Friday, 16 November 2012

HATINYA HANYA TERPAUT PADA-MU


    • Like this.
        Options
      • Salam Pagi my dear Ratu Rimba Niagara ingin ku beri mawar kesukaanku buatmu tersenyum bersama pagimu yang indah ...
        Salam Pagi my dear @[100000671730192:2048:Ratu Rimba Niagara] ingin ku beri mawar kesukaanku buatmu tersenyum bersama pagimu yang indah ...
        Unlike · · · November 13 at 10:21am

        • You and 4 others like this.
        • Ratu Rimba Niagara KUBALUT RINDUMU BERAROMA SETANGGI CINTA-NYA

          kubalut rindumu beraroma setanggi cinta-Nya
          kutemui kasih dan rindumu mendekati cinta-Nya
          terima kasih cinta hatiku hadirmu adalah kehendak-Nya

          makanya bersyukurlah aku sebanyak-banyak-Nya

          Selamat pagi bunga-bunga cinta,
          Secangkir mawar merah untukmu;
          Sudilah minum lambang cinta,
          Lambang ukhuwah kasih untukmu.

          RATU RIMBA NIAGARA
          (Kukirimkankan pantun ini istimewa untukmu sayangku Tim..
          Sebagai balasan mawar putih yang kau kirimkan padaku...
          biarpun kita tak pernah ketemu tapi kasih sayangmu dapat
          kuhidu dan sentiasa mewangi di hatiku...terima kasih kerana sudi menyayangiku)
          29 Zulhijjah 1433H
          14 November 2012
  • AKU TAK BERDAYA PERTAHANKAN CINTA

    Duhai Mawar Putih
    hadirmu buatku pilu
    dulu memang kurindu kehadiranmu
    tapi semenjak kau
    guris pilu hatiku
    hingga luka
    aku jadi sedih

    dulu kaulah
    yang kutunggu-tunggu
    hadirmu
    dapat kuhidu bauanmu sewangi kasturi
    memenuhi seluruh benua kalbuku
    tapi semenjak kata-katamu
    terus menghilangkan bauan wangianmu
    terus aku tak mahu menunggu mu lagi
    tahukah kau
    kehadiranmu
    kutunggu
    puisimu seindah pelangi
    mengindahkan benua hatiku

    puisi mu kubaca berulang-ualng kali
    tanpa jemu
    kerana teruja dengan puisimu
    kucetak
    kuperindahkan dengan
    gugusan bunga-bunga mawar putih
    kucapai pelangi
    untuk mengindahkan puisimu
    memang indah
    bahan seni nan indah...
    indah....indah...indah...
    kuletakka puisi yang telah kubingkai indah itu
    di dinding kamarku
    setiap hari kubaca
    setiap hari kupandang
    terlalulah suka melihat puisimu itu

    tapi... kau buat ku sedih...
    puisimu yang kubingkaikan itu pun turut sedih
    kulihat puisimu yang kuhiaskan dengan pelangi
    telah hilang yang ada kelompok-kelompok awan hitam
    puisi yang ceria telah dicemari dengan kelompok awan hitam
    yang bergerak aktif...
    puisi nan indahmu telah berubah
    segala keceriaan hilang
    yang ada suram
    suasana suram yang menyeramkan...
    menakutkan...
    makanya ku ambil puisi
    lalu kubuangkan
    kerana aku tak mahu
    puisi itu merosakkan pemikiranku...
    selepas itu puisimu tak kubaca lagi...
    maafkan aku
    bukan tak sudi membaca puisimu
    kerana puisimu buat aku
    kecewa dengan hidup
    seolah kau menghukum aku
    akulah seorang pendendam
    akulah seorang pencinta kekayaan
    akulah seorang pemarah
    akulah seorang sombong
    akulah seorang suka membagga diri

    apa tujuan kau mengatakan aku begitu
    kau puji aku
    dalam masa yang sama
    kau tikam aku
    semahumu
    aku bukan robot tak faham maksudmu
    aku sangatlah faham
    yang aku tahu dengan kata-katamu itu
    biarlah semua yang membaca
    memandang betapa jeleknya aku
    itu mahumu kan?

    kerana aku tak mahu
    terdera luka dengan kata-katamu
    yang menikam jiwa
    makanya aku melenyapkan
    karyaku di situ
    agar kau tak sakit hati lagi
    ketiadaaku berkaryalah semahumu
    dengan teman barumu itu
    yang telah berjaya
    mempengaruhimu
    maka berpisahlah kita
    untuk selamanya
    dan puisi terakhirku ini
    kuhadiahkan kepadamu
    agar kau tahu
    isi hatiku
    betapa aku
    terlalu kecewa denganmu
    tolong sudi maafkan aku
    kerana aku tak berdaya
    pertahankan cinta....

    KARYA RATU RIMBA NIAGARA
    16 November 2012
    Like · · · Yesterday at 7:55am

    • Ahmad Tajuddin and 2 others like this.

