- You and Ralita Abyili like this.
- Ratu Rimba Niagara DEGUPAN PUISIKU SEMAKIN LEMAH
Duhai Fatimah sahabatku sayang
mari ke mari
peluklah daku
peluk erat-erat
kau akan dengar
raungan derita puisiku
esakan tangisku tiada siapa yang ambil peduli
mereka sengaja melukai hati sasteraku
hati sasteraku terlalu parah kini
rasa tak bermaya untuk aku
lakarkan di kanvas maya
yang lesu dan bisu
yang sepi menyepi
Rasa tak adil bagiku
kuterima mereka
seikhlas hati besahabat denganku
mereka berjanji untuk menjadi sahabat setiaku
bersama karyaku di kala susah
di kala karyaku dihina...disepikan
merekalah sebagai pembela
yang membela karya sasteraku
tapi mereka telah memungkiri
segala janji
mereka yang mula bilang suka
berkawan dengan sasteraku
berubah dalam sekelip mata
membiarkan aku
menanti suara hati mereka
yang sepi menyepi
beku membeku
aku wujud tapi tak wujud pada mereka
apa guna aku berkawan kalau
masing-masing sepi menyepi
kerana aku tak mahu
sepi dibawa ke mati
makanya
aku dengan berat hati
terpaksa
undurkan diri
dari pertemanan dengan mereka yang sepi
maafkan aku teman sepi...
sepi itu membahagiakanmu
dan sepi itu menderitakan aku
makanya relakan perpisahan ini
bukan sengaja aku mahu
berpisah denganmu
tapi inilah realiti driku
yang tak mahu disepikan
oleh mereka yang suka menyepi
wujud seperti tak wujud
sedangkan Tuhan itu wujud
dapat dirasakan kehadiranNya
biarpun tidak kelihatan pada pandangan
pada mata kasar tapi
kita yakin seyakinNya
pada kewujudanNya
dan aku amat yakin
di Syurga kita saling berkomunikasi
tidak saling disepikan
makanya aku
hanya memerlukan
teman alam maya
yang saling berkomunikasi
untuk mengajak aku
jalan-jalan ke SyurgaNya
dalam bahasa Syurga
yang mendamaikan
roh dan jasadku...
maafkan aku kawan
Tuhan ampunkan aku...
Kawan...
semoga kau sudi maafkan aku dan
memahami aku kenapa aku begini
tidak mahu disepikan...
kerana kau hadir sebagai kawanku
adalah atas kehendakNya
makanya samalah kita mengambil
hikmah di sebalik pertemuan persahabatan ini
biarpun cuma di alam maya
dunia maya yang kewujudannya
tidak terfikir pun moyang kita
akan kewujudan dunia maya
tak terjangkau pun pemikiran mereka
semuanya sudah diaturkan oleh
Allah SWT akan kewujudan dunia alam maya
yang serba cangggih
menghubungkan
tali ukhuwah kasih persaudaraan
sesama insan sedunia
Alllahu Akbar Besar-Nya
Kuasa-Mu Tuhan
Makanya dengan Belas Kasihan-Mu
Tanpa Batas
Kau temukan aku dengan hamba-Mu
Yang hatinya hanya terpaut pada-Mu
Berkawan denganku pun kerana-Mu
Bersama-sama meraih cinta-Mu
Agar bertemu-Mu
Dalam jiwa yang tenang
Berkat berbahasa
Yang menenangkan
Roh dan jasad
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
RATU RIMBA NIAGARA
29 Zulhijjah 1433H
14 November 2012
KARYA BT HUSIN TIM & RATU RIMBA NIAGARA
29 Zulhijjah 1433H
14 November 2012
Tuesday, 13 November 2012
ANUGERAH DARIMU TUHAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment