Friday, 6 April 2012

TERIMA KASIH KEPADA PARA SAHABAT PENYAIR YANG MENJAYAKAN MALAM SENANDUNG PUISI RAKYAT DI SK PANDASAN



  • tagged in Rosminah Suhaibul's album Wall Photos.
    51 minutes ago · 
  • Terima kasih kepada para sahabat penyair yang telah menjayakan Malam senandung Puisi Rakyat di SK Pandasan, malam tadi. Saya berpuas hati dengan persembahn kalian terutama penampilan sdr. Awang Karim Kadir dan Nandra Yanatirow selaku hos bagi acara tersebut. Kehadiran ibu bapa,para belia dan masyarakat sekeliling amat membanggakan. Jutaan terima kasih juga buat PnRosminah Suhaibul yang sudi menjadi tetamu kehormat. Terima kasih buatZainorain Makbul,Deejaz Samad,Ly Satun,Dulamid Rudin,Alkesah Bidin,Sibanita As,Abd Abdul Majad yang turut serta menjayakan acara itu.Semoga gema puisi,gesekan biola dan alunan kuriding seperti semalam akan didengari pada masa-masa akan datang.
     ·  ·  · 10 hours ago · 
    • You and 7 others like this.
    • 1 share
      • Rosminah Suhaibul penganjuran yang cemerlang. Tahniah kpd pencetus idea
        4 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Tahniah!Penganjuran untuk mempertabatkan sastera. Moga dapat diteruskan dan dihidupkan berterusan. Tahniah kepada penganjur dan yang terlibat bagi menjayakan malam Senandung Puisi Rakyat di SK Pandasan.
        3 hours ago · 
      • Abdul Majad semangat....semangat....buat lagiiiiiiii
        3 hours ago ·  ·  1
      • Zainorain Makbul Terima kasih!! Tahniah 'Sidang Kucing'...
        3 hours ago ·  ·  2
      • Zainorain Makbul Abdul Majad...ji..lain kali kita adakan pula 'Sidang Kuro-kuro'...hehe
        3 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Tahniah! Sidang Kucing
        Tahniah! Penganjur Sastera Kucing
        Moga sentiasa semangat Sastera Kucing
        Makanya tersenyumlah semua pujangga dan peminat Sastera Kucing.
        3 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Sidang Kuro-Kuro sedang difikirkan
        Tapi kuro-kuro jalan lambat sangat
        Nanti tak dapatlah diteruskan Sastera Kucing lagi....hehehe
        3 hours ago ·  ·  1
      • Abdul Majad Zainorain Makbul...Rajawali terbang lagi
        biar sayap dan bulu
        koyak rabak menerjah kilat dan halilintar......
        3 hours ago ·  ·  1
      • Zainorain Makbul Tahniah jaga kepada penyair Awang Karim Kadir... sifuNandra Yanatirow yang mengaturkan kucing-kucing untuk bersidang demi menyelamatkan negara dan bangsa!
        3 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Rajawali terbang tinggi,
        Tinggi lagi hasrat penganjur;
        Sastera Kucing sentiasa disanjungi,
        Moga jayanya cemerlang berkatnya jujur.
        3 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali Tabik ku pada Awang Karim Kadir pujangga bangsa,
        Mengaturkan kucing-kucing untuk bersidang;
        Bagi mempertabatkan sastera indahnya bahasa,
        Jasa baktmui mempertabatkan Sastera Kucing akan dikenang.
        3 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali JAGAILAH WARISAN MOYANGMU

        Batang jerami diberi madu
        Rebung seiris dimakan kuda
        Kalau kami diberi malu
        Ujung keris menikam dada
        By: Zairi Erie

        Putri Rimba:

        Hujung keris menikam dada,
        Rela kumati jika itu mahumu;
        Niatku kepahlawananmu terus di persada.
        Tapi api cemburumu memakan diriku.

        "Silakan ...bunuhku segera...asal damai hatimu!!!!! i

        " Pendekar yang gagah perkasa tak akan lari dari medan perjuangan...
        makanya aku akan cari kau sampai dapat agar kau tidak boleh lari lagi ke mana-mana!"

