Sunday, 11 November 2012

TAKDIR CINTA MESTI DIIMANI



  • waduh teman maafkan aku,
    hari ni tema pantunku tentang cinta;
    agar dapat kumuhasabah diriku,
    moga Tuhan meredhai pasangan yang bercinta.
    (Semata mahu mendapat redho-Nya)
    Like · · · 2 minutes ago
  • makanya sebelum bercinta fikir dulu,
    adakah layak aku mencintainya;
    jika tak layak rela aku kecewakan hatiku,
    asalkan tidak kecewa dunia akhirat akhirnya.
    Like · · · 5 minutes ago
  • rela kulepaskan cinta kepalsuan,
    jika cinta itu keterpaksaan;
    antara dua hati penuh kepuraan,
    nampak bahagia tapi kepalsuan.
    Like · · · 8 minutes ago
  • cinta sejati sukar dicari,
    tidak akan rasa makan hati;
    jalan-jalan ke Syurga dicari,
    untuk bersama mengikat cinta sejati.
    Like · · · 10 minutes ago
  • jangan bilang cinta jika tak setia,
    jangan bilang cinta jika takut buat keputusan;
    carilah cinta yang boleh mencapai Syurga,
    karna cinta itulah mendekatkan pada Tuhan.
    Like · · · 11 minutes ago
  • eloklah bermadu daripada mencurangi cinta,
    cinta terlarang derita dunia akhirat;
    redho itu takdirnya cinta,
    pasrah saja demi kebahagiaan dunia akhirat.
    Like · · · 15 minutes ago
  • mereka bilang bermadu itu indah,
    tapi bagi isteri macam hempedu;
    segalanya indah...indah..indah,
    jika memahami takdirnya bermadu.
    Like · · · 17 minutes ago
  • cinta adaah satu anugerah berharga,
    dipupuk dengan iman yang padu;
    bukan sengaja dibiarkan tak berharga.
    agar di Syurga cinta berpadu.
    Like · · · 20 minutes ago
  • bukan tak sudi berkongsi cinta,
    asalkan tidak dituduh perampas cinta;
    bahagia saling berbagi cinta,
    asalkan dalam keberkatan cinta.
    Like · · · 22 minutes ago
  • hidup sempurna punya cinta,
    sudah miliki cinta masih cari cinta;
    adakah itu tamaknya cinta,
    tak setia pada yang setia cinta.
    Like · · · 24 minutes ago
  • SEMUANYA TELAH TERCATAT DI LAUHMAHFUZ-NYA

    bukan kita tak pernah sayang
    bukan kita tak pernah cinta
    kita saling sayang
    kita saling cinta

    tapi sayang seribu kali sayang
    cinta kita tak kesampaian
    kita saling asa
    kita saling sepi
    asa jadi luka
    sepi jadi rindu
    rindu tak terbalas rindu
    kecewa luka
    terluka hati
    terluka cinta
    hari-hari kuratah rindu
    hari-hari jiwaku sendu
    hari-hari hatiku pilu
    kenangkan cinta
    tak kesampaian
    kenapa kau setega itu
    mana sumpah setiamu
    sekelip mata kau berubah
    melupakan janji setia
    untuk sama mematrikan
    indahnya cintamu cintaku
    hingga ke Syurga

    kini biarpun
    tinggal nostalgia
    ku doakan kau bahagia
    di samping dia yang kau cinta
    kerana sudah takdir kau bukan milikku
    cinta indahmu itu miik DIA
    cinta indahku adalah milik DIA
    makanya DIA yang tahu siapakah
    untuk cinta hatimu
    siapakah untuk cinta hatiku
    semua-Nya dalam takdir
    yang telah tercatat di Lauhmahfuz-Nya

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    12 November 2012
    Like · · · about an hour ago

