Wednesday, 2 May 2012

BURULAH CINTA YANG MEMBAWA KE SYURGA-NYA




SUARA CINTA

Alangkah bahagia rasa di hatiku
walaupun kau tahu diriku tidak sempurna
namun kau terima aku seadanya
kau sayangku sepenuh nyawamu
kau mencintaiku seteguh hatimu.

Dengarkanlah suara cinta dari hatiku
aku bersyukur dengan keikhlasan cintamu
kau serahkan cintamu hanya untukku.
akan aku hadirkan namamu dalam doaku
kerana aku mencintaimu sepenuh jiwaku.

Kekasih hatiku
terimakasih atas satu cinta ini
akan kusimpulkan dengan kasih dan sayang
berjanji dengan kesetiaan dan kejujuran
namun perjalanan cinta ini ada dugaannya
moga mendapat keredhaan dan rahmat dariNya.
 — withPahlawan Mimpi and 16 others.

Karya: Amirah Amir
1 Mei 2012
1 ·  ·  · 

  • You, Ahmad Tajuddin and 21 others like this.

    • Tunggul Duku terikasih syg ku,, akan ku balas dgn ke kesetia an,, demi cinta suci yg kau berikan
      about an hour ago ·  ·  1

    • Amirah Amir bersaksikan bulan dan bintang ke hahaha :P

    • Amirah Amir terimakasih Tunggul Duku :)

    • Tunggul Duku bersaksikan tok iman he3
      about an hour ago ·  ·  1

    • Tunggul Duku sama2 syg he3
      about an hour ago ·  ·  1

    • Amirah Amir hahahaha.. tak nakkkkk larrriiikkkkk :P :P

    • Syahadah Nur Qalbi Suara Cintaku...ikhlas
      Suara Cintaku...jujur
      Kesetiaanku
      Hanya utkmu
      Dalam doa
      Ku utuskan
      Agar cinta ini sentiasa mekar mewangi
      Sesuci embun pagi...kekal selamanya....tq Amirah Amir...♥

      about an hour ago ·  ·  2

    • Tunggul Duku kemane mahu lariiiiiiiiiiiiiiiiiiii ye,, akan ku kejar he3
      about an hour ago ·  ·  1

    • Fida Abdullah Sharifah masih lagi berirama rindu...bagus terus bahgia...
      about an hour ago ·  ·  1

    • Aishah Zin kalau sebut nama mamat tu time baca doa makan.. haa... mau lapar mamat tu!! Huhu..:p
      about an hour ago ·  ·  1

    • Amirah Amir indah dan puitis Syahadah Nur Qalbi
      begitulah jiwa ni bila bercinta :)

      about an hour ago ·  ·  1

    • Amirah Amir thanks Fida Abdullah mencari bahagia :)

    • Amirah Amir Aishah Zinnnnnnnnnnnnn hahahahahaha
      idea cantikkkkk tu weyy sakit pewut gelak ni huhuhu


    • Fida Abdullah Mohun shera
      about an hour ago ·  ·  1

    • Ellyzz Katrina name sy takde ke.. aisehhhhhh... hehe
      about an hour ago ·  ·  1

    • Amirah Amir silakan Fida Abdullah .. apa2 saja di sini mmg utk di kongsi :)

    • Amirah Amir ada jep ye Ellyzz Katrinaaaaaaaaaaa (eh asal tak blue huhuhu) masuk je lah pintu dah buka tu hehehe silakan2 ... ^__~
      about an hour ago ·  ·  1

    • Hamidon Bain impian cintamu akn terlaksana sebentar lagi
      about an hour ago ·  ·  1

    • Rabeah Mohd Ali TERIMA KASIH KERNA IZINKAN
      AKU BERTEDUH DI HATIMU YANG PENUH IMAN

      Kasih...
      Kau hadir tanpa dugaku
      Kebaikan
      Kejujuran
      Kelembutan tutur katamu
      Buat aku jatuh cinta padamu
      Kau tidak seperti yang lainnya
      Tidak pernah faham
      Deria jiwa seorang wanita
      Yang perlukan seorang pria
      Menjadi pelindung
      Membajai benih-benih cinta
      Lalu subur dan tumbuh
      Sepohon cinta yang rendang
      Lebat buahnya
      Itulah pohon cinta Illahi
      Yang disemai bersama di dunia
      Dan menjadi bekal di
      Akhirat nanti
      Bersyukurku atas
      Kurniaan-Nya
      Menganugerahkan...
      Cinta suci mu ke aku
      Ikhlas mencintaiku kerana-Nya
      Terima kasih... kasih
      Kerna izinkan aku
      Berteduh di hatimu
      Yang penuh iman
      Untuk membawa aku
      Jalan-jalan ke Syurga-Nya

