Tuesday, 13 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH UNTUK PEWARIS, 'PONDOK PERSIAPAN JALAN-JALAN KE SYURGANYA'


  • WARKAH UNTUK PEJUANG FISABIILILLAH
    'BERJUANG MERAIH ANUGERAH DARI-NYA'

    Berjuang untuk diri sendiri demi alam akhiratku
    berjuang tanahair sendiri lambang cinta negaraku
    berjuang negara jiran demi kasihku
    berjuang berbakti pada semua kerana Tuhanku
    kerana sayang aku berjuang
    berbakti pada Tuhan
    berbakti pada manusia
    berbakti pada diri sendiri
    berjuang bukan memburu penghargaan
    berjuang bukan ingin mendapat sanjungan
    tapi berjuang inginkan anugerah
    anugerah dari Tuhanku
    LaillaahaillAllah MuhammadarRasulullah
    itulah anugerah
    yang didambakan
    yang diusahakan
    moga DIA Ehsan
    menganugerahkan-Nya
    padaku
    pada semua pejuang fisabilillah
    yang ikhlas
    ke jalan-jalan-Nya
    Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

    'SALAM MAAL HIJRAH 1434H'

    Dengan ingatan tulus ikhlas daripada,

    RATU RIMBA NIAGARA @ PUTRI ALAM NILAM PURNAMA
    ISTANA RIMBA NIAGARA
    MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
    PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA
    29 Zulhijjah 1433H
    14 November 2012
    Like · · · 6 hours ago

    • Ahmad Tajuddin and 4 others like this.
    • Fatimah Bt Husin Tim Salam Maal Hijrah juga My dear..salam.
    • Ratu Rimba Niagara SALAM MAAL HIJRAH UNTUKMU KEMBALI
      MOGA HIDUP MATIKU HIDUP MATIMU
      HANYALAH SEMATA SETULUS IKHLAS UNTUKNYA
      AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
    • Ralita Abyili Salam Maal Hijrah 1433H juga yer kak,,,maaf lahir bathin adik...
    • Ratu Rimba Niagara Salam Maal Hijrah untuk mu juga adik...
      Akak pun minta maaf
      Saling bermaafan mengundang berkat
      Agar kita tak menyesal di hari akhirat
      Kerana di hari tersebut kita saling menuntut pahala
      Dan jika pahala itu gugur krana kekhilafan di dunia
      Tidak diselesaikan di dunia
      Akan rugilah kita...
      Betul ke adikku...?
    • Ralita Abyili iye akak,,,betul sangat,,,semoga kita sentiasa mendapat hidayah rahmat agar terbebas dari azab siksa yg cukup pedih dan berat...
    • Seketenk Boentoez Salam Santun buat semuanya,mohon diampun ma'afkan segalanya dalam anugrah mencapai RidhoNYA.
    • Ralita Abyili sm2 adenk jua ya kaka...salam santun kasih adenk jua kaka...
    • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK ADIKKU RALITA ABYILI
      'PONDOK PERSIAPAN SEBEUM KE SYURGA'

      Bila bercerita tentang akhirat
      mahu dimatikan segala keinginan dunia
      pesona dunia yang menipu
      mahu menyepikan diri
      dari hiruk pikuk dunia
      mahu tinggal
      bersama mereka
      yang hidupnya
      memuji memuja-Nya
      di sebilang masa dan waktu
      yang difikirkan
      adalah persiapan persiapan sebelum
      pergi ke alam akhirat
      di tempat yang diimpikan itu
      tiada dengki mendengki
      tiada bahasa-bahasa kejam
      sentiasa berkomunikasi
      bahasa-bahasa Syurga
      sayang menyayangi kerana-Nya
      merasakan diri seperti ahli Syurga
      seolah berada di Syurga

      di Taman Syurga itu
      tidak akan ada sepi menyepi
      sepi disepikan
      tiada rasa tamak haloba
      tiada rasa pentingkan diri sendiri
      saling memahami
      saling bermatlamat sama
      ingin mati dalam redhaNya
      ingin mati dalam Rahmat KasihNya

      tapi mereka bilang
      carilah di seluruh penjuru dunia
      tempat yang menjadi igauan kakakmu ini
      tiada wujud
      tempat itu hanyalah wujud di Syurga saja

      tapi adikku
      kakak bukanlah sesempurna baik
      salah ke kita bercita-cita dan berhajat
      untuk mendapatkan tempat yang diimpikan itu?