        Orang tua jangan disanggah,
        Budi baik jadi sanjungan;
        Kepahlawananmu aku bermegah,
        Matimu dalam kenangan.

        Jika dibiarkan keris bicara,
        Makanya akal fikiran ditolak tepi;
        Adat pahlawan membara-bara,
        Pantang dimalu terbakarlah hati.

        Pantang dimalu terbakar hati,
        Sebelum menfitnah berfikir dulu;
        Jangan diikut marah di hati,
        Apapun masalah berbincanglah dahulu.

        Bukankah kita sama se guru,
        Tapi perbedaan fahaman buatku celaru;
        Kau sentiasa perkasa selalu,
        Rendah diriku tak setandingmu.

        Merendahnya aku bukan bererti aku kalah,
        Mahu kufikirkan dulu apa bicara Si Tuah;
        Pahlawan Hang Tuah patut dimegah,
        Kernanya Melayu aman di bumi bertuah.

        Tanam pisang rapat-rapat,
        Air diteguk di tepi kali;
        Bersatu hati disetiap pendapat,
        Kebalnya pahlawan menjadi lali.

        Kepahlawan melayu sudah terbilang,
        Tiada tandingan di serata dunia;
        Pewaris melayu takkan hilang,
        Nenek moyang menyayangimu sentiasa.

        Makanya duhai pahlawan melayu,
        Bangkitlah dengan semangat juang yang tinggi;
        Jangan berleka dengan fikiran bercelaru,
        Perjuangan membela anak bangsa jangan terhenti.

        Biarpun tsunami datang membadai,
        Teruskan segala niat yang murni;
        Jiwa pejuang takkan terhenti,
        Selagi ada denyutan nadi.

        Malulah pahlawan jiwanya mati,
        Semangatnya lemah pabila dikeji;
        Apapun dihina tetap berjiwa pertiwi,
        Demi anak bangsa tak pernah terhenti.

        Pandainya kamu membalas pantun,
        Buat hatiku rasa terpegun;
        Budi bahasa mu penuh bersantun,
        Marilah kita berbalas pantun.

        Hari ini kata semangat,
        Esok hilang segala semangat;
        Budaya pantun harus diingat,
        Kerna pantun lambang semangat.

        Melayu juga bergurindam jiwa,
        Hinggakan jiwa melayang-layang;
        Gurindam jiwa mengusik jiwa,
        Mengundang rindu mengundang sayang.

        Bergurindam jiwa menyambung ukhwah,
        Ukhwah kepahlawanan semangat melayu;
        Keperkasaan pahlawan sentiasa dimegah,
        Berperasangka baiklah itu dimahu.

        Kenapa perlu kata begitu,
        Kail sejengkal jangan diduga laut yang dalam;
        Orang melayu selalu begitu,
        Yang kuperlukan sokongan mendalam.

        Tak kenal maka tak cinta,
        Dah cinta baru tahu;
        Bangsa melayu sentiasa kucinta,
        Dalamnya cintaku kau tak tahu.

        Aku berkarya berpantun sepenuh hati,
        Berkarya bukan sesuka hati;
        Jangan dipersendakan sama sekali,
        Rela kujauhkan dirimu jika diulangi.

        Kerna kurindu aku menulis,
        Kerna kusayang aku berkarya;
        Sayangku pada anak cucu setulus ikhlas,
        Makanya fahami aku bila aku berkarya.

        Jika benar kau pejuang bahasa melayu,
        Ayuh mari kita turun ke gelanggang;
        Gelanggang pantun budaya melayu,
        Bersama mempertabatkan agar tak hilang.

        Bahasa melayu tak akan hilang,
        Jika bersatu hati mempertabatkannya:
        Ditutur dan ditullis jangan ikut senang,
        Moga menghasilkan kejayaan akhirnya.