    • Sutiara Aisaumaira dapat mencintai , tak dapat memiliki
      pedihnya rasa
      dapat merasai, tak dapat mengengami
      tiada upaya
    • Ratu Rimba Niagara TAKDIR CINTA HARUS DIIMANI,
      TIADA GUNA SEKADAR PESONA CINTA;
      SALING CINTA KERANANYA ITU DIHAJATI,
      SELAIN DARI ITU DIJAUHKAN MEMILIKI CINTA.
    • Sutiara Aisaumaira Bila dicintai, hati bahgia
      terasa memiliki, walau takpunya
      cinta terlerai, jodoh tiada
      luka melukai, galau dijiwa
    • Ratu Rimba Niagara apalah ada pada cinta,
      saling melukai saling derita:
      kalau itu sudah takdirnya cinta,
      harus kuredho agar tak derita.
      27 minutes ago · Like · 1
      • eloklah bermadu daripada mencurangi cinta,
        cinta terlarang derita dunia akhirat;
        redho itu takdirnya cinta,
        pasrah saja demi kebahagiaan dunia akhirat.
        Like · · · 23 minutes ago
      • mereka bilang bermadu itu indah,
        tapi bagi isteri macam hempedu;
        segalanya indah...indah..indah,
        jika memahami takdirnya bermadu.
        Like · · · 25 minutes ago
      • cinta adaah satu anugerah berharga,
        dipupuk dengan iman yang padu;
        bukan sengaja dibiarkan tak berharga.
        agar di Syurga cinta berpadu.
        Like · · · 28 minutes ago
      • bukan tak sudi berkongsi cinta,
        asalkan tidak dituduh perampas cinta;
        bahagia saling berbagi cinta,
        asalkan dalam keberkatan cinta.
        Like · · · 30 minutes ago
      • hidup sempurna punya cinta,
        sudah miliki cinta masih cari cinta;
        adakah itu tamaknya cinta,
        tak setia pada yang setia cinta.
        Like · · · 32 minutes ago
      • OLDER POSTS
      • CINTA DURIAN

        musim durian datang lagi
        aku suka... aku suka... aku suka...
        aku suka durian
        buah kegemaran keluargaku...
        teringat di zaman kecil
        aruah ayahku bawa aku
        ke dusun durian
        ayah memborong buah durian
        buah durian yang banyak itu
        di agih-agihkan kepada kami 10 beradik
        dapat 5 biji seorang
        hingga aku sorok di almari
        takut dicuri adikku yang gila durian juga
        sorok punya sorok
        hingga terlupa hendak makan
        lalu busuk
        aku ketawa sendiri
        akibat suka makan durian
        yang teruknya
        bila mereka tanya
        siapakan calun suamiku
        kukatakan yang punya dusun durian
        waduh malu aku
        jatuh cinta kerana ada dusun durian
        kalo gitu bukan jatuh cinta pada orangnya
        pada dusun duriannya
        waduh jadi bingung aku dech....
        suka durian jatuh cinta kerana durian
        hehehehe

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        12 November 2012
        Like · · · 51 minutes ago
      • KUBALUT RINDUMU BERAROMA SETANGGI CINTA-NYA

        kubalut rindumu beraroma setanggi cinta-Nya
        kutemui kasih dan rindumu mendekati cinta-Nya
        terima kasih cinta hatiku hadirmu adalah kehendak-Nya
        makanya bersyukurlah aku sebanyak-banyak-Nya
      • RATU RIMBA NIAGARA
        12 November 2012
        Like · · · about an hour ago
      • DALAM HATI KUPUPUK SAYANG

        Zaharah Syed Hassan:

        Laman dihias sibunga melur
        Baunya harum memikat jiwa
        Lupa sebentar dikala tidur
        Bila terjaga teringat jua

        Ratu Rimba Niagara

        Indah sungguh bunga melur,
        Menjadi hiasan di istana hati;
        Aku terpaut hatimu jujur,
        Kejujuranmu kuingat sampai mati.

