Wednesday, 2 May 2012

TUAN HAMBA ADALAH SALAH SEORANG SAHABAT HAMBA SEPERTI DINO




HA KIMI II
Thanks saayang...selamat pagi..
 ·  ·  · 3 hours ago
  • You, Putra Rimba and 3 others like this.
    • Damia Iman thanks..juga..untuk segalanya..morning
      3 hours ago ·  ·  1
    • HA Kimi II Nanti simpan katak-katak ye..hehe
      3 hours ago via mobile · 
    • Damia Iman yup..akan dijadikan kenangan terindah
      3 hours ago · 
    • HA Kimi II Thanks..n thanks..masukan rayyan hakimi lam group berpuitis ni..like 100%..
      3 hours ago via mobile ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali PANTUN TIGA SAHABAT DI HATI BERBUNGA CINTA SYORGA

      Hari-hari saya ke sekolah,
      Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
      Sukanya hati cikgu tak marah,
      Kerana saya berkawan dengan dinosaur.

      Dinosaur saya bernama Dino,
      Saya berkawan sejak dulu;
      Pergi sekolah bersama Dino,
      Melintas jalan Dino dahulu.

      Dino tunggu di pintu sekolah,
      Saya belajar penuh semangat;
      Beg saya bewarna merah,
      Guru mengajar saya mengingat.

      Saya kenalkan Dino dengan kawan,
      Kawan gembira tidak terkata;
      Di waktu rehat dibelanja kawan,
      Dino tersenyum tersebar berita.

      Tersebar berita berkawan dengan dinosaur,
      Kedatangan Dino disambut mesra;
      Dino diberi makan sayur,
      Kemesraan mereka amat ketara.

      Dino sakit saya bimbang,
      Diberi ubat sembuh sakitnya;
      Menyayangi Dino bukan kepalang,
      Tidak ke sekolah kawan bertanya.

      Masa cuti berkelah di pantai,
      Semasa di pantai ramai berkerumun;
      Meminati Dino yang bijak pandai,
      Ramah tamah Dino mereka terpegun.

      Semasa mandi-manda kami gembira,
      Seakan berpesta besar-besaran;
      Gembiranya hati tidak terperi,
      Kerana Dino dapat kenalan.

      Peminat Dino ramai tidak terkata,
      Memberi hadiah tanda persahabatan;
      Dino terima dengan hati terbuka,
      Terima undangan tidak keberatan.

      Hari-hari hidup gembira,
      Kerana Dino sentiasa lucu;
      Pergi ke sekolah membara-bara,
      Ilmu ditimba terus maju.

      Seekor kucing melintas jalan,
      Dino selamatkan dari dilanggar;
      Syukurlah kerana dapat berjalan,
      Dibawa pulang saya bersyukur.

      Kucing diberi nama Si Seberang,
      Kerana tidak pandai menyeberang;
      Baiknya kucing tidak menyerang,
      Bahagianya kami dahulu hingga sekarang.

      Dino tidak bersikap garang,
      Walaupun Si Seberang ganas dengannya;
      Dari dahulu hingga sekarang,
      Dino bersabar dengan kerenahnya.

      Si Seberang tidak lalu makan,
      Risaunya saya bukan kepalang;
      Berjumpa doktor Dino nasihatkan,
      Sembuh terus sakit Si Seberang.

      Kami ketawa terbahak-bahak,
      Apabila Si Seberang dipakai baju;
      Sakit perut ketawa terbahak-bahak,
      Dino nasihatkan makanlah keju.

      Sudah enam tahun kami berkawan,
      Kehidupan kami amat membahagiakan;
      Dino ke sungai menangkap ikan,
      Si Seberang makan saya pun makan.

      Kami bertiga tidak pernah bergaduh,
      Kami bergurau setiap hari;
      Tiada keluar perkataan bodoh,
      Kasih sayang kami tidak terperi.

      Bersiar di padang kami bertiga,
      Si Seberang dengan saya sangat gembira;
      Dibawa Dino berjaga-jaga,
      Agar kami terus gembira.

      Ikatan kami amat mesra,
      Kami gembira hidup begini;
      Bersenda gurau gembira sentiasa,
      Saling sayang menyayangi sesama sendiri.

      Indahnya hidup setiap hari,
      Moga bahagia milik kami bertiga;
      Berkasih sayang antara kami,
      Hari-hari berbunga cinta Syurga.

      Karya: PUTRI RIMBA
      26 April 2012
      (PANTUN IMAJINASI KANAK-KANAK KREATIF INI ISTIMEWA UNTUK PERI KECIL PALING CANTIK DEWI SEKAR TANJUNG TERSAYANG)
      3 hours ago ·  ·  1
    • HA Kimi II Panjangnya pantun dia...hehe
      3 hours ago via mobile ·  ·  1
    • Damia Iman karya Putra Rimba..ke ni..comel
      2 hours ago ·  ·  1
    • Putra Rimba Bukanlah hamba yang punya tapi itu putri rimba punya.....
      2 hours ago via mobile ·  ·  2
    • Rabeah Mohd Ali Macam mana dengan pantun tiga sahabat itu...kelakar tak? hihihih
      2 hours ago ·  ·  1
    • Putra Rimba geli hati hamba tak terkata
      about an hour ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Tuan hamba adalah salah seorang sahabat hamba seperti di atas...yang namanya DINO...hihihi
    • (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP AKU DIA PUISI CINTA DAN LAGU)
      3 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;