Wednesday, 2 May 2012

BUAT RAKAN FB KU GAHAR GILAH YANG TERSANJUNG DI HATI...




BUAT RAKAN FBKU YANG TERSANJUNG DI HATI...

Semakin kuatnya terjangan ombak ke aku
begitulah kuatnya rindu ke kamu....
comanya aku tak tega menangung sakitnya
terjangan ombak itu hingga aku terjaga dari lena ...
Ya... aku benar-benar rindukan kamu dan kerana terlalu rindu,
aku tidak boleh terima kau sepikan aku dalam hidupmu...
sejujurnya aku tak tega kehilangan kamu sehinggalah
nyawa menjemputku pulang.

Tahu ke kau sehari tidak mendengar kabar berita darimu ...
serasa bagaikan bertahun-tahun lamanya...jika seminggu...
berbulan ...lagi aku tak boleh terima...jika terlalulah sibuknya dikau...
aku rela kau sepikan aku...dan buanglah namaku jauh-jauh dari di sudut hatimu...
kerana aku tak larat lagi mengharap balasan rindu darimu...
aku tak larat lagi pergi ke ombak rindu...menyatakan aku rindu padamu
dan bukan kau yang menjawab...coma gema suaraku sendiri yang menjawab....
adakah kau tega melihat aku menanggung derita
rindukanmu sepanjang hari sepanjang masa?
Makanya balaslah rinduku biar pun seketika cuma...
aku nggak bisa membuang rinduku padamu di ombak rindu.....
kerna setiap yang hadir dalam hidupku biar pun cuma di alam maya...
dia adalah lebih berharga daripada permata berharga...
makanya hargailah rinduku ini tanpa alasan yang kau sibuk dengan duniamu....
jika kau tak sanggup untuk menjadi sesetia ombak kepada pantai....
makanya lepaskan rindu itu...biarlah ia pergi di bawa deruan ombak tanpa suara...
bisu...sepi....kalau itu pengobat rindumu ke aku....
dan aku rela sepi rindu ini disepikan tanpa penantian yang menjemukan.

Moga di alam realiti kita dapat berjumpa menyatakan hasrat hati..
yang kita adalah sahabat paling sejati selepas itu kita tidak perlu
lagi mengungkapkan rindu serindunya hanya yang ada aku
sayang kamu demi-Nya makanya terimalah persahabatan ini demi-Nya.

ITULAH MAKNA YANG TERSIRAT DAN TERSURAT YANG ADA DI
SASTRAMU SASTERAKU

Moga apa yang aku ukirkan di daunan kasih ini membuka hatimu untuk membalas rinduku...
agar aku tak sepikan kamu di ombak rindu...
maaf aku terpaksa begitu kerana kutahu sepi itu adalah pengubat rindumu...
makanya biarlah kita sepi.. dan terus sepi....dalam bahasa yang kita sendiri faham
apa itu makna sepi tanpa kabar berita.....

Yang merindui mu di ombak rindu,
Putri Rimba Niagara.
1 Mei 2012
 · 
  • Gahar Gilah likes this.
    • Gahar Gilah Oh Tuhan...
      Alangkah indahnya susun katamu dinda Rabeah Mohd Ali,
      ambo bagaikan berhadap kelir Ramayana dan Sita Dewi,
      aku makin membaca bait demi bait laksana mata tak berkedip
      cahaya layar menayang cerita.

      Sungguh tak tersangka...sedaifku juga
      terperuntuk rindumu...masih menjadi sepi kala aku berjumud.
      Andai itu benar, aku pastinya mendepa rangkulan..
      menerima seluruh rindu dan kesepian itu menjadi teman selama
      kau pasrah menerima hakikat.

      Lihatlah, akulah manusia yg paling bersyukur
      dianugerah Tuhan sepi dan rindu sekaligus..
      17 hours ago ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Ya Allah ...kerna aku terlalu rindukan hamba-Mu ini
      kerna aku tidak mahu dia terus menyepikan aku atas
      kesibukan nya setiap hari...ampunkan aku ampunkan dia

      Jika kesibukannya kerana menyibukkan diri mencintai-Mu
      Dia lupakan aku terus pun tak apa Ya Allah
      Kerana aku takkan cemburu jika dia mencintai-Mu
      kerna cinta-Mu sejati cinta-Mu Pasti
      tidak sepertiku mementingkan diriku sendiri
      tanpa memahami dia yang mahu menjadi Kekasih-Mu
      Ya Allah Kau Maha Mendengar rintihan ku ini
      Jika ada kata-kata ku yang membuatkan dia terluka
      Bukakan hatinya untuk memaafkan aku
      Kerana aku telah salah sangka padanya
      Insan suci yang ingin menjadi Kekasih-MU
      Terimalah segala amal ibadat-Nya
      Dan kabulkanlah segala permintaannya yang baik-baik. Aamin.
      17 hours ago · 

      (PETIKAN DARIPADA WALL GAHAR GILAH)
      2 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;