Monday, 2 April 2012

'BERKENAN MENJELASKAN LEBIH RINCI', RMB MARTADI KUSUMAH




  • INDAHNYA BAHASA HATI BAHASA JIWA BAHASA KALBU

    Indah bagi yang mengerti bahasa hati
    bahasa jiwa bahasa bangsa
    bahasa yang boleh mengusutkan fikiran
    bahasa yang boleh menenangkan jiwa
    tapi yang kupilih bahasa yang mententeramkan kalbu
    mendamaikan roh dan jasad

    moga pertemuan antara dua hati ini
    kekal abadi disatukan di alam realiti
    berbicara empat mata satu hati
    sehati sejiwa mengungkap kata bahasa hati bahasa jiwa
    indahnya pertemuan di kala itu

    bagaikan hidup di alam fantasi tapi realiti
    saling mengerti saling memahami
    bahasa hati bahasa jiwa
    cuma yang mengerti betapa indahnya
    bahasa hati bahasa jiwa bahasa kalbu
    bahasa yang mendamaikan roh dan jasad
    bahagia...

    Karya Rha NS
    29 Julai 2011
     ·  ·  · 3 hours ago
    • Laksamana Mas and 3 others like this.
      • Rmb Martadi Kusumah ‎.
        .
        Bahasa Hati
        Berbicara tanpa kata-kata
        .
        .
        3 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Hanya yang mengerti ...
        Bahagia roh dan jasad...
        2 hours ago ·  ·  1
      • Rmb Martadi Kusumah ‎.
        .
        Bagaimanakah cara untuk mengerti itu?
        .
        .
        2 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Jika hatimu rasa tenang dan damai
        Berarti kau mengerti....
        2 hours ago · 
      • Rmb Martadi Kusumah ‎.
        .
        Apakah yang dimengerti itu?
        .
        .
        2 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Kukira kau sudah mengerti kerana kita berkomunikasi pun gunakan
        bahasa hati...dan kerna kau memahami di kalbu makanya kau suka puisiku...kalau kau tak ngerti masakan kau berkomunikasi denganku...
        BAHASA HATI BAHASA JIWA BAHASA KALBU HANYA YANG MENGERTI TAHU ... janganlah buat-buat tak tahu dong...hihihihi
        2 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali AGAR TENANG HIDUP MATIMU

        Duhai saudaraku...
        Apalah erti hidup ini
        Apalah erti janji ini
        Jika tidak disertai semangat juang yang tinggi
        Mendahului kepentingan sendiri dari perjuangan sebenar...
        Makanya dahului lah perjuangan daripada kepentingan sendiri
        Agar hidup dan matimu tenang
        Setenang air di kali Syorga

        Karya Rha NS
        3 April 2012
        2 hours ago · 
      • Rmb Martadi Kusumah ‎.
        .
        Ada kala terlupa
        Ada kala tersilap
        Baik kalau Saudariku Rabeah Mohd Ali
        Berkenan menjelaskan lebih rinci
        .
        .
        2 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Duhai sahabatku...adakalanya kita terpaksa membela diri kita bukan untuk disanjung...tapi agar menjadi pengajaran kepada yang lain.... baik tak semestinya kita sewenang-wenangnya berkata tanpa menjaga perasaan....tegur boleh....tapi tegur cara kasih sayang....bagi saya amat menghargai sebuah persahabatan yang ikhlas tanpa ada prasangka apa-apa ...persahabatan bagi saya lebih berharga daripada permata yang berharga. Indahnyanya seperti indahnya pelangi di waktu malam. Makanya jagailah persahabatan yang setulus ikhlas tanpa menguris hati rakan-rakan yang dikasihi ....kalau boleh biarlah persahabatan yang indah ini kita bersama hingga ke SyurgaNya. Aamin.

        Kita bukanlah orang yang baik 100% kerna kita insan yang tak sempurna...apa salahnya kita jadi manusia yang ingin selalu menjadi baik...hari ini lebih baik daripada semalam dan merasakan hidup ini seperti ahli Syurga yang inginkan hidup di dunia ini berkasih sayang dan berbuat baik sesama insan hanyalah semata keranaNya bukan untuk dipuji atau dipandang orang....mana tahu berkat kita berbuat baik dan tolong menolong sesama insan dibalas Allah dengan redhaNya tidak hidup dan mati...Aaamin...itulah yang kita dambakan sebagai seorang hambaNya.

        (DI SINILAH MESEJ YANG INGIN SAYA SAMPAIKAN KEPADA PEMBACA YANG MEMBACA KARYA SAYA HARAP SAUDARA MARTADI KUSUMAH BOLEH MEMAHAMI JIKA MAHU LEBIH MEMAHAMI SECARA TERPERINCI BACALAH KARYA-KARYA YANG SAYA SIARKAN JIKA SUDI MEMBACANYA)
        2 hours ago · 
      • Rmb Martadi Kusumah ‎.
        .
        HATUR NUHUN/ TERIMA KASIH
        .
        .
        2 hours ago ·  ·  1

        (PETIKAN DARIPADA GROUP WARKOP SOPONGIRO)
        3 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;