Tuesday, 1 May 2012

SEJUJURNYA AKU TAK TEGA KEHILANGAN KAMU SEHINGGALAH NYAWA MENJEMPUTKU PULANG




PANTUN PEKERJA PENENTU MASA DEPAN NEGARA

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja,
Berkerjalah dengan setulus ikhlas ;
Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
Moga budimu Allah membalas.

Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Justeru ada Negara adalah pekerja;
Apa pun bidang kerja sumbangannya pada Negara,
Kerajaan tidak dapat dipisahkan dengan pekerja.

Kerajaan pembela nasib pekerja,
Pekerja kerajaan dilayan seperti anak emas;
Tepat masa pulang habislah kerja,
Kerajaan naikkan gaji juga diberi bonus.

Rakyat datang mahu berurusan,
Berurusan dengan penjawat awam;
Menunggu lama amat membosankan,
Membosankan berurusan penjawat awam.

Gaji nak bonus pun nak,
Tapi kerja tak setimpal gaji;
Bonus tak dapat mula memberontak,
Pekerja cemerlang kerajaan tetap memuji.

Kerajaan menyeru penjawat awam ,
Semua pekerjanya lakukan transformasi;
Demi kecemerlangan Negara dan orang awam,
Maka Negara maju kerana pekerja berdedikasi.

Malang sungguh pekerja swasta,
Masih ada juga sistem penghambaan;
Bekerja separuh mati gaji entah ke mana,
Kejamnya majikan tak ada perasaan.

Di era Negara maju serba moden,
Majikan untung berlipat ganda;
Gaji pekerja mereka tak naikkan,
Derita pekerja menyara keluarga.

Kerja separuh mati tak setimpal gaji,
Demi kehidupan teruskan juga;
Bos mengherdik juga mengeji,
Hati merintih ditahankan juga.

Hati merintah ditahankan juga,
Demi meneruskan sebuah kehidupan;
Sanggup bersusah demi keluarga,
Mengharapkan sinar cahaya di masa depan.

Sabar pekerja menahan cabaran,
Menghadapi karenah cerewetnya majikan;
Salah sikit dah panas baran,
Pekerja bersabar dalam kesempitan.

Gaji diberi tidak mencukupi,
Untuk menyara kehidupan keluarga;
Padahal majikan hidup serba mencukupi,
Sumbangan pekerja tidak berharga.

Mogok pekerja bos yang susah,
Mogok bos pekerja tak bergaji;
Hidup pekerja semakin susah,
Negara moden selalu tak begini.

Hari-hari bekerja demi sesuap nasi,
Mencari nafkah keluarga tercinta;
Setiap tahun bos menabur janji basi,
Memberi bonus semuanya helah belaka.

Mana lagi tempat hendak mengadu,
Pekerja malang derita tanggung sendiri;
Syukurlah ada hamba Allah ambil tahu,
Membela pekerja tidak dibiarkan sendiri.

Segala masalah mengadu kepada WNK,
Berjuang habis-habisan demi pekerja;
Berhujan berpanas sanggup bertekak,
Asalkan terbela nasib pekerja.

Dikutuk dihina tidak diambil peduli,
Memperjuangkan nasib pekerja bermati-matian;
Terbela nasib pekerja kepuasan di hati,
Kemenanganmu sentiasa kami nantikan.

Ya Tuhan jika kami di pihak yang benar,
Berilah kami kekuatan dan keazaman;
Moga rintihan kami mereka mendengar,
Bahagialah kami demi sebuah kehidupan.

Doa orang teraniaya tanpa hijab,
Hidup bersandar kepada Allah semata;
Berusaha bertawakal doa mustajab,
Berjuang tetap berjuang demi pekerja tercinta.

Duhai kerajaan mereka kata,
Hidup ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang;
Pekerja salahkan kerajaan...majikan diam tanpa kata,
Alangkah bagus seia-sekata mulai detik ini dan akan datang.

Kamu akan dapat apa yang kamu perjuangkan,
Tapi ada hati-hati sengsara tak cukup gaji;
Justeru belalah nasib pekerja duhai kerajaan dan majikan,
Agar jadi realiti rakyat berpendapatan tinggi.

Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Saling faham memahami demi Negara;
Antara pekerja majikan juga kepimpinan Negara,
Kerana pekerja penentu masa depan Negara.

Pekerja penentu masa depan Negara,
Itu tidak dapat dinafikan mana-mana Negara;
Rakyat dibela diperjuangkan demi Negara,
Pekerja merealisasi tranformasi Negara

Aku tahu aku naif dalam hal ini,
Sepuluh jari ku mohon kemaafan;
Kerana aku tahu siapalah aku ini,
Tidak sebijakmu menuntut sebuah harapan.

Karya: Putri Rimba Niagara
1 Mei 2012
(Bersempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja)
 ·  ·  · 18 hours ago

    • Wahyu Yudi Mayday !
      15 hours ago ·  ·  1

    • Rabeah Mohd Ali 
      Wahai rakan fbku Wahyu Yudi...
      Tolong jawab puisiku ini ye...
      Kalau tak mahu jawab...fahamlah aku yang kau memang nak sepikanku...huhuhu


      BUAT RAKAN FBKU YANG TERSANJUNG DI HATI...

      Semakin kuatnya terjangan ombak ke aku
      begitulah kuatnya rindu ke kamu....
      comanya aku tak tega menangung sakitnya
      terjangan ombak itu hingga aku terjaga dari lena ...
      Ya... aku benar-benar rindukan kamu dan kerana terlalu rindu,
      aku tidak boleh terima kau sepikan aku dalam hidupmu...
      sejujurnya aku tak tega kehilangan kamu sehinggalah
      nyawa menjemputku pulang.

      Tahu ke kau sehari tidak mendengar kabar berita darimu ...
      serasa bagaikan bertahun-tahun lamanya...jika seminggu...
      berbulan ...lagi aku tak boleh terima...jika terlalulah sibuknya dikau...
      aku rela kau sepikan aku...dan buanglah namaku jauh-jauh dari di sudut hatimu...kerana aku tak larat lagi mengharap balasan rindu darimu...
      aku tak larat lagi pergi ke ombak rindu...menyatakan aku rindu padamu
      dan bukan kau yang menjawab...coma gema suaraku sendiri yang menjawab....adakah kau tega melihat aku menanggung derita
      rindukanmu sepanjang hari sepanjang masa?
      Makanya balaslah rinduku biar pun seketika cuma...
      aku nggak bisa membuang rinduku padamu di ombak rindu.....
      kerna setiap yang hadir dalam hidupku biar pun cuma di alam maya...
      dia adalah lebih berharga daripada permata berharga...
      makanya hargailah rinduku ini tanpa alasan yang kau sibuk dengan duniamu....
      jika kau tak sanggup untuk menjadi sesetia ombak kepada pantai....
      makanya lepaskan rindu itu...biarlah ia pergi di bawa deruan ombak tanpa suara...bisu...sepi....kalau itu pengobat rindumu ke aku....
      dan aku rela sepi rindu ini disepikan tanpa penantian yang menjemukan.

      Moga di alam realiti kita dapat berjumpa menyatakan hasrat hati..
      yang kita adalah sahabat paling sejati selepas itu kita tidak perlu
      lagi mengungkapkan rindu serindunya hanya yang ada aku
      sayang kamu demi-Nya makanya terimalah persahabatan ini demi-Nya.

      ITULAH MAKNA YANG TERSIRAT DAN TERSURAT YANG ADA DI
      SASTRAMU SASTERAKU

      Moga apa yang aku ukirkan di daunan kasih ini membuka hatimu untuk membalas rinduku...agar aku tak sepikan kamu di ombak rindu...
      maaf aku terpaksa begitu kerana kutahu sepi itu adalah pengubat rindumu...
      makanya biarlah kita sepi.. dan terus sepi....dalam bahasa yang kita sendiri faham
      apa itu makna sepi tanpa kabar berita.....

      Yang merindui mu di ombak rindu,
      Putri Rimba Niagara.
      1 Mei 2012

      (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP JARINGAN SASTRA INDONESIA KALBAR)
      2 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;