Sunday, 11 November 2012

SULTAN KELANTAN ...BAGINDALAH RAJA BAGINDALAH IMAM


  • Khai Noor & Ratu Rimba Niagara shared Tg Hamzah Alhaj's photo.
    Photo
    Unlike · · · 4 minutes ago ·
  • Khai Noor shared MdmNurzy Gee's photo.
    Photo
    Unlike · · · 6 minutes ago ·

    • You like this.
    • Ratu Rimba Niagara SYAIR PANTUN PUISI GURINDAM UNTUK KDYMM TUANKU SULTAN MUHAMMAD V SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN BAGINDA SULTAN KELANTAN KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA

      Ampun Tuanku Daulat Tuanku,
      Sembah patik harap diampun;
      Allah sentiasa bersama Tuanku,
      Moga Kelantan dalam kesejahteraan.

      Selamat Menyambut Hari Keputeraan,
      Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan;
      Sultan Muhammad V Sultan Kelantan,
      Moga DiKurniakan Nur Kasih-Nya Tuhan.

      Seorang Raja yang tawauduk,
      Bersama rakyat siapkan bekalan;
      Agar menjadi hambaNya yang tawauduk,
      Moga Raja dan rakyat mendapat keberkatan.

      AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.

      BALASLAH KASIH SAYANGNYA DENGAN RAHMAT KASIHMU

      Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan
      Seorang hamba zuhud
      Mengutamakan rakyat lebih daripada
      Kepentingan sendiri
      Segala masalah rakyat ingin dibantu
      Sedaya mampu
      Masalah rakyat masalah baginda juga
      Hari-hari difikirkan
      Rakyat...rakyat...rakyat...
      Hidup baginda sepi tanpa rakyat
      Kasih sayang baginda pada rakyat
      Tidak berbelah bahagