AGAR DAPAT MENGUNDANG RAHMAT DAN REDHO ILLAHI
Aku mahu tanya kepada mereka yang bergelar warga Indonesia?
Kenapa mereka begitu marah dengan pejuang yang rela mati demi kemerdekaan negara Indonesia?
Bilang sama aku?
Adakah perjuangan mereka tidak dikehendaki rakyat?
Kerna tanpa ridho Illahi seperti yang dikatakan si pujangga?
Bilang sama aku?
Kerna aku menulis setelah membaca kisah-kisah perjuangan
Pejuang Indonesia yang dikirimkan oleh rakan Indonesiaku seorang pecinta sejarah kemerdekaan Indonesia
Setelah aku hasilkan puisi untuk pejuang mereka yang gugur
Mereka kata pejuang itu pengkhianat bangsa Indonesia...
Aku enggak faham sama sekali ini...
Bangsa sendiri melawan pemerintah sendiri
Benarlah kata Bung Karno
Aku boleh usir penjajah di bumi Indonesia
Tapi bangsa sendiri melawan di luar kemampuanku
Kalau benar kau pembela rakyat tolong jelaskan
Apa sebenarnya sejarah pejuang Indonesia
Kenapa mereka tidak dihargai oleh bangsa Indonesia sendiri?
Aku bagi kalungan untaian bunga untuk ibu pertiwi pejuang Indonesia yang gugur di medan juang...dihina dipijak-pijak oleh mereka seolah-olah terlalu hina pejuang mereka...adakah darah pejuang yang gugur dibumi Indonesia tidak diRedhoi Tuhan?
Sedangkan setahu aku darah yang gugur di medan juang adalah darah syahid...darah syahid pasti-Nya diredhoi kerana balasannya Syurga!
Begitulah yang aku tahu...tentang nilaian darah seorang pejuang syahid yang gugur di medan juang..
Kalau mereka sendiri tidak hargai terpulanglah kerana itu hak mereka ke atas pejuang mereka... kerna aku sedar siapakah aku tidak layak untuk menyatakan penghargaan aku kepada pejuang mereka barangkali aku bukan warga Indonesia makanya mereka memandang jijik pada karyaku...
Sekarang ini yang menyakitkan hati aku dan aku tak boleh terima sama sekali apabila bergema suara mereka mahu negaraku digayang habis-habisan? Kenapa ye?
Apa salah negaraku pada bangsa Indonesia?
Setahu aku kita adalah negara berjiran yang amat baik sudah terjalin sejak dulu hingga kini...tapi kenapa masih ada suara-suara sumbang seperti ini ye?
Sejujurnya aku mahu tanya sama kalian...benarkah itu yang ada di hati kalian mahu gayang negaraku...dendam kesumat apa yang ada di hatimu? Bilang sama aku?
Jika kamu tidak mahu bilang ...apa yang ada di hatimu tentang masalah ini...makanya aku terpaksa undur dari kalian...dan aku anggap kalian tidak pernah hadir dalam sejarahku.
Yang aku mahu bina sekarang sejarah masa lalu dijadikan iktibar kepada kita bagaimana mahu mengekalkan kemerdekaan negara masing-masing dan hidup saling harmoni di antara dua benua berjiran saling membantu dan menghormati sesama demi memakmurkan bumi ini agar dapat mengundang Rahmat dan Redho Illahi.
Karya : Putri Rimba.
30 April 2012
AKU BUKAN AHLI SEJARAH
Aku bukan ahli sejarah
Tapi aku peminat sejarah
Aku mahu menghargai sejarah
Dengan caraku sendiri
Aku ingin mengolah sejarah
Jadikan puisi syair pantun dan gurindam
Cara baru untuk mempopularkan sejarah
Di jiwa anak cucu rumpun Melayu
Agar mereka menghargai
Sejarah moyang mereka
Yang bersusah payah
Memerdekakan negara tercinta
Agar anak cucu dapat menumpang teduh
Dengan aman sejahtera
Tanpa ada permusuhan
Yang akan membuatkan
Negara moyangku dijajah semula
Aku tak mahu sampainya jadi begitu
Makanya
Kurela
Keringat dan darahku ini dijadikan tinta
Pena untukku menulis
Dengan air mata dan darah
Dan takkan kuhiraukan lagi
Segala penghinaan mereka ke aku
Kerana aku berpena bukan
Untuk dipandang mereka
Aku menulis
Demi pandangan dari-Nya
Demi anak cucu rumpun Melayu
Aku tak berhajat apa-apa dari kalian
Tapi tolong jangan sepikan karya-karyaku ini
Kerana ianya lahir dari hati dan kasih sayang nan suci
Moga Allah sahaja yang dapat membalas sokonganmu itu
Dan tolong doakan aku agar dapat berpena
Sehingga terhenti nafas
Terhentilah pena
Karya Putri Rimba Niagara
30 April 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment