Monday 30 April 2012

MAKANYA WAJIBLAH KITA MENGHARGAI PENGORBANAN SEMUA ASKAR DI MALAYSIA INI SAMADA MEREKA MASIH HIDUP ATAU TELAH MENINGGAL DUNIA




AKU ASKAR MELAYU

Aku orang melayu
Kerja askar melayu
Di Tanah Melayu

Tak akan ada
Seorang pun
Yang boleh
Menggugat
Penderiaanku

Darahku
Jiwaku
Jiwa melayu

Jasadku kepunyaan Allah
Rohku dalam genggaman Allah

Demi-Nya
Demi bangsaku
Demi negaraku

Kurela
Nyawaku jadi taruhan
Di setiap penjuru
Setiap masa
Sentiasa bersiap sedia
Bila-bila masa
Berbakti di medan juang!

Tak akan berundur biarpun seinci
Biarpun peluru menembusi seluruh tubuhku
Aku relakan
Demi-Nya
Demi anak bangsa
Demi pertiwi

Biarpun dihujani peluru
Biarpun bermandikan darah
Biarpun bumi 1Malaysia ini menjadi lautan darah
Kami askar melayu relakan
Asalkan rakyat 1Malaysia aman damai
Daripada ancaman musuh
Agar kemerdekaan negara kami
Kekal merdeka selagi ada bulan dan matahari!

Duhai anak cucuku...
Moyangmu
Askar melayu
Menyayangimu
Sepenuh jiwa dan raga
Rela pertaruhkan nyawa demi
Negara ini agar dapat kalian
Teruskan dan jayakan
Dan kekalkanlah kemerdekaan negara tercinta ini
Agar dapat diwariskan
Dari generasi ke satu generasi

Di tugu moyangmu nanti
Kalungkanlah bunga-bunga cinta pertiwi pada moyangmu
Tanda ingatan kalian pada moyangmu
Jangan lupa doakan kesejahteraan roh moyangmu
Agar tenang setenang air di kali Syurga

Moyangmu...
Ahmad Tajuddin
Dan seluruh rakan moyangmu
Orang Melayu
Askar Melayu
Di Tanah Melayu
Di bumi Malaysia tercinta!

Karya Putri Rimba Niagara
11 April 2012
(KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU 1MALAYSIA TUAN AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU R.A.M.D 1MALAYSIA)
 ·  ·  · 7 hours ago
    • Qaseh Solehah Siapa Tuan Ahmad Tajuddin... boleh qaseh tahu
      7 hours ago ·  ·  1
    • Qaseh Solehah apa pun tahniah... sajak yang penuh semangat
      7 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Tuan Ahmad Tajuddin askar melayu di Kementerian Pertahanan Malaysia. Saya amat mengaguminya yang berjiwa keperwiraan sejati makanya terlahirlah ilham puisi ini. Terima kasih kerana sudi memberi sokongan.
      7 hours ago ·  ·  1
    • Qaseh Solehah ye... perjuangan mereka untuk keamanan kita... terima untuk semua askar... yang masih berbakti atau yang telah pergi
      7 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Makanya wajiblah kita menghargai pengorbanan semua askar di Malaysia ini samada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.
      6 hours ago ·  ·  1
  • (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP MEMBACA KARYA PN)
    30 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;