Thursday, 3 May 2012

BERSYUKURLAH DENGAN WAJAH YANG DIKURNIAKAN KEPADA KITA




PENEMAN AKHIRATMU AKHIRATKU AKHIRAT SEMUA

Duhai nanda belahan jiwaku...
Menangislah sayang...
Menangislah semahumu...
Jika itu boleh melegakan kesedihan di hatimu yang lara
Mari dekat denganku sayang...
Menangislah di bahuku
Sendu dan tangismu
Akan bergema di lubuk hatiku
Dan tahukah kau...
Sendumu senduku
Perpadu
Kita menangis bersama
Kita meraung bersama
Mengucapkan Syukur pada Tuhan
DiKurniakan dugaan begini hebat
Dibalas dengan nikmat iman
Hanya DIA kau dan aku saja yang tahu
Tuhan mendengar rintihan kalbumu
Tuhan mendengar rintihan kalbuku
Makanya teruskan perjuanganmu
Untuk meneruskan kehidupan
Mencari jalan-jalan pulang
Sebagai bekalan untuk
Berangkat pulang
Ke negeri yang pasti
Pasti akan tiba masa dan saatnya
Kita mengucapkan selamat tinggal pada dunia
Selamat tinggal kepada penghuni bumi
Semuanya kita tinggalkan
Coma yang dibawa bekalan yang diredhoi-Nya
Itulah sebagai peneman di alam barzah nanti
Dan kita tidak keseorangan
Bekalan kita sebagai peneman
Akhiratmu akhiratku akhirat semua
Yang yakin dengan kewujudan Tuhan
Berkat kita bersangka baik dengan Allah
Sehingga di hari dijemput pulang.

BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH
Ertinya:
Daripa Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda:
"Berfirman Allah Azzawajalla: "Aku berkuasa
untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan
terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya
ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)"
(Riwayat al-Bukhari Muslim)

Karya: Putri Rimba Niagara
3 Mei 2012
 ·  ·  · 16 hours ago
  • Putra RimbaGahar Gilah and 4 others like this.
    • Rabeah Mohd Ali KITA MENANGIS DEMI-NYA

      Nanda nangis ke sayang...
      Ku tahu hatimu tika ini
      Bagaikan disayat-sayat
      Dihiris sembilu pilu...
      Sabarlah sayang....
      Bunda di sini turut juga menangis pilu
      Kita menangis...
      Bukan kita takut bila dipanggil pulang...
      Kita menangis adakah kita sudah bersedia
      Bertemu dengan Pencipta kita
      Yang Maha Pengasih
      Yang Maha Penyayang
      Bila sudah sampai ketikanya kita bertemu-Nya
      Kita malu untuk mengangkat wajah
      Rasa hina sesangat
      Kita meraung air mata darah
      Sekali pun sudah tidak
      Bermakna lagi
      DIA akan tidak memandang kita
      Kerna Rahmat dan Kasih-Nya
      Hanya diberi peluang tika di dunia saja
      Bila tiba di akhirat
      Semuanya sudah tidak bermakna lagi
      Air mata yang kita ngalirkan demi-Nya
      Amat besar nilai-Nya
      Maka dengan itu sayang
      Kita menangislah ketika
      Masih ada tersisa peluang
      Ini untuk menangis dan merayu-rayu
      Penuh sendu penuh syahdu
      Pasti DIA mendengar rayuan kita
      Agar menerima kita sebagai hamba-Nya
      Yang di Redhoi tika hidup dan mati
      Aamin Ya Rabbal A'Lamin

      Karya Putri Rimba Niagara
      3 Mei 2012
      16 hours ago ·  ·  2
    • HA Kimi II Puitis t0l ayat2 depa ni...
      16 hours ago via mobile ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali HA Kimi II lagi boleh berpuitis tapi saja tak mahu tunjuk bakat puitis lagi....hehehe
      13 hours ago ·  ·  2
    • HA Kimi II Bakat trkubur...hehe
      13 hours ago via mobile ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Tak pe boleh disuburkan dengan tunjuk ajar dari Putra Rimba...sebab dia pujangga bertaraf dunia tu....hehehhe dia pun saja tak mahu tunjuk bakat dia yang bukan terpendam lagi...tapi nyata tersohor....hehehehe
      13 hours ago ·  ·  2
    • HA Kimi II Kalah A.samad said kalu mcm ni...cye lh,tp km0o pn ape kurangnya..hehe
      12 hours ago via mobile ·  ·  1
    • Rabeah Mohd Ali Setiap yang bergelar kaum Hawa masih berkurangan HA Kimi II sebab mereka dijadikan dari tulang rusuk kaum Adam...betul tak?
      Ha Kimi aku mahu nanya...kamu ni kanak-kanank London tersesat kat sini ye....kamu sesuai ke campur dengan kanak2 dewasa kat cini ye...makanya dari itu kamu tukarlah gambar sebenar kamu ye...senang kita hendak berpusi bersama....nak beri cadangan kat admin grup ini minta jasa baik mereka menyiarkan gambar asli peserta...gambar kanak-kanak minta dia masuk ke grup puisi kanak-kanak.....hehehehe
      11 hours ago ·  ·  1
    • Damia Iman haha..lw cm nim mia yg wt laman nim..kene tukar rupa gak...bg mia sesiapa sje bole berpuisi..bukan dikira pada usia dan rupa..tp bakat..lg pun laman nim..mia ujudkan utk bermesra saling mengeratkan silaturrahim..atas ilham putra..
      20 minutes ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Kalau ukhwah sejati...wajah pun kena sejati...
      Kenapa kita nak berpura berwajah orang lain?
      Kenapa kita tak bersyukur ke wajah yang Allah brikan kepada kita
      Makanya redhailah wajah yang Allah berikan kepada kita
      Itulah tanda kita syukur kepadaNya
      Ditakdirkan berjumpa di luar sana
      Inilah dia rupanya sahabat sejatiku
      Yang bernama ......bukan nama samaran...
      Nama samaran cuma di karya puisi je...
      Aku di sini mencari teman sejati
      Dan sahabat dunia akhirat...
      Bukan kawan yang yang tak mensyukuri
      Wajah yang diberikan kepadanya...ok
      Maaf kerana aku tak pandai
      Berkata lain dari hatiku seikhlas mahu jadikan
      Kamu sebagai sahabatku
      Tapi kalau wajahnya lain aku nggak bisa dong...hehehe
      Salam ukhuwah ini terpulang kepadamu...
      Jika kau tak mahu berwajah sebenar...
      Makanya tahulah aku...
      Aku terpaksa undur diri...bye sayang...
      4 minutes ago · 
  • (PETIKAN DARIPADA GRUP AKU DIA PUISI CINTA DAN LAGU)
    4 April 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;