Friday, 16 November 2012

DEGUPAN PUISIKU SEMAKIN LEMAH



    • like this.
  • Puisi Buatmu


    Mari kulihat matamu
    terasa tak pernah berdusta
    akan kubaca hatimu
    dari lirik dan kerlingan manja
    mari kuusap rambutmu
    darinya terasa bahagi
    lembut kusamnya
    halus bak sutera
    mari kusentuh jarimu
    bukan lembuat dan kasarnya
    tapi getaran rasa yang ada
    genggaman setia yang masih tersisa
    mari kusentuh pipimu
    pada rekahan dan alurnya
    lakaran bimbang pada kehidupan
    dalam kembara kita bersama
    mari kubisikan kata sayang
    terasa bahagia bukan kepalang
    kerana anugerah dariMu Tuhan
    buatku insan tersayang
    Ratu Rimba Niagara
    Puisi Buatmu


Mari kulihat matamu
terasa tak pernah berdusta
akan kubaca hatimu
dari lirik dan kerlingan manja
mari kuusap rambutmu
darinya terasa bahagi
lembut kusamnya
halus bak sutera
mari kusentuh jarimu
bukan lembuat dan kasarnya
tapi getaran rasa yang ada
genggaman setia yang masih tersisa
mari kusentuh pipimu
pada rekahan dan alurnya
lakaran bimbang pada kehidupan
dalam kembara kita bersama
mari kubisikan  kata sayang
terasa bahagia bukan kepalang
kerana anugerah dariMu Tuhan
buatku insan tersayang
@[100000671730192:2048:Ratu Rimba Niagara]
    Unlike · · · November 13 at 9:05pm

    • You and Rajendranath Tagore like this.
    • Fatimah Bt Husin Tim terima kasih Ralita Abyili puisi buatmu..
    • Ratu Rimba Niagara DEGUPAN PUISIKU SEMAKIN LEMAH

      Duhai Fatimah sahabatku sayang
      mari ke mari
      peluklah daku

      peluk erat-erat
      kau akan dengar
      raungan derita puisiku
      esakan tangisku tiada siapa yang ambil peduli
      mereka sengaja melukai hati sasteraku
      hati sasteraku terlalu parah kini
      rasa tak bermaya untuk aku
      lakarkan di kanvas maya
      yang lesu dan bisu
      yang sepi menyepi

      Rasa tak adil bagiku
      kuterima mereka
      seikhlas hati besahabat denganku
      mereka berjanji untuk menjadi sahabat setiaku
      bersama karyaku di kala susah
      di kala karyaku dihina...disepikan
      merekalah sebagai pembela
      yang membela karya sasteraku
      tapi mereka telah memungkiri
      segala janji
      mereka yang mula bilang suka
      berkawan dengan sasteraku
      berubah dalam sekelip mata
      membiarkan aku
      menanti suara hati mereka
      yang sepi menyepi
      beku membeku
      aku wujud tapi tak wujud pada mereka
      apa guna aku berkawan kalau
      masing-masing sepi menyepi
      kerana aku tak mahu
      sepi dibawa ke mati
      makanya
      aku dengan berat hati
      terpaksa
      undurkan diri
      dari pertemanan dengan mereka yang sepi
      maafkan aku teman sepi...
      sepi itu membahagiakanmu
      dan sepi itu menderitakan aku
      makanya relakan perpisahan ini
      bukan sengaja aku mahu
      berpisah denganmu
      tapi inilah realiti driku
      yang tak mahu disepikan
      oleh mereka yang suka menyepi
      wujud seperti tak wujud
      sedangkan Tuhan itu wujud
      dapat dirasakan kehadiranNya
      biarpun tidak kelihatan pada pandangan
      pada mata kasar tapi
      kita yakin seyakinNya
      pada kewujudanNya
      dan aku amat yakin
      di Syurga kita saling berkomunikasi
      tidak saling disepikan
      makanya aku
      hanya memerlukan
      teman alam maya
      yang saling berkomunikasi
      untuk mengajak aku
      jalan-jalan ke SyurgaNya
      dalam bahasa Syurga
      yang mendamaikan
      roh dan jasadku...
      maafkan aku kawan
      Tuhan ampunkan aku...

      Kawan...
      semoga kau sudi maafkan aku dan
      memahami aku kenapa aku begini
      tidak mahu disepikan...
      kerana kau hadir sebagai kawanku
      adalah atas kehendakNya
      makanya samalah kita mengambil
      hikmah di sebalik pertemuan persahabatan ini
      biarpun cuma di alam maya
      dunia maya yang kewujudannya
      tidak terfikir pun moyang kita
      akan kewujudan dunia maya
      tak terjangkau pun pemikiran mereka
      semuanya sudah diaturkan oleh
      Allah SWT akan kewujudan dunia alam maya
      yang serba cangggih
      menghubungkan
      tali ukhuwah kasih persaudaraan
      sesama insan sedunia
      Alllahu Akbar Besar-Nya
      Kuasa-Mu Tuhan
      Makanya dengan Belas Kasihan-Mu
      Tanpa Batas
      Kau temukan aku dengan hamba-Mu
      Yang hatinya hanya terpaut pada-Mu
      Berkawan denganku pun kerana-Mu
      Bersama-sama meraih cinta-Mu
      Agar bertemu-Mu
      Dalam jiwa yang tenang
      Berkat berbahasa
      Yang menenangkan
      Roh dan jasad
      Aamiiin Ya Rabbal A'Lamin