        Duhai rakan seperjuanganku kita ke sini,
        Sekadar teman sehati sejiwa;
        Bagi menyokong segala yang murni,
        Bersama jalinkan ukhuwah sehati sejiwa.

        Duhai sahabat yang bijak berpantun,
        Jadilah dikau budayawan bangsa;
        Bakat yang ada jangan dipendamkan,
        Taburlah bakti pada anak bangsa.

        Terima kasih rakan seperjuanganku,
        Kerna sudi berkongsi karyamu;
        Syukur kau sudi berjuang bersamaku,
        Moga ikatan ukhuwah harum di kalbu.

        Tak akan sumbang langkah kakimu,
        Kerna kepahlawananmu sudah terbilang;
        Kau tak pernah jemu mendidik anak bangsamu,
        Agar ilmu kepahlawanan melayu jadi terbilang.

        Tenaga sikit bisa menang,
        Asalkan ikhlas dalam perjuangan;
        Biar berputih mata jangan berputih tulang,
        Bersatu hatilah demi perjuangan.

        Melayu tak mudah layu,
        Jangan iri sesama melayu;
        Tingkahkan ukhuwah sesama melayu,
        Berpadu pemikiran demi bangsa melayu.

        Dari pagi hingga ke petang,
        Mencari ilmu dibawa pulang;
        Berkorban demi generasi mendatang,
        Pusaka bangsa dijaga agar tak hilang.

        Moyang kita selalu berpesan,
        Sesama melayu seperti ikatan lidi;
        Berpadu teguh demi sebuah perjuangan,
        Hingga ke nafas terakhir dibawa pergi.

        Pahlawan melayu bijak mengatur langkah,
        Agar tak tersilap di kesani musuh ;
        Pantang pahlawan melayu bermusuh,
        Musuh dalam selimut itu yang susah.

        Duri dalam daging.
        Api dalam sekam;
        Ada masalah kita berunding,
        Menjadi indah tidak terakam.

        Melayu jangan suka membanding.
        Di depan manis di belakang menikam;
        Melayu sedarah sedaging,
        Sakit melayu semua mencengkam.

        Tiada masa untuk menunggu,
        Pada yang leka teruslah leka;
        Perjuangan jangan mudah terganggu,
        Masa berlalu pergi tak menunggu kita.

        Jangan hari ini semangat besok dah layu,
        Jiwa perjuangan tak pernah layu;
        Makanya bangunlah bangsa melayuku,
        Jangan berleka lagi masa tak menunggumu.

        Sudah jauh perjalanan melayu,
        Bangunlah demi anak bangsa;
        Saling sokong menyokong demi melayu,
        Agar terbinanya budaya bangsa.

        Putra putriku kau pewaris bangsa,
        Usia kami beransur senja kini,
        Kelemahan kodrat kian terasa,
        Kalianlah sandarkan harapan kami.

        Ketiadaan kami jangan ditangisi,
        Pengorbanan kami untuk kalian tercinta;
        Kalian sentiasa kami sayangi,
        Dalam doamu kenangilah kami.

        Moyang mu ingin berpesan.
        Kami tinggalkan warisan bangsa ;
        Untuk kalian teruskan perjuangan,
        Agar berkekalan sepanjang masa.

        Hargailah peninggalan moyangmu ini,
        Jagailah seperti menjaga nyawamu sendiri;
        Begitulah perjuangan moyangmu selama ini,
        Demi mu dilupakan kepentingan sendiri.

        Senyuman anak cucu,
        Kebahagian moyangmu;
        Jagailah warisan moyangmu,
        Itulah lambang cinta berpadu.

        Karya Putri Rimba
        5 April 2012

        KARYA INI DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK:

        SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN MELAYU,
        SEMUA PEJUANG BANGSA MELAYU;
        SEMUA PEJUANG BAHASA MELAYU,
        LAKSAMANA HANG TUAH BERSUMPAH TAK KAN HILANG MELAYU.