        Zaharah Syed Hassan Ratu Rimba::

        Jika mentari condong ke barat
        Sinarnya nampak dibalik gunung
        Jalinan ukhuwah terikat erat
        Sekalung budi rasa nak junjung

        Ratu Rimba Niagara:

        Indah bahasamu aku teruja,
        Makin kudengar bertambah sayang;
        Budi bahasamu tetap kupuja,
        Dalam hati kupupuk sayang.

        KARYA ZAHARAH SYED HASSAN & RATU RIMBA NIAGARA
        12 November 2012
        ·
        Like · · · 2 hours ago
      • MA'AL HIJRAH MENUJU CINTA-MU

        Ya Allah ...
        Aku sepi tanpa perhatian-Mu
        Aku pilu tanpa hidayah-Mu
        Amalanku pasti tak bersinar
        Sepertimana mahu-Mu
        Malanglah aku jika begitu
        Karna terpedaya
        Dengan diri sendiri
        Betapa taksubnya aku dengan amalan tak berarti
        Karna kebanggaan memakan amalanku

        Ya Allah...
        Pakaian kebanggaan
        Pakaian kesombongan
        Hanyalah layak untuk-Mu
        Bukan untukku
        Hinanya aku Ya Allah...
        Menjadi hamba-Mu
        Yang baru diberi
        Setetes ilmu sudah sombong
        Diberi kekayaan sudah bongkak
        Diberi darjat lagilah aku sombong bongkak

        Ya Allah...
        Aku hamba-Mu
        Yang tak sempurna Ya Allah...
        Pesona dunia
        Darjat...
        Kekayaan...
        Kebijaksanaan..
        Telah memperdayakan imanku yang tandus...

        Ya Allah...
        Aku datang kepada-Mu Ya Allah..
        Merayu pada-Mu
        Agar Kau ampunkan
        Segala kekhilafanku pada-Mu
        Jika Kau tak ampunkan
        Tiadalah berarti lagi hidupku ini
        Karna
        Darjatku kekayaanku kebijaksanaanku
        Telah menzalimi diriku sendiri
        Sedangkan darjat kekayaan kebijaksanaan
        Adalah untuk bertambah zuhudku pada-Mu

        Ya Allah...
        Aku sudah sedar kekhilafanku
        Menjadi seorang hamba-Mu
        Sepertimana mahu-Mu
        Makanya ampunkan segala
        Kekhilafanku

        Ya Allah...
        Sempena Maal Hijrah 1434H..
        Dengan Rahmat Kasih-Mu Tanpa Batas...
        Kau bersihkan catatan buku amalanku
        Yang akan diangkat ke langit ke tujuh
        Disimpan menjadi saksi di Neraca Timbangan nanti
        Di hari itu segala darjat kekayaan kebijaksanaan
        Sudah tidak berarti dan membantu walau sebesar zahrahpun
        Yang ada amalan yang Kau terima walaupun sebesar zahrah
        Makanya dengan amalanku yang sebesar zahrah ini
        Kau pandanglah dengan Belas Kasihan dan Rahmat Kasih-Mu
        Ampunkan aku
        Ampunkan keluargaku
        Ampunkan sahabat-sahabatku
        Ampunkan pembaca karya-karyaku
        Ampunkan semua saudara seislamku
        Samada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia
        Semoga kami semua diberi buku amalan diterima dengan tangan kanan
        Dan ringan timbangan buku amalan kami
        Insya-Allah Aamiin

        Ya Allah...
        Sempena Maal Hijrah 1434H
        Sinarkan Nur Hidayah Kasih-Mu
        Sehingga akhir hayat kami
        Satukan hati-hati kami
        Untuk kembali
        Ke jalan-jalan sebenar
        Menuju cinta-Mu
        Maal Hijrah Menuju Cinta-Mu

        Doa hamba-Mu yang kerdil..
        Dengan Belas Kasihan Dan Rahmat Kasih-Mu
        Makbulkanlah doaku dan doa semua yang
        Membaca karya doaku ini
        Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        12 November 2012
        Like · · · 3 hours ago

0 comments:

Post a Comment

 
;