      RATU RIMBA NIAGARA
      29 Zulhijjah 1433H
      14 November 2012
      Wednesday at 1:52pm · Edited · Like · 1

      • and 2 others like this.
      • Ratu Rimba Niagara meskipun terasa sedih tak berdaya
        ku gagahi membangunkan harapan dan cita
        agar lebih bemakna
        moga keheningan
        indahnya panorama
        saujana mata memandang
        ada ketenangan di situ
        aku berjaya
        menggapai cita
        Aamiin.

        Ratu Rimba Niagara
        29 Zuljijjah 1433H
        14 November 2012
      • Fatimah Bt Husin Tim Hidup tidak selalunya indah
        langit tak selalu cerah
        malam suram tak berbintag
        inilah lukisan alam
        dalam aturan Tuhan


        Setitik derita segunung kurnianNya
        jangan terlalu mengharap kesenangan
        hidup satu perjuangan
        maafkan kesalahan insan
        dalam diam taburkan sayang
        dalam tenang buangkan dendam
        suburkan sabar
        dewasalah bersama harapan
        kenali erti kehidupan
        bahagia bersama sayang..
      • Ratu Rimba Niagara

        DEMI KETENANGAN ROH DAN JASAD

        apa hendak diharapkan pada kesenangan yang tak pasti

        yang kuharapkan kawan sejati
        berkata selari dengan hati
        bukan membuat kita makan hati
        dendam yang ingin kupadam

        api yang dinyalakan
        makanya berapi-api jadinya
        dan api yang paling aku takutkan api neraka
        apabila dendam tak padam
        sabar yang diharapkan
        melebur dalam dendam
        aduhai malangnya aku jika
        dendam berapi ada di mana-mana
        aku berada
        apa yang disakitkan aku pun tak tahu
        makanya demi ketenangan hati
        agar selalu sabar tertanam di hati
        pergi melenyap
        dari pandangannya
        walaupun dia berada di sini
        kerana di mana aku berada
        dendamnya pasti akan
        memakan sabarku
        berundur bukan berarti kalah
        apalah salahnya mengaku kalah
        demi akhirat
        demi ketenangan roh dan jasad...

      AKU TAK BERDAYA PERTAHANKAN CINTA

      Duhai Mawar Putih
      hadirmu buatku pilu
      dulu memang kurindu kehadiranmu
      tapi semenjak kau
      guris pilu hatiku
      hingga luka
      aku jadi sedih

      dulu kaulah
      yang kutunggu-tunggu
      hadirmu
      dapat kuhidu bauanmu sewangi kasturi
      memenuhi seluruh benua kalbuku
      tapi semenjak kata-katamu
      terus menghilangkan bauan wangianmu
      terus aku tak mahu menunggu mu lagi
      tahukah kau
      kehadiranmu
      kutunggu
      puisimu seindah pelangi
      mengindahkan benua hatiku

      puisi mu kubaca berulang-ualng kali
      tanpa jemu
      kerana teruja dengan puisimu
      kucetak
      kuperindahkan dengan
      gugusan bunga-bunga mawar putih
      kucapai pelangi
      untuk mengindahkan puisimu
      memang indah
      bahan seni nan indah...
      indah....indah...indah...
      kuletakka puisi yang telah kubingkai indah itu
      di dinding kamarku
      setiap hari kubaca
      setiap hari kupandang
      terlalulah suka melihat puisimu itu

      tapi... kau buat ku sedih...
      puisimu yang kubingkaikan itu pun turut sedih
      kulihat puisimu yang kuhiaskan dengan pelangi
      telah hilang yang ada kelompok-kelompok awan hitam
      puisi yang ceria telah dicemari dengan kelompok awan hitam
      yang bergerak aktif...
      puisi nan indahmu telah berubah
      segala keceriaan hilang
      yang ada suram
      suasana suram yang menyeramkan...
      menakutkan...
      makanya ku ambil puisi
      lalu kubuangkan
      kerana aku tak mahu
      puisi itu merosakkan pemikiranku...
      selepas itu puisimu tak kubaca lagi...
      maafkan aku
      bukan tak sudi membaca puisimu
      kerana puisimu buat aku
      kecewa dengan hidup
      seolah kau menghukum aku
      akulah seorang pendendam
      akulah seorang pencinta kekayaan
      akulah seorang pemarah
      akulah seorang sombong
      akulah seorang suka membagga diri

      apa tujuan kau mengatakan aku begitu
      kau puji aku
      dalam masa yang sama
      kau tikam aku
      semahumu
      aku bukan robot tak faham maksudmu
      aku sangatlah faham
      yang aku tahu dengan kata-katamu itu
      biarlah semua yang membaca
      memandang betapa jeleknya aku
      itu mahumu kan?

      kerana aku tak mahu
      terdera luka dengan kata-katamu
      yang menikam jiwa
      makanya aku melenyapkan
      karyaku di situ
      agar kau tak sakit hati lagi
      ketiadaaku berkaryalah semahumu
      dengan teman barumu itu
      yang telah berjaya
      mempengaruhimu
      maka berpisahlah kita
      untuk selamanya
      dan puisi terakhirku ini
      kuhadiahkan kepadamu
      agar kau tahu
      isi hatiku
      betapa aku
      terlalu kecewa denganmu
      tolong sudi maafkan aku
      kerana aku tak berdaya
      pertahankan cinta....

