Wednesday, 4 April 2012

KEPADANYA SAMUDRA GUNUNG-GUNUNG DAN BINTANG-BINTANG DI LANGIT MENYAMPAIKAN HORMAT SEMBARI MENUNDUK HIKMAT..




  • ‎"Perempuan-perempuan Tegar yang berhati lembut",.......
    Kepadanya, samudra,...Gunung-gunung,...dan bintang-bintang di langit,...
    menyampaikan hormat sembari menunduk hikmat,..................
     ·  · 17 hours ago · 
    • You and 10 others like this.
      • Rabeah Mohd Ali PANTUN PAHLAWAN MELAYU PANTANG DICABAR

        Zairie Erie:

        Batang jerami diberi madu,
        Rebung seiris dimakan kuda;
        Kalau kami diberi malu,
        Ujung keris menikam dada.

        Putri Rimba:

        Hujung keris menikam dada,
        Rela kumati jika itu mahumu;
        Niatku kepahlawananmu terus di persada.
        Tapi api cemburumu memakan diriku.

        Silakan ...bunuhku segera...asal damai hatimu!!!!!

        Pendekar yang gagah perkasa tak akan lari dari medan perjuangan...makanya aku akan kejar kau sampai dapat agar kau tidak boleh lari lagi ke mana-mana!

        Jika dibiarkan keris bicara,
        Makanya akal fikiran ditolak tepi;
        Adat pahlawan membara-bara,
        Pantang dimalu terbakarlah hati.

        Pantang dimalu terbakar hati,
        Sebelum menfitnah berfikir dulu;
        Jangan diikut marah di hati,
        Apapun masalah berbincanglah dahulu.

        Bukankah kita sama se guru,
        Tapi perbedaan fahaman buatku celaru;
        Kau sentiasa perkasa selalu,
        Rendah diriku tak setandingmu.

        Merendahnya aku bukan bererti aku kalah,
        Mahu kufikirkan dulu apa bicara Si Tuah;
        Pahlawan Hang Tuah patut dimegah,
        Kernanya Melayu aman di bumi bertuah.

        Tanam pisang rapat-rapat,
        Air diteguk di tepi kali;
        Bersatu hati disetiap pendapat,
        Kebalnya pahlawan menjadi lali.

        Kepahlawan melayu sudah terbilang,
        Tiada tandingan di serata dunia;
        Pewaris melayu takkan hilang,
        Nenek moyang menyayangimu sentiasa.

        Makanya duhai pahlawan melayu,
        Bangkitlah dengan semangat juang yang tinggi;
        Jangan berleka dengan fikiran bercelaru,
        Perjuangan membela anak bangsa jangan terhenti.

        Biar tsunami datang membadai,
        Teruskan segala niat yang murni;
        Jiwa pejuang takkan terhenti,
        Selagi ada denyutan nadi.

        Malulah pahlawan jiwanya mati,
        Semangatnya lemah pabila dikeji;
        Apapun dihina tetap berjiwa pertiwi,
        Demi anak bangsa tak pernah terhenti.

        Karya Purtri Rimba Niagara
        Istana Rimba Niagara Malaysia
        4 April 2012

        ( SKRIP PANTUN INI DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PAHLAWAN RUMPUN MELAYU)
        17 hours ago ·  ·  1

        (PETIKAN DARIPADA WALL LAKSAMANA MAS)
        5 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;