      doamu amat dan sokongan darimu
      amat akak harapkan
      agar tempat yang akak impikan itu
      dimakbulkan Allah Robbul Idzatii
      sebelum terpejam mata ini
      dengan harapan jika menjadi kenyataan
      akan diwarisi dan dipelihara oleh
      mereka yang bermatlamat yang sama
      sebelum melangkah ke alam akhirat
      tempat itu diberi nama ,
      'PONDOK PERSIAPAN SEBELUM KE SYURGA'

      andai kata hari ini hari terakhir
      akak bernafas di dunia ini
      boleh ke adik berjanji pada akak
      untuk meneruskan cita-cita akak ini adikku?
      jika ia bersyukurlah akak sebanyak-banya-Nya
      kerana doa akak dimakbulkan-Nya
      telah tercatat di Azali
      adiklah yang dihadirkan
      untuk menjayakan cita-cita akak...
      terima kasih adik
      dunia akhiratku....
      moga di Syurga kasih kita berpadu
      bahagia abadi selama-Nya tanpa nokhtah!
      Aamiin Ya Rabba A 'Lamin

      Kakakmu yang mencintaimu dunia akhirat,

      RATU RIMBA NIAGARA
      29 Zulhijjah 1433H
      14 November 2012M
    • Ralita Abyili Akak,,,jngn bicara hari terakhir,,,aamiin insya Allah adik janji akak,,,akan teruskan langkah cita-cita akak,,,kerna adikpun cuma punya cita dan mimpi untuk mendapat tempat yang indah dan mulia di sisi-NYA,,,sentiasa adik akan terus berjalan melangkah untuk mecari redha-NYA kak,,,terimakasih yer kak,,,bila akak dah kenan nak wariskan cita akak dengan adik...
    • Ratu Rimba Niagara WARKAH UNTUK ADIKKU RALITA ABYILI II
      'MENULIS AGAR MENGUNDANG RAHMAT KASIH-NYA'

      Terima kasih adik dunia akhiratku
      terima kasih untuk bersama akak menjayakan

      dan mewarisi cita-cita akak...

      Untuk mengetahuanmu adikku
      sepanjang akak berhidup
      terlalu banyak jalan-jalan berliku
      yang akak lalui
      yang dipijak adalah duri
      yang diminum adalah air mata
      yang didengar adalah kata-kata kejian dan nistaan
      tiada rasa hormat pun mereka pada akak
      biarpun semai bakti yang ditabur
      tapi racun berbisa yang dibalas
      baik yang akak kenal atau pun tidak...
      kalau akak kenal biasalah dengan penghinaan mereka
      yang tak kenal di alam maya pun
      boleh sakit hati dengan akak
      akak tak tahu apa yang disakitkan hati

      tak akan lah kerana akak berkarya
      bersiaran di laman muka buku
      itu pun nak sakit hati?
      akak menulis pun bukan
      menyakitkan hati sesiapa
      jauh sekali mahu melaga-lagakan
      mereka agar bergaduh
      kalau ada wujud begitu
      rela akak undur diri dari mereka
      kerana akak tak suka...tak suka... tak suka...
      tak suka menimbulkan orang sakit hati
      kemudian benci meruap-ruap
      kemudian saling dendam mendendam
      kalau kerana berebut-rebut cintalah
      lagi akak tak suka
      yang akak suka
      saling berkasih sayang
      demi meraih cinta-Nya...
      itu saja yang ada di pemikiran akak
      tentang cinta
      dipasrahkan saja pada-NYa
      kerana segala takdir urusan hidup dan mati
      telah dipasrahkan kepada-Nya...

      kerana keterujaan akak
      dengan bahasa-bahasa Syurga
      makanya jika akak terdengar
      bahasa-bahasa kejam
      pasti akak akan beremosi
      mematahkan bahasa kejam itu
      dan akak mahu membalas bahasa jelek mereka itu
      dengan bahasa paling santun
      jika akak membalas juga dengan bahasa jelek
      berarti akak juga jelek seperti mereka
      cuma mahu akak lafazkan,
      Moga Allah ampunkan kamu
      'Kerana telah menyakitkan hatiku.'

      Tapi jika terus-terusan
      hati akak disakiti
      akak akan terus menyepikan diri
      daripada mereka
      itu adalah lebih tenang buat jiwa akak
      yang mahukan ketenangan....

      Kakakmu Di Rimba,

      RATU RIMBA NIAGARA
      29 Zulhijjah 1433H
      14 November 2012

    • (PETIKAN DARIPADA WALL PUISI ILAHI)
      29 Zulhijjah 1433H
      14 November 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;