bahasa yang boleh menenangkan jiwa
        tapi yang kupilih bahasa yang mententeramkan kalbu
        mendamaikan roh dan jasad

        moga pertemuan antara dua hati ini
        kekal abadi disatukan di alam realiti
        berbicara empat mata satu hati
        sehati sejiwa mengungkap kata bahasa hati bahasa jiwa
        indahnya pertemuan di kala itu

        bagaikan hidup di alam fantasi tapi realiti
        saling mengerti saling memahami
        bahasa hati bahasa jiwa
        cuma yang mengerti betapa indahnya
        bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu
        bahasa yang mendamaikan roh dan jasad
        bahagia...

        Karya Rha NS
        29 Julai 2011
        3 hours ago · 

        (PETIKAN DARIPADA GROUP OMBAK RINDU)
        4 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;