Sunday 29 April 2012

ANAK MUDA SEKARANG PERLU PENTINGKAN NEGARA DARIPADA KEPENTINGAN SENDIRI


  • Melayu Islam Bersatulah..!! Jangan biarkan orang lain pecah belahkan bangsa kita..kalau bukan kita yang menyatukan bangsa kita sendiri,siapa lagi..?
     ·  ·  · 2 hours ago via mobile
    • You and 7 others like this.
      • Rabeah Mohd Ali SYAIR BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA TUNKU ABDUL RAHMAN

        Tersebutlah kisah seorang putera,
        Tunku Abdul Rahman diberi nama;
        Dikasihi semua rakyat jelata,
        Baik budinya tidak terkira.

        Menyayangi rakyat sepenuh hati,
        Perjuangannya tidak pernah terhenti;
        Disambung oleh pemimpin terkini,
        Cintakan perjuangan tidak bertepi.

        Sokongan rakyat Tunku gembira,
        Rela berkorban harta dan nyawa;
        Demi kerana negara tercinta.
        Asalkan rakyat hidup bahagia.

        Bersama Tun Razak Tunku ke London,
        Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
        Penat dan lelah tidak dihiraukan,
        Asalkan pulang membawa kejayaan.

        Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
        Disambut penuh dengan kegembiraan;
        Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
        Tersenyum Tunku tanda kepuasan.

        Tunku laungkan merdeka penuh membara,
        Rakyat menyambut laungan membara-bara;
        Demi kerana negara merdeka,
        Untuk diwarisi rakyat jelata.

        Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
        Penuh dengan penat dan lelah;
        Walaupun tiada pertumpahan darah,
        Agar generasi dapat berteduh.

        Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
        Pertahankan negara tanpa jemu;
        Rakyat aman sudahlah tentu,
        Generasi mendatang mendapat restu.

        Tanpa diduga komunis bertandang,
        Menceroboh masuk terus meradang;
        Tunku memikir merasa bimbang,
        Keselamatan negara tidak tergoyang.

        Tunku berbincang secara aman,
        Dengan Chin Peng membuat keputusan;
        Komunis berundur dengan aman,
        Terima kasih Tunku Abdul Rahman.

        Jepun menyerang ke negara kita,
        Ingin berkuasa merebut tahta;
        Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
        Makan dan minum berair mata.

        Sana sini mayat bergelimpangan,
        Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
        Asalkan hati penuh kepuasan,
        Kerana hati bertuhankan syaitan.

        Para perajurit ramai terkorban,
        Mempertahankan negara habis-habisan;
        Nyawa di badan jadi taruhan,
        Asalkan negara menjadi aman.

        Perajurit dibantu tentera Inggeris,
        Jepun terus bermuka bengis;
        Berlawan mereka terus menerus,
        Gugurnya perajurit terus ditangis.

        Pergilah perajuritku dengan aman,
        Perjuanganmu menjadi kenangan;
        Kau gugur dalam kemenangan,
        Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.

        Jepun mengalah lalu berundur,
        Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
        Sudah terlambat Jepun nak sedar,
        Rakyat mereka ramai yang gugur.

        Tunku hargai jasa perwira,
        Pertahankan negara ke hujung nyawa;
        Rakyat juga amat berbangga,
        Kerana jasamu rakyat terbela.

        Tungku memerintah penuh berhati,
        Rakyat hidup bersatu hati;
        Ke mana pergi Tunku dihormati,
        Pengorbanamu Tunku terus diingati.

        Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
        Memerdekakan negara demi keamanan;
        Agar generasi turut pertahankan,
        Menjadi warisan sejak berzaman.

        Karya: Putri Rimba Niagara
        31 Ogos 2011
        2 hours ago · 
      • Ayeed Khalid Terbaek syair tu Rabeah Mohd Ali tp anak muda skrg dah lupa perjuangan sebenar menegak kan kepentingan org Melayu di tanah air kita sendiri..diorg lebih taksub melaungkan agenda politik kotor dan cuba mem"Bersih"kan apa yg konon nya tak adil dan berat sebelah di mata mereka..pada saya,apa yg lebih penting ialah menjaga kepentingan kita org Melayu Islam yg merupakan pribumi di Tanah Melayu ini..siapa yg menang ketika pilihanraya nnt tak penting asalkan dia org Melayu yg sanggup memperjuangkan hak org Melayu..jgn sampai pemimpin tu memperjudikan hak2 kita sudah la..apa yg org Melayu kita dpt sekarang ni rasanya dah cukup baik dah rasanya..tak payah nak ubah2 lg dah..
        about an hour ago via mobile · 
      • Rabeah Mohd Ali Yang penting anak-anak muda mesti berjiwa patriotik. Berpolitik boleh tapi politik yang mementingkan kesejahteraan hidup rakyat dan rakyat hidup dalam negara yang aman damai seperti mana yang dikehendaki oleh bapa kemerdekaan Malaysia.Apa pendapat mu Ayeed Khalid.
      • Hairie Skufc kita mahukan kamanan bkn kekacauan...
      • Rabeah Mohd Ali AKU BERJUANG BUKAN DI DALAM GELANGGANG!

