Monday 30 April 2012

SEMOGA BANGSA MELAYU SENANTIASA BERJAYA, AMIN


        • s
    • R
      AKU ASKAR MELAYU

      Aku orang melayu
      Kerja askar melayu
      Di Tanah Melayu

      Tak akan ada
      Seorang pun
      Yang boleh
      Menggugat
      Penderiaanku

      Darahku
      Jiwaku
      Jiwa melayu

      Jasadku kepunyaan Allah
      Rohku dalam genggaman Allah

      Demi-Nya
      Demi bangsaku
      Demi negaraku

      Kurela
      Nyawaku jadi taruhan
      Di setiap penjuru
      Setiap masa
      Sentiasa bersiap sedia
      Bila-bila masa
      Berbakti di medan juang!

      Tak akan berundur biarpun seinci
      Biarpun peluru menembusi seluruh tubuhku
      Aku relakan
      Demi-Nya
      Demi anak bangsa
      Demi pertiwi

      Biarpun dihujani peluru
      Biarpun bermandikan darah
      Biarpun bumi 1Malaysia ini menjadi lautan darah
      Kami askar melayu relakan
      Asalkan rakyat 1Malaysia aman damai
      Daripada ancaman musuh
      Agar kemerdekaan negara kami
      Kekal merdeka selagi ada bulan dan matahari!

      Duhai anak cucuku...
      Moyangmu
      Askar melayu
      Menyayangimu
      Sepenuh jiwa dan raga
      Rela pertaruhkan nyawa demi
      Negara ini agar dapat kalian
      Teruskan dan jayakan
      Dan kekalkanlah kemerdekaan negara tercinta ini
      Agar dapat diwariskan
      Dari generasi ke satu generasi

      Di tugu moyangmu nanti
      Kalungkanlah bunga-bunga cinta pertiwi pada moyangmu
      Tanda ingatan kalian pada moyangmu
      Jangan lupa doakan kesejahteraan roh moyangmu
      Agar tenang setenang air di kali Syurga

      Moyangmu...
      Ahmad Tajuddin
      Dan seluruh rakan moyangmu
      Orang Melayu
      Askar Melayu
      Di Tanah Melayu
      Di bumi Malaysia tercinta!

      Karya Putri Rimba Niagara
      11 April 2012
      (KARYA DIILHAMKAN KHAS UNTUK RAKAN SEPERJUANGANKU WIRA BANGSA MELAYU 1MALAYSIA TUAN AHMAD TAJUDDIN & SEMUA ASKAR MELAYU R.A.M.D 1MALAYSIA)
       ·  ·  · 5 hours ago
      • Werdys Kalbary likes this.
        • Werdys Kalbary tahniah, hebat semangatmu ukhti Rabeah Mohd Ali, semoga bangsa Melayu senantiasa berjaya, amin.
          5 hours ago · 
        • Rabeah Mohd Ali Aamin. Terima kasih Werdys Kalbary kerna sudi menyokong ku berkarya. Doakanlah agar ku bisa berkarya sehingga terhenti nafas terhentilah pena.
          4 hours ago ·  ·  1
        • Rabeah Mohd Ali PANGLIMA BESAR JENDRAL SUDIRMAN

          Jendral Sudirman...
          Kau adalah idola pahlawan sejati Indonesia
          kau juga adalah idola pahlawan sejati dunia
          kau berjuang tanpa gentar dan takut
          kau adalah jendral yang berbintang 5
          kau suri teladan pada patinggi di militer

          jiwamu besar
          rela berkoran harta dalam berjuang
          rela pertaruhkan nyawa di setiap penjuru waktu
          demi nusa dan bangsa

          biarpun dalam tenat kau terus berjuang di medan perang
          rela dihujani peluru
          rela ditembusi peluru
          rela bermandikan darah

          sungguh engkaulah yang pantas
          dijulang namamu sebagai,
          PANGLIMA BESAR JENDRAL SUDIRMAN
          kerana jasamu pada rakyat Indonesia ...
          SeIndonesia kini makmur sejahtera!
          Syukur Alhamdulillah
          Moga Allah SWT membalas Syorga untukmu
          Berkat keikhlasan syahidmu ke jalan-Nya
          Amin Ya Rabbal A'Lamin

          Karya Putri Rimba Niagara
          30 April 2012
          (PETIKAN DARIPADA GRUP PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA)
          30 April 2012
          2 hours ago ·  ·  1

          (PETIKAN DARIPADA GRUP JARINGAN SASTRA INDONESIA - KALBAR)
          30 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;