      Karya Putri Rimba.
      26 April 2012

      about an hour ago ·  ·  1

    • Amirah Amir hahahahaha ada je bang Hamidon Bain ni .. terimakasih sudi bertandang :)
      about an hour ago ·  ·  1

    • Amirah Amir terimakasih Rabeah Mohd Ali indahnya nukilan :)
      ku jua bersyukur seadanya
      doaku semoga kau juga menemui bahagia
      dunia dan akhirat ^__~

      about an hour ago ·  ·  1

    • Joeabc Joe Bila jejari sibuk menekan
      Otak berfungsi beri fikiran
      Tiap barisan penoh soalan
      Hanya menanti akan jawapan
      Diberi tajuk pada cerita
      Supaya faham bila dibaca
      Andai tak sampai kepenghujungnya
      Cerita dibaca akan di reka
      Begitulah sifat manusia
      Jangan terpedaya
      Harus waspada
      ~~~~KUMBANG DURJANA~~~~

      about an hour ago ·  ·  1

    • Hamidon Bain inilah kehidupan lelaki sepi yg berkelana ikut langkah dimana terhenti utk melepas lelah
      about an hour ago ·  ·  1

    • Maria Margani Sayang...
      Deruan ombak memanggil namamu..
      tersungkur aku dalam kerinduan..
      ku hela nafasku di sekitar alam cintaku..
      terbayang seraut wajahmu ..
      ku laungkan namamu dipantai kaseh ini..
      gelora dihatiku kian mengganas..
      memecah dinding kalbuku mencarimu..
      terlantar aku kesepian dikamar asmara kita..
      gelisah menantimu resah dijiwaku yang merindu..~~~

      about an hour ago ·  ·  2

    • Rabeah Mohd Ali TIKET KE-SYURGA SEORANG WANITA

      Duhai ...
      Dinda Siti Ayuni....
      Izinkan kanda untuk berbicara pada mu sayang...
      Kenapa kau harus mendambakan cinta yang begitu
      Cinta yang tak mengajakmu ke Syurga-Nya
      Dia bilang mahu sediakan sebuah istana
      Hingga sekarang nggak ada
      Dia bilang mahu belikan mobil besar
      Hingga sekarang nggak ada
      Dia bilang mahu menikahi kamu
      Hingga sekarang nggak ada
      Semuanya nggak ada...

      Bila ku tanya bila dia mahu menikahi mu ...
      Engkau diam tanpa jawapan
      Tapi napa kau masih mendambakan cintanya?
      Sedangkan engkau sendiri tahu dia sudah memiliki cinta yang sah
      Dan punya cahaya mata...
      Tapi kau mahu juga setia pada cintanya

      Oklah aku hormati dengan kesetiaan cinta mu itu...
      Tapi andai kata ditakdirkan dia mati hari ini
      Adakah kau akan setia dengan cintanya?
      Dan adakah kau yakin dia akan membawa cinta suci mu itu ke Syurga?
      Coba kau fikir di dunia lagi dia tidak mahu memberi tiket ke Syurga pada mu
      Mana bisa mungkin dia boleh membawa cinta setia mu ke Syurga

      Bagi seorang wanita tiada yang lebih mulia jika
      Mendapat tiket ke Syurga daripada seorang pria yang beriman

      Dengar lah dinda Ayuniku sayang...
      Dambakanlah cinta yang boleh membawa mu ke Syurga

      Jika kita dambakan cinta dunia....dunia akan tinggalkan kita
      Jika kita dambakan cinta akhirat...dunia akan mengejar kita

      Fikirlah dengan mata hatimu
      Jangan butakan mata hatimu
      Biar kita buta jangan buta hati