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      16 November 2012
      Like · · · Yesterday at 7:55am
      WARKAH UNTUK RAKAN PUJANGGA
      'DI MANA ADA KARYAKU DI SITULAH AKU'

      di kala aku benar-benar
      mengharapkan kau memahamiku
      harapan pengertiaan darimu
      hancur berkecai...kecai...
      kau masih tidak memahamiku
      lalu hatiku terluka
      sudah banyak kali aku katakan padamu
      bukan nama bukan sanjungan bukan material
      menjadi dambaan hidupku
      yang aku mahu karyaku
      diterima pembaca di seluruh dunia
      jikalah atas belas kasihan-Nya
      karya aku menajdi material
      material itulah
      ditunas-tunaskan
      berbunga berbuah
      hasilnya sebagai bekalan
      untuk dituai di Sana nanti

      tapi dalam aku tenggelam
      di lautan kepastian darimu
      aku menaruh kepercayaan
      agar kau memahamiku
      dalam satu perkataanmu
      kau luruhkan segala
      kepercayaanku
      bahawa kau masih tak
      memahamiku
      seolah aku rasakan
      selama ini kehadiran aku
      dalam hidupmu
      hanyalah untuk menyusahkanmu
      dan menyandarkan segala
      harapan padamu
      sesak dadaku
      seakan berhenti
      detak jantungku

      dan kerana tidak mahu
      menyusahkanmu lagi
      biarkan aku begini
      sendirian dengan karya-karyaku
      tanpa sokongan darimu lagi
      dan aku senang begini
      tanpa termakan budi
      tanpa menyusahkan kamu lagi
      atau sesiapa saja
      kerana dari dulu lagi
      sejak aku melangkah
      perjuangan dunia sastraku ini
      aku hanyalah sandarkan
      semuanya kepada-Nya
      bukan sesiapa
      jika di masa hidupku
      karya-karyaku tidak diterima
      tidak mengapa kerana aku sudah redho
      manalah tahu dalam karya-karya
      yang aku tulis itu hanya satu saja
      diterima dan dipandang oleh-Nya
      itupun lebih berharga dari alam dan seisi-Nya

      selepas ini di bumi mana
      Allah letakkan karya-karyaku
      di situlah aku berkarya
      tanpa sesiappun tahu
      siapa aku ...di mana aku
      aku cuma berada
      pada yang telah diTentukan-Nya
      dimana ada karyaku disitulah aku
      sehinggalah dijemput pulang ke Pangkuan Ilahi

      RATU RIMBA NIAGARA
      1 Muharram 1434H
      Like · · · Thursday at 11:38am

      • Ahmad Tajuddin and 2 others like this.

      • BULAN BERTEPUK TANGAN ATAS PERPISAHAN

        TAK PERLU KAU CATAT NAMAKU
        JIKA HATI BERTAMBAH PEDIH
        TIKA BULAN BERTEPUK TANGAN
        ATAS PERPISAHAN...
        TULIS SAJALAH NAMA BULAN
        YANG BERTEPUK TANGAN ITU
        KERANA KAU DAN DIA ADALAH
        PASANGAN YANG SERASI
        WOW....

        Karya Ratu Rimba Niagara
        2 Muharram 1434H
        16 November 2012
        BERUNDUR BUKAN BERARTI KALAH
        APALAH SALAHNYA MENGAKU KALAH DEMI AKHIRAT

        apa hendak diharapkan pada kesenangan yang tak pasti
        yang kuharapkan kawan sejati
        berkata selari dengan hati
        bukan membuat kita makan hati
        dendam yang ingin kupadam
        api yang dinyalakan
        makanya berapi-api jadinya
        dan api yang paling aku takutkan api neraka
        apabila dendam tak padam
        sabar yang diharapkan
        melebur dalam dendam
        aduhai malangnya aku jika
        dendam berapi ada di mana-mana
        aku berada
        apa yang disakitkan aku pun tak tahu
        makanya demi ketenangan hati
        agar selalu sabar tertanam di hati
        pergi melenyap
        dari pandangannya
        walaupun dia berada di sini
        kerana di mana aku berada
        dendamnya pasti akan
        memakan sabarku
        berundur bukan berarti kalah
        apalah salahnya mengaku kalah
        demi akhirat
        demi ketenangan roh dan jasad...

        RATU RIMBA NIAGARA
        1 Muharram 1434H
        14 November 2012
        Like ·
        Like · · · Wednesday at 11:08pm
      (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI ILAHI)
      3 Muharram 1434H
      17 November 2012M

0 comments:

Post a Comment

 
;