        SEMUA AHLI GROUP YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI:

        1. PUISI CINTA ILLAHI
        2. MELAYU ISLAM BERSATU
        3. PERSATUAN AHLI MAJLIS DATO-DATO SULU
        4. KOMUNITAS ADAT KERATON NUSANTARA
        5. KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA
        6. PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA
        7. KERAGAMAN BUDAYA LELUHUR INDONESIA
        8. DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
        9. JARINGAN SASTRA INDONESIA (JAS INDONESIA) KALBAR
        10. OMBAK RINDU

        DISIARKAN JUGA UNTUK SEMUA:

        KERABAT DIRAJA MALAYSIA
        KERABAT DIRAJA INDONESIA
        PEMIMPIN MALAYSIA
        PEMERINTAH INDONESIA
        RAKYAT MALAYSIA
        RAKYAT INDONESIA
        BANGSA MELAYU SELURUH DUNIA
        PECINTA BAHASA MELAYU
        PECINTA SASTRA MELAYU
        PECINTA SASTERAKU DUNIAKU
        WARGA DUNIA YANG MEMINATI BAHASA MELAYU
        PEWARIS ANAK CUCUKU TERCINTA

        RAKAN FB DAN GROUP YANG TAK JEMU MEMBERI SOKONGAN
        UNTUK HAMBA BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA...

        MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MEMBERI SOKONGAN DALAM PERJUANGAN KHAZANAH SASTRA UNTUK DIWARISKAN PADA ANAK CUCU BANGSA MELAYU RUMPUN MELAYU SEDUNIA.

        SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH SETULUSNYA DARIPADA,

        RABEAH MOHD ALI
        PUTRI RIMBA NIAGARA
        ISTANA RIMBA NIAGARA
        MALAYSIA
        5 APRIL 2012
        2 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali DEMINYA DEMI MOYANGKU DEMI ANAK CUCUKU KUMERAYU PADAMU

        Zairi Erie:

        Jangan mengharapkan teman SEGAGAH Hang Tuah
        Jika dirimu tak SECANTIK Tun Teja
        Jangan mengharapkan teman SEHEBAT Hang Jebat
        Jika dirimu TAK PERNAH setia.

        Putri Rimba:

        Engkau memang segagah Hang Tuah,
        Aku tidak secantik Tun Teja;
        Kau sentiasa insan bertuah,
        Kepahlawananmu sentiasa dipuja.

        Setega itu kau kata aku tak setia,
        Perpisahan ini kau yang pinta;
        Beralih kasihmu pada Tun Teja,
        Bahagialahmu bersamnya tercinta.

        Aku tak harap teman sehebat Hang Jebat,
        Kerna aku tak sehebat Hang Tuah;
        Kalau kau pahlawan yang hebat,
        Buktikan kepahlawananmu biar menjadi megah.

        Jangan mudah bermain kata,
        Kalau janji tidak dikota;
        Pantang melayu memungkiri kata,
        Kerna janji mesti dikota.

        Dunia melayu dunia kita,
        Tak akan layu sebelum layu;
        Melayu tetap melayu juga,
        Sakit melayu sakitlah semua melayu.

        Malang jika mengaku melayu,
        Tapi masih tak sokong melayu;
        Bangsa sendiri dihina biar layu,
        Biar tersungkur di bumi melayu.

        Berhasad dengki itulah melayu,
        Melayu sendiri bunuh jiwa melayu;
        Biar mati di tanah melayu,
        Baru puas hati melayu.

        Melayu tak suka melayu senang,
        Kalau boleh biar sendiri yang senang;
        Hidup dalam bersenang lenang,
        Tersenyumlah dia bila sudah menang.

        Senang...senang...senang...senang,
        Melayu semuanya nak senang;
        Melayu suka kerja senang,
        Tak berusaha manakan nak senang.

        Dah senang lupa daratan,
        Tak fikirkan melayu yang susah;
        Hidup hanya difikirkan keuntungan,
        Apa nak dikisahkan melayu yang susah.

        Bahasa melayu sudah dirojakkan,
        Bahasa Inggeris dimuliakan;
        Dituturkan penuh kebanggaan,
        Kasihan bahasa moyangku disepikan.