      Kerana dia yang kau cinta
      Menjadi pujaan hatimu
      Berdoalah pada Allah SWT agar lembut hatinya untuk memberi mu
      Tiket ke Syurga
      Agar cinta mu dan dia terpatri hingga ke Syurga
      Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

      Karya Putri Rimba.
      29 April 2012

      59 minutes ago ·  ·  1

    • Amirah Amir terimakasih Joeabc Joe ... ini hanya nukilan jiwa
      tiada terkena pada sesiapa.. hanya luahan hati dan jiwa ... sekadar berkongsi suara hati di kala bahagia :))

      59 minutes ago · 

    • Amirah Amir Terimakasih sekali lagi buat Rabeah Mohd Alisungguh indah ..
      dan salam perkenalan.

      Tiada yang kekal di dunia
      namun berkurun kedengaran
      cinta dan kasihsayang
      kerana kita dicipta dengan cintaNya
      dan akan kembali kepadaNya kerana CintaNya jua ....

      54 minutes ago ·  ·  1

    • Rabeah Mohd Ali CINTA KITA TERPATRI HINGGA KE SYURGA

      Andainya akulah Bidadarimu
      Cinta dan kasihku hanya padamu
      Tiada yang lain bertahta di hatiku melainkanmu
      Kerana padamulah terletaknya Kunci Pintu Ke Syurga-Nya

      Kenapa harus kutolak
      Cintamu ke aku ikhlas kerana-Nya
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
      Menangis aku di sejadah cinta-Nya
      Merayu-rayu mendayu-dayu
      Esakkan tangis
      Sambil tersedu-sedu penuh syahdu
      Bertambah rinduku pada
      Yang Maha Pencipta Cinta
      DIAlah Tuhanku

      Tuhan...
      Kau hadirkan cinta dia ke aku
      Tanpa mengurangkan sedikit pun
      Cinta aku pada-Mu

      Tuhan...
      Kau Amat Memahami
      Kau Amat Memakbulkan Segala Yang Diinginkan
      Bila Kau Memakbulkan
      Keinginan Mendahului Apa Yang Diinginkan
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR

      Bidadaraku...
      Yang tampan menawan iman
      Terima kasih kerana sudi
      Mencintaiku
      Setulus hati kerna-Nya
      Kau cinta aku kerna-Nya
      Aku membalas cintamu kerana-Nya
      Semuanya kerana-Nya
      Tiada yang lain semuanya kerana-Nya
      Jika ada niat lain selain-Nya
      Rela kuminta Tuhan mencabut nyawaku
      Kerna yang kudambakan
      Cinta kerana-Nya
      Bukan kerana pesona cinta dunia
      Bukan kerana menjadi Bidadari Syorga
      Tapi adalah kerana
      Ingin mendapat balasan
      Cinta-Nya
      Redho-Nya
      Rela kupertaruhkan
      Segala bakti suci kepada Bidadaraku demi-Nya

      Syukur Ya Allah
      Kerana Mengurniakan Bidadara dari Syorga
      Untuk mengisi kekesongan cinta yang kudambakan demi-Mu

      Di jari manisku ini
      Menjadi saksi
      Cincin Cinta Syorga
      Yang bertahtakan
      Permata dari Syorga
      Berkemilauan
      Seperti bintang kejora
      Bersinar-sinar
      Seperti indahnya sinar bulan purnama

      Kukucup Cincin Cinta Syorga itu
      Penuh dengan linangan air mata
      Ku menangis sendu
      Mengharu birukan kalbuku
      Yang bergelora
      Keasyikkan
      Memuji Kebesaran Tuhanku
      Kekuasaan-Nya Mengatasi Segala-Nya
      Dalam aku memuja cinta-Nya
      Tak kira masa
      Di setiap waktu
      Dia membalas cinta-Nya ke aku
      Dengan dikirimkan Bidadara Dari Syorga-Nya
      Untuk mengisi kekosongan cintaku

