Saturday, 7 April 2012

MOGA KITA MENIKMATI KEINDAHAN YANG INDAH INI DI SYURGA YANG INDAHNYA TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN OLEH PEMIKIRAN MANUSIA AAMIN


 ·  · 
  • You, Minak Nur and 18 others like this.
    • Rabeah Mohd Ali PANTUN NUR HIDAYAH KASIH

      Allah Allah Allah Kau yang kuPuja,
      Allah Allah Allah Kau yang kuAgungkan;
      Di mana saja Kau tak kulupa,
      CintaMu Maha Agung sentiasa dizikirkan.

      Allah Maha Besar Sebesar BesarNya,
      KuasaMu mengatasi segala yang ada;
      Rugi dunia akhirat jika melupakanNya,
      Yang diburu saham akhirat sebagai membalas cintaNya.

      Maha Suci Allah,
      Kau wujudkan daripada tiada kepada ada;
      Tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah,
      Aku pasrah atas segala ketentuanNya.

      Allah dan Muhammad nama yang kupuja,
      Dari lubuk hati bawa ke mati;
      Moga Kalimah Laa ilaaha illallah setiasa dijaga,
      Kerana kalimah itu membawamu ke Syurga nanti.

      Laa ilaaha illallah kumohon keredhaanMu,
      Ya Allah lancarkan lidah mengucapkan di hari nazakku;
      Agar dapat kutinggalkan jasadku dalam redhoMu,
      Rohku tenang bertemuMu Ya Allah Perkenankan doaku.

      Segala ada di langit di bumi kepunyaan Allah,
      Janji Allah semuanya benar;
      Tetapi manusia melupakan Allah,
      Sampai di negeri akhirat baru tahu benar.

      Ya Rasullullah Ya Kekasih Allah,
      Kurindumu terbawa dalam mimpi;
      Perjuanganmu tidak pernah mengalah,
      Terimalah aku mendapat syafaatmu nanti.

      Wangian cintamu pada umatmu seharum kasturi,
      Cintamu pada kami tidak akan dilupai;
      Kasihmu pada kami akan terpatri,
      Dunia dan akhirat menjadi saksi.

      Kelihatan bebayang masjid di tapak tanganku,
      Air wuduk disapukan ke wajahku:
      Moga Nur Hidayah KasihMu terpancar diwajahku,
      Aku bersyukur dalam sujudku.

      Di bumi ini aku bersujud padaNya,
      Dengan penuh keinsafan terimalah taubatku;
      Segala Kerajaan Bumi dan Langit Kau yang punya,
      Di bumi ini juga aku kembali kepadaMu.

      Tika aku bersujud padaMu,
      Serasa Kau hampir denganku;
      Kubersujud penuh kusyuk,
      Moga Kau terima solatku.

      Takbir rukuk dan sujudku keranaMu,
      Kusahut panggillanMu pabila sampai waktu;
      Berkata-kata denganMu roh dan jasadku,
      Moga Kau terimaku menjadi kekasihMu.

      Berzikir memujiMu mengundang rindu,
      Semakin kulafaz ZatMu meresap di qalbu;
      Rohku syahdu dalam sendu,
      Jasadku bersyukur dalam qalbu.

      Membaca KalamMu hatiku pilu,
      Mengalunkan KalamMU penuh syahdu;
      Seolah berada di Taman SyurgaMU,
      Berkata-kata denganMu rasa tak jemu.

      Setelah solat kuberdoa padaMu,
      Mohon Kau perkenankan doaku;
      Kuterus merayu dalam doaku,
      Agar Kau terimaku menjadi kekasihMu.

      Di pagi yang hening ini,
      Munajatku dengan linangan air mata;
      Kutahu Kau mendengar rintihanku ini,
      Kupohon hidayah KasihMu selagi hayatku ada.

      Al-Quran sentiasa di sampingnya,
      Dibaca berulang kali tanpa jemu,
      Setiap surah dihafal dalam mindanya,
      Menjadi peguam bela di kuburmu.

      Tunas pepohon iman dewasa dalam iman,
      Hidup dan mati dipasrahkan kepadaNya;
      Tiada apa yang berharga melainkan kemanisan iman,
      Apabila cinta padaNya mengatasi segalaNya.

      Wajah berseri bak penghuni Syurga,
      Senyuman ikhlas menawan iman;
      Hidupmu ke dunia seperti ahli Syurga,
      Mengundang Hidayah Kasih dalam keimanan.

      Ceriakan hidupmu setiap hari,
      Jadikan sahabat terbaik untuk sahabatmu;
      Setiap hari saling ingat mengingati,
      Hingga ke mati dikenang jasamu.

      Duhai yang dihormati sahabatku,
      Kau menyampaikan ilmu tanpa jemu;
      Moga ilmumu mengusik qalbu,
      Qalbu jasad dan roh rakan-rakanmu.