        Sudahlah bahasa melayu disepikan,
        Tulis sesama melayu diringkaskan;
        Kata bahasa melayu hendak dimertabatkan,
        Kalau begini bagaimana hendak diwariskan.

        Alangkah bahagia rasa hatiku,
        Bahasa moyangku tidak diketepikan;
        Diperjuangkan sehabis mampu,
        Agar menjadi bahasa warisan.

        Bahasa Melayu bangsa moyangku,
        Bersumpah aku pada moyangku;
        Akan kuwariskan pada anak cucu,
        Biarpun nyawa jadi taruhanku.

        Duhai semua pejuang bangsa melayu,
        Sudilah bersamaku menyokong perjuanganku;
        Berjuang bersendirian siapalah aku,
        Demi moyangku demi anak cucuku aku merayu padamu.

        Siapalah aku yang tak berkodrat lagi,
        Terlalu lemah untukku teruskan perjuangan ini:
        Tapi bila kusandarkan nyawaku atas Kuasa Illahi,
        Kuteruskan juga sehingga terhenti nafas terhentilah pena ini.

        Karya Putri Rimba Niagara
        Istana Rimba Niagara Malaysia
        5 April 2012

        KARYA INI DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK:

        SEMUA PAHLAWAN MELAYU RUMPUN MELAYU,
        SEMUA PEJUANG BANGSA MELAYU;
        SEMUA PEJUANG BAHASA MELAYU,
        LAKSAMANA HANG TUAH BERSUMPAH TAK KAN HILANG MELAYU.

        SEMUA AHLI GROUP YANG SENTIASA TERSANJUNG DI HATI:

        1. PUISI CINTA ILLAHI
        2. MELAYU ISLAM BERSATU
        3. PERSATUAN AHLI MAJLIS DATO-DATO SULU
        4. KOMUNITAS ADAT KERATON NUSANTARA
        5. KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA
        6. PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA
        7. KERAGAMAN BUDAYA LELUHUR INDONESIA
        8. DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
        9. JARINGAN SASTRA INDONESIA (JAS INDONESIA) KALBAR
        10. OMBAK RINDU

        DISIARKAN JUGA UNTUK SEMUA:

        KERABAT DIRAJA MALAYSIA
        KERABAT DIRAJA INDONESIA
        PEMIMPIN MALAYSIA
        PEMERINTAH INDONESIA
        RAKYAT MALAYSIA
        RAKYAT INDONESIA
        BANGSA MELAYU SELURUH DUNIA
        PECINTA BAHASA MELAYU
        PECINTA SASTRA MELAYU
        PECINTA SASTERAKU DUNIAKU
        WARGA DUNIA YANG MEMINATI BAHASA MELAYU
        PEWARIS ANAK CUCUKU TERCINTA

        RAKAN FB DAN GROUP YANG TAK JEMU MEMBERI SOKONGAN
        UNTUK HAMBA BERKARYA SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA...

        MEREKA YANG TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK DALAM MEMBERI SOKONGAN DALAM PERJUANGAN KHAZANAH SASTRA UNTUK DIWARISKAN PADA ANAK CUCU BANGSA MELAYU RUMPUN MELAYU SEDUNIA.

        SEKALUNG BUDI DAUNAN KASIH SETULUSNYA DARIPADA,

        RABEAH MOHD ALI
        PUTRI RIMBA NIAGARA
        ISTANA RIMBA NIAGARA
        MALAYSIA
        5 APRIL 2012
        2 hours ago · 
      • Raymond Majumah saya telah terlepas perkara yang saya benar-benar ingin menjayakannya...
        2 hours ago · 
      • Rosminah Suhaibul Tahniah kpd semua penyair... Penuh semangat. Seolah2 mlm tadi kita berada dalam istana budaya.lontaran puisinya sampai..walupun saya bajau tapi banyak yang haji majad lontarkan jarang-jarang didengar
        about an hour ago ·

        (PETIKAN DARIPADA WALL NORAWI HJ KATA)
        7 Arpril 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;