Friday, 6 April 2012

MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH!




Putri Rimba Shared Zairi Erie's photo.
PULAU RUPAT INDAH PERMAI
SANGKAR BESI SIBURUNG ELANG
KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI
PENDEKAR TAK MATI DITENGAH GELANGGANG

  • Rabeah Mohd Ali shared Zairi Erie's photo.
     ·  · 3 minutes ago
    • You like this.
      • Rabeah Mohd Ali MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH!

        Aku anak melayu...
        Engkau anak melayu
        Tapi aku pantang melayu hina bangsa melayuku sendiri
        Makanya marilah kita ke tengah gelanggang
        Beradu kepahlawanan melayu
        Kerna pendekar melayu tak akan mati di tengah gelanggang...

        Engkau janganlah bersandiwara...
        Engkau kata engkau anak melayu
        Apa bukti engkau sokong melayu?
        Ada anak bangsa engkau
        Yang engkau bela?
        Bilang sama aku?
        Mana buktinya?
        Aku pantang orang pandai berkata-kata
        Tapi tak mahu buktikan!!!!

        Apa kuasa aku mahu aku buktikan?
        Engkau yang patut buktikan...
        Engkau yang ada kuasa
        Kenapa engkau tak gunakan kuasa engkau itu
        Engkau leka dengan pujian pangkat engkau
        Dengan kuasa yang engkau ada
        Engkau kumpul sebanyak mana harta yang engkau mahu
        Engkau hendak bawa harga engkau ke kubur ke?
        Hingga lupa tanggungjawab engkau kepada anak bangsa!!!

        Ciss bedebah engkau...!!!
        Aku kumpul harta kerna itulah matlamat aku...
        Engkau yang dengki khianat dengan aku....!!!!

        Yang engkau ambil itu bukan kepunyaan engkau!
        Harta rakyat...hak rakyat....!!!!
        Apa engkau tak rasa bersalah?
        Kerna engkau tak rasa bersalah ....
        Marilah kita bertarung tenaga....
        Baru tahu engkau berkuasa atau aku yang berkuasa...

        Ciss anak melayu pantang dicabar!!

        Ciss! Bedebah engkau masih lagi mengaku anak melayu!!!
        Tapi pengkhianat bangsa sendiri....!!!!

        PULAU RUPAT INDAH PERMAI,
        SANGKAR BESI SI BURUNG ELANG;
        KALAU MAKRIFAT SUDAHLAH SAMPAI,
        PENDEKAR TAK MATI DI TENGAH GELANGGANG.

        KEPERKASAAN MU PAHLAWAN AKU MENGALAH,
        KEKUATAN MU BAGAIKAN LAKSAMANA HANG TUAH;
        ENGKAU MEMBUATKAN AKU MENGAKU KALAH,
        MARILAH KITA BERPADU AGAR BANGSAKU MEGAH.

        KARYA Putri Rimba
        30 Mac 2012
        Like · · Unfollow Post · March 30 at 8:56am near Kuala Lumpur

        (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA)
        6 April 2012 

0 comments:

Post a Comment

 
;