      Aku beribadat untuk mendapat balasan cinta-Nya
      Tiada terfikir untuk mendapat cinta bidadara dari Syorga-Nya
      Kerana sifat-Nya
      Yang Maha Pengasih daripada segala kekasih
      Kerana sifat-Nya
      Yang Maha Penyayang daripada segala yang penyayang
      Kerana sifat-Nya
      Yang Maha Pemurah daripada segala yang pemurah
      Dikurniakan Bidadara Syorga untukku
      Agar amalanku menjadi berlipat kali ganda pahala
      Agar memudahkan aku memdapat balasan Syorga-Nya
      Kerna Kunci Pintu Syorga
      Ada pada Bidadara Yang DiKurniakan padaku
      ALLAHU AKHBAR
      Menangis aku
      Tersungkur aku di sejadah cinta-Nya

      Tika Bidadara Syurga
      Menyarungkan Cincin Cinta Syurga
      Ke jari manisku sambil berkata,
      "Dinda...kanda cintakan dinda kerana-Nya
      Kunci Pintu Syorga ada pada kanda
      Simpanlah sepenuh imanmu
      Kerana redho kanda
      Adalah redho Allah
      Mulai saat ini dan detik ini
      Kanda meredhoi dinda di kala hidup dan mati
      Cincin Cinta Syurga ini menjadi saksi
      Cinta kita terpatri hingga ke Syorga
      Aamin Ya Rabbal ALamin"

      KARYA PUTRI RIMBA
      30 April 2012

      52 minutes ago ·  ·  1

    • Amirah Amir wow sis Maria Margani indah sekali
      rindumu rinduku jua
      namun nak bersua rasa segan di jiwa
      bukan tak sudi
      akan tiba hari dan saatnya
      pasti kita akan bertemua jua
      di kala itu rasa mesra
      menyambut kita berdua :)

      49 minutes ago ·  ·  1

    • Amirah Amir InsyaAllah cik Rabeah Mohd Ali Tuhan akan perkenan doamu
      kita di sini hanya sementara .. cinta yg kekal kan bertemu jua ..
      terimakasih atas nukilan yang indah2 :)

      47 minutes ago ·  ·  1

    • Rabeah Mohd Ali CINTA ITU INDAH

      Salam sejahtera untuk semua rakan yang dikasihi...
      Walaupun ku tak mengenali kalian
      Sudilah terima puisiku sebagai tanda kasih sayang dariku untuk kalian
      Moga di sini kita semua dapat berpuisi nan indah-indah
      Kerana Cinta Itu Indah ...
      Seindah terbitnya pelangi di malam hari
      Bahasa-bahasa cinta pun indah-indah
      Jika bahasa cinta itu di luar batas ...
      Akan membuatkan kita rasa cinta itu menghinakan
      Kerna cinta itu indah
      Gunakan bahasa yang indah-indah

      Cinta itu suci
      Sucikan dengan ikatan murni
      Barulah cinta itu menjadi CINTA SYURGA

      Cinta Oh Cinta...
      Ku hargai dan sanjungimu
      Kerna kau membuat hati-hati berpelangi cinta
      Pabila dalam hati ada taman pelangi cinta
      Senyuman pun terukir
      Pelangi cinta suci
      Sesuci CINTA SYURGA
      Pasti bahagia membahagiakan
      Cinta yang terpatri di dunia
      Bawa ke Syurga-Nya...

      Makanya burulah cinta
      Yang boleh membawa ke Syurga-Nya...

      Cinta...Oh! Cinta...
      Aku memburumu tak kira di mana kau berada...

      Cinta kepada:

      Tuhanku Yang Mencipta Alam ini
      Semua penghuni bumi dan langit

      Bahagia rasa hati pabila hidup
      Mencintai semua yang ada
      Kerana-NYa

      Sebab itulah CINTA ITU INDAH!

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      2 Mei 2012

      45 minutes ago ·  ·  1

    • Rock Dulu-dulu terima ksih mira.aku merasa sungguh indah bersamamu,tiap waktu.kita bermesra,marah dan sayang,rajuk dan rindu
      36 minutes ago ·  ·  1

    • Amirah Amir hahahaha adoiiii .. buah aty mana? kirim salam ek :)
      34 minutes ago ·  ·  1

    • Amirah Amir cik Rabeah Mohd Ali terimakasih sekali lagi
      tersentuh jiwa ni ....

      34 minutes ago ·  ·  1

    • Rabeah Mohd Ali Berkongsi ilmu yang setitis Insya-Allah akan jadi selautan...Aamin.
      (PETIKAN DARIPADA WALL AMIRAH AMIR)
      2 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;