ITULAH CINTA YANG HARUS KAU DAN AKU DAMBAKAN KASIH
Jika cinta mu tak pernah mati untukku
Sentiasa membara-bara api asmaramu
Cintaku sentiasa hidup untukmu
Aku ingin membalas cintamu
Tapi malangnya
Cintamu untuk dunia saja
Tiada langsung ke arah akhirat
Cinta sekadar indah dunia
Sekadar perhiasan cinta
Bukan...bukan...aku tak mahu begitu kasih...
Yang kumahu cintamu membawa aku ke Syurga
Pasti cinta kita saling terarah
Untuk bersama mencari jalan ke Syurgawi
Agar cinta kita sentiasa mengundang rahmat kasihNya
Makanya terpatrilah cinta kita hingga ke Syurgawi
Itulah cinta yang harus kau dan aku dambakan kasih.
Karya Rha NS
31 Mac 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment