Wednesday, 4 April 2012

SEHINGGA DENYUTAN NADIKU TERHENTI!


  • DENGAN LIMPAHAN CAHAYA-MU

    Pabila air mata ini sudah tidak bererti Ya Alllah
    Tiada lagi sendu di kalbu
    Yang ada adalah duka lara yang parah
    Ditinggalkan dia terperuk dalam kawah penjara cinta
    Paling bawah paling dahsyat!
    Hingga makanan harianku adalah kegelapan yang menghitam
    Kucuba mencari lulusan cahaya untuk memadamkan
    Cinta pesona dunia ini
    Lagi kucari lagi ketebalan membungkam rasa
    Hanya air mata ini yang terusan mengalir
    Menangis demi cinta teramat cinta padaMu Illahi
    Tika sedang keasyikan menangis
    Datang angin sepoi-sepoi bahasa terasa aman dan damai
    Dan juraian air mata kering
    Bila ku lihat kegelapan bertukar cahaya memutih
    Aku terpana dalam kilauan yang mengasyikkan jiwa
    Adakah ini yang kudambakan selama ini sudah singgah di
    Kalbu hati?
    Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akhbar
    Aku ditinggal dia dalam sengsara cinta lalu dilemparkan
    Ke lembah paling dahsyat kehinaan
    Tapi kau tak pernah tinggalkan aku
    Biarpun sejuta manusia menghinaku
    Tapi kau menggangkatku ke darjat yang tinggi
    Setelah Kau sudi hadir menyerikan taman hatiku
    Dengan limpahan cahaya....cahaya....cahaya...
    Dari segenap penjuru hati
    Makanya bersyukurlah aku
    Di sejadah sejuta cinta padaMu yang tak terungkap
    Melainkan
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
    Kerana ku teramat faham erti
    Sifat pengasihMu pada semua hambaMu
    Tika masih hidup di dunia ini
    Kau berikan peluang tanpa batas
    Untuk sentiasa muhasabah diri
    Membawa bekalan pulang ke negeri abadi
    Agar selamat daripada segala
    Azab sengsara
    Yang lebih dahsyat daripada
    Penjara kawah bawah tanah manusia
    Jika terlepas peluang keemasan ini
    Makanya rugilah aku selamanya
    Kerna air mata segala penyesalan
    Hanya untuk dipandang ketika masih
    Nyawa ada di kerongkong...
    Jika terhenti nafas
    Bekalan kosong dibawa pulang
    Tunggu-tunggulah
    Penyesalan
    Tangisan rayuan sudah tidak bererti bagiNya
    Makanya tunggulah
    Pembalasan
    Atas pilihan sendiri
    BertemuNya dalam kehampaan cinta
    Penuh kesal tak tertebus dengan apapun!
    SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
    Aku tak mahu begitu Ya Allah
    Kehampaan Cintaku PadaMu
    Biarlah di dunia ini
    Aku jadi hamba cinta
    Semuanya keranaMu Ya Allah
    Moga Kau sentiasa bersamaku
    Di setiap denyut nadiku
    Sehingga denyutan nadiku terhenti
    Dan bawalah
    Cintaku cintaMu
    Selamanya Abadi
    Insya-Allah Aamin

    Karya Rha NS
    4 April 2012
     ·  · See Friendship · Yesterday at 7:13am near Kuala Lumpur
    • Laksamana Mas likes this.


      (PETIKAN DARIPADA WALL LAKSAMANA MAS)
      5 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;