Wednesday, 2 May 2012

BIASAN PURNAMA DI ALUNAN LAUT YANG TENANG TERTERA KALIMAH SYURGANYA




      • TERTERA KALIMAH SYURGA 

        Duhai purnama cantikmu
        Aku terpukau dengan keindahanmu
        Kecantikanmu tiada tandingannya
        Kau bersyukur pada PenciptaMu
        Menjadikan engkau sebegini indah
        Kerana terlalu bersyukurnya engkau
        Pada Tuhanmu
        Yang tak terhingga banyaknya
        Lalu kau tersenyum
        Membalas kesyukuranmu padaNya
        Dengan membiaskan cahayamu
        Nan amat indah!
        Di air laut yang tenang
        Beralun-alun kebiruan dan kekuningan cahayamu
        Biasan warna kekuningan di air tenang itu
        Tertera kalimah Syurga
        LAAILLAAHAILALLAHMUHAMMADDARASULLALLAH
        ALLAHU AKHBAR

        Karya Putri Rimba Niagara
        3 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;