        Tika aku terlantar parah begini...
        Mana pergi anak-anak muridku...
        Yang mengaku akan menuntut
        Darahku yang jatuh ke bumi
        Walaupun setitis!
        Ini bukan setitis...
        Tubuhku dipenuhi darah....
        Sesuka hati mereka
        Menetak ...menghentak
        Memukul ...menyepak terajangku
        Bukan aku tidak boleh melawan mereka
        Mereka terlalu ramai
        30 orang tu...
        Kalau benar mereka anak jantan
        Kenapa tak satu lawan satu?
        Biarpun begitu pantang
        Anak jantan lari di medan juang
        Biarpun mereka ramai
        Aku seorang
        Aku kerahkan segala tenaga jantanku
        Hingga tak kuhiraukan
        Darahku merecik sana sini
        Lagi kuat hayunan parangnya
        Lagi kuat hayunan
        Sepak terajangku
        Kerana mereka bersenjatakan parang tukul dan besi
        Aku tidak bersenjata
        Kerna
        Aku bukan dicabar di tengah gelanggang
        Aku diserang hendap tika di luar gelanggang
        Kerna aku percaya
        Tuhan Mahu Mengujiku
        Kerna adalah suratan takdirku
        Aku terima dengan redho
        Coma jika dipanggil Illahi
        Adakah anak-anak jantan melayu
        Di luar sana masih membisu dan kaku
        Aku tidak minta ditebus kematianku
        Tapi jagalah bangsa melayuku
        Agar tidak menerima nasib sepertiku
        Diserang hendap tanpa dugaku
        Dan pantang aku
        Bangsa aku ditindas dan tertindas
        Tanpa sebab musabab....
        Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu?
        Makanya bangsaku
        Kalau melayu tak sokong melayu
        Siapa lagi?

        Pahlawanku yang teraniaya...
        Sabarlah...
        Tuhan bersamamu tika ini
        Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka...
        Andai kau dijemput Illahi...
        Syurga menantimu
        Insya-Allah Aamin

        Karya : Putri Rimba.
        24 April 2012
      • Rabeah Mohd Ali PANTUN SATRIA

        Hajat hati nak jadi perwira,
        Tiada kudrat apalah dayaku;
        Namun begitu bersemangat satria,
        Relaku mati demi negaraku.

        Kata ibu datukku seorang pahlawan,
        Keturunan hulubalang Raja Bugis;
        Aku bersyukur berdarah pahlawan,
        Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.

        Rupanya aku tidak keseorangan,
        Di luar sana menyokong perjuanganku;
        Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
        Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.

        Takkan hilang melayu di dunia,
        Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
        Melayu bersatu bermuafakat bersama,
        Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

        Berjuang tetaplah berjuang jua,
        Pantang undur sebelum berjuang;
        Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
        Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

        Jasa perajurit memang tidak dilupakan,
        Jasamu mewangi hingga ke mati;
        Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan,
        Kaulah perwira rakyat dan negara sejati.

        Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
        Bersiap siaga setiap masa;
        Menangani jenayah begitu cermat,
        Agar negara dan rakyat aman sentiasa.

        Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
        Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
        Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
        Keamanan Malaysia di puncak jaya.

        TLDM tidak kurang hebatnya,
        Berada di laut bersiap siaga;
        Musuh yang datang akan ditentangnya,
        Demi keamanan negara sentiasa dijaga.

        Pasukan RELA rela berkorban,
        Berkorban masa dan juga tenaga;
        Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
        Demi rakyat dan negara tercinta.

        Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
        Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
        Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
        Semangat perjuangan terus membara.

        PERKASA kusanjung jasamu,
        Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
        Tidak pernah berputus asa di hatimu,
        Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.

        PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
        Roh perjuangan tepat dan jelas;
        Semangat membara-bara hidup di hatimu,
        Moga murni perjuanganmu Allah membalas.

        Seni persilatan melayu amat dikagumi,
        Kepahlawananmu tiada tandingannya;
        Generasi muda minat mempelajari,
        Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.

        Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
        Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
        Jutaan rakyat bangkit memberontak,
        Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.

        Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
        Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
        Pemimpinnya rakus gilakan kekuasaan,
        Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.

        Rakyat Malaysia cintakan keamanan,
        Pemimpin Malaysia cintakan negara;
        Rakyat dan pemimpin saling sefahaman,
        Saling berkorban demi negara.

        Peristiwa Mesir dan Libya jadikan pedoman,
        Jangan dengki-mendengki rakyat dan pemimpin;
        Negara sentiasa terus aman,
        Kedaulatan negara sejak berzaman.

        Pahlawan melayu pantang berundur,
        Rela bermandikan darah dihujani peluru;
        Demi pewaris takkan berudur.
        Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.

        Berkibarlah benderaku terus berkibar,
        Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
        Rakyat Malaysia jangan dicabar,
        Roh perjuangan meniti zaman.

        Karya: Putri Rimba Niagara
        25 Mac 2011
        (Bersempena Memperingati Hari Polis Malaysia Ke-204 Tahun)
      • Zulkefli Tahir iislam terbukti dapat menyatukan umat manusia ......
        39 minutes ago · 

        (PETIKAN DARIPADA  GRUP MELAYU ISLAM BERSATU)
        29 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;