      Ya Allah Kau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
      Kasih sayangMu tidak terbatas;
      Suburkan hati kami saling sayang menyayang,
      Hanya semata keranaMu kasih yang Teratas.

      Karya: Rha NS
      31 Mei 2011
      2 hours ago ·  ·  1
    • Ratu Sukma Nilam Nirwana very nice...seolah-olah bangunan itu dlm perahu pulak.
      about an hour ago ·  ·  2
    • Rabeah Mohd Ali Hamba pun rasa macam tu....seolah berada di kayangan pulak.
      about an hour ago ·  ·  1
    • Minak Nur yu mari kita berjabat tangan walau tak berbentuk jasat
      about an hour ago ·  ·  2
    • Rabeah Mohd Ali BAPAKU PERGI KETIKA SUJUD

      Bapaku seorang hamba
      hamba taatkan Allah
      setiap masa tawaduk
      menjaga solat
      bersolat jemaah di
      surau dan masjid
      itu amalan bapaku.

      Hujung minggu
      kami sekeluarga
      akan pergi
      mencari surau lama
      membawa peralatan pembersihan
      membersihkan surau
      sambil membersihkan
      kami berselawat
      kami berzikir
      sungguh bahagia
      kami sekeluarga
      tika itu.

      Sebelum bapaku
      ke masjid pada malam Jumaat itu
      bapaku berjubah dan berseban putih
      berpakaian serba putih
      mencalit minyak attar di jubah
      dan bercelak di mata.

      Malam Jumaat itu
      selepas solat maghrib
      bapaku meminta izin
      dari imam untuk membuat
      pengumuman kepada semua jemaah masjid
      permintaannya dipenuhi
      bapaku berkata dengan linangan air mata
      kepada seluruh jemaah masjid
      memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki
      jika ada sebarang perbuatan dan perkataan yang telah
      dilakukan samada secara sengaja atau tidak
      dia memohon jika ada hutang-piutang yang belum dijelaskan
      harap beritahunya agar dia dapat jelaskan hutangnya
      dan akhir sekali dia memohon agar dia diizinkan
      untuk melaungkan azan Isyak
      permohonannya dipenuhi.

      Bapaku melaungkan azan penuh syahdu
      hinggakan semua jemaah masjid menitiskan air mata
      setelah habis laungan kalimah
      Asyhadu anlaa ilaha illallah,
      wa asyhadu anna muhammadar rasulullah.
      laungan azan terhenti
      bilal naik ke menara
      bapaku sedang bersujud
      didapati bapaku telah pergi
      berjumpa dengan Tuhannya
      tika bersujud!

      Karya: Rha NS
      19 Jun 2011
      ( Sempena Menyambut Hari Bapa )
    • ليلى زيدان Salam (^_^)
      about an hour ago ·  ·  1
    • Azhura Usman subhanallah cantik banget, i like it :D
      about an hour ago ·  ·  1
    • Minak Nur moga bapak tuan ditempatkan oleh Allah SWT pd empat yg selayaknya Amiin Yobbal Alaamin
      about an hour ago ·  ·  1
    • ليلى زيدان amiin ^^
      about an hour ago ·  ·  1
    • Azhura Usman btw, sebenarnya ini tempat apa yah? dan berada di mana?
      about an hour ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Hamba pun nak tahu juga..
    • Minak Nur suana yg cantik membuat kita kita tapakur dan tawadduk saudaraku
      about an hour ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Rasanya roh kita sudah sampai ke sana...cuma jasad je belum sampai....betul tak Minak Nur?
    • Minak Nur benar saudaraku
      about an hour ago ·  ·  1
    • Azhura Usman yah friend Rabeah Mohd Ali>>> rasanya udh melayang layang roh nie, temenung seakan akan berada dalam perahu menatap indahnya bangunan itu,,,, hmmmm tapi sayang itu hanya hayalan semata :D
      about an hour ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Kalau di Syurga bukan hayalan kan3 mana tahu kita semua menikmati keindahan yang indah ini di Syurga yang indahnya tak dapat hendak digambarkan oleh pemikiran manusia. Aamin.
    • Minak Nur moga Allah Subhanallahuwata'ala menghendaki Nya
      58 minutes ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Aamin Ya Rabbal A'Lamin
      57 minutes ago · 
    • Azhura Usman tak ada yang sulit bagi ALLAH SWT, amin....
      54 minutes ago ·  ·  1
    • ليلى زيدان Ini Brinei .. ^^ semoga kita bisa dapat tempat seindah itu di syurga ... Ameeenn
      13 minutes ago ·  ·  1
    • Minak Nur insya allah allahuma amiin
      12 minutes ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Moga persahabatan kita ini bagaikan di Syurga dan di akhirat juga menikmati SyurgaNya bersama-sama. Aamin .
      11 minutes ago ·

      (PETIKAN DARIPADA WALL SEGHAYO SUTTAN PESIRAH DI PUNCAK NUR)
      7 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;