    • Puisi Buatmu


      Mari kulihat matamu
      terasa tak pernah berdusta
      akan kubaca hatimu
      dari lirik dan kerlingan manja
      mari kuusap rambutmu
      darinya terasa bahagi
      lembut kusamnya
      halus bak sutera
      mari kusentuh jarimu
      bukan lembuat dan kasarnya
      tapi getaran rasa yang ada
      genggaman setia yang masih tersisa
      mari kusentuh pipimu
      pada rekahan dan alurnya
      lakaran bimbang pada kehidupan
      dalam kembara kita bersama
      mari kubisikan kata sayang
      terasa bahagia bukan kepalang
      kerana anugerah dariMu Tuhan
      buatku insan tersayang
      Ratu Rimba Niagara
      Unlike · · · November 13 at 9:05pm

      • You and Rajendranath Tagore like this.
      • Fatimah Bt Husin Tim terima kasih Ralita Abyili puisi buatmu..
      • Ratu Rimba Niagara DEGUPAN PUISIKU SEMAKIN LEMAH

        Duhai Fatimah sahabatku sayang
        mari ke mari
        peluklah daku

        peluk erat-erat
        kau akan dengar
        raungan derita puisiku
        esakan tangisku tiada siapa yang ambil peduli
        mereka sengaja melukai hati sasteraku
        hati sasteraku terlalu parah kini
        rasa tak bermaya untuk aku
        lakarkan di kanvas maya
        yang lesu dan bisu
        yang sepi menyepi

        Rasa tak adil bagiku
        kuterima mereka
        seikhlas hati besahabat denganku
        mereka berjanji untuk menjadi sahabat setiaku
        bersama karyaku di kala susah
        di kala karyaku dihina...disepikan
        merekalah sebagai pembela
        yang membela karya sasteraku
        tapi mereka telah memungkiri
        segala janji
        mereka yang mula bilang suka
        berkawan dengan sasteraku
        berubah dalam sekelip mata
        membiarkan aku
        menanti suara hati mereka
        yang sepi menyepi
        beku membeku
        aku wujud tapi tak wujud pada mereka
        apa guna aku berkawan kalau
        masing-masing sepi menyepi
        kerana aku tak mahu
        sepi dibawa ke mati
        makanya
        aku dengan berat hati
        terpaksa
        undurkan diri
        dari pertemanan dengan mereka yang sepi
        maafkan aku teman sepi...
        sepi itu membahagiakanmu
        dan sepi itu menderitakan aku
        makanya relakan perpisahan ini
        bukan sengaja aku mahu
        berpisah denganmu
        tapi inilah realiti driku
        yang tak mahu disepikan
        oleh mereka yang suka menyepi
        wujud seperti tak wujud
        sedangkan Tuhan itu wujud
        dapat dirasakan kehadiranNya
        biarpun tidak kelihatan pada pandangan
        pada mata kasar tapi
        kita yakin seyakinNya
        pada kewujudanNya
        dan aku amat yakin
        di Syurga kita saling berkomunikasi
        tidak saling disepikan
        makanya aku
        hanya memerlukan
        teman alam maya
        yang saling berkomunikasi
        untuk mengajak aku
        jalan-jalan ke SyurgaNya
        dalam bahasa Syurga
        yang mendamaikan
        roh dan jasadku...
        maafkan aku kawan
        Tuhan ampunkan aku...

        Kawan...
        semoga kau sudi maafkan aku dan
        memahami aku kenapa aku begini
        tidak mahu disepikan...
        kerana kau hadir sebagai kawanku
        adalah atas kehendakNya
        makanya samalah kita mengambil
        hikmah di sebalik pertemuan persahabatan ini
        biarpun cuma di alam maya
        dunia maya yang kewujudannya
        tidak terfikir pun moyang kita
        akan kewujudan dunia maya
        tak terjangkau pun pemikiran mereka
        semuanya sudah diaturkan oleh
        Allah SWT akan kewujudan dunia alam maya
        yang serba cangggih
        menghubungkan
        tali ukhuwah kasih persaudaraan
        sesama insan sedunia
        Alllahu Akbar Besar-Nya
        Kuasa-Mu Tuhan
        Makanya dengan Belas Kasihan-Mu
        Tanpa Batas
        Kau temukan aku dengan hamba-Mu
        Yang hatinya hanya terpaut pada-Mu
        Berkawan denganku pun kerana-Mu
        Bersama-sama meraih cinta-Mu
        Agar bertemu-Mu
        Dalam jiwa yang tenang
        Berkat berbahasa
        Yang menenangkan
        Roh dan jasad
        Aamiiin Ya Rabbal A'Lamin

        RATU RIMBA NIAGARA
        29 Zulhijjah 1433H
        14 November 2012
      • (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI ILAHI)
        3 Muharram 1434H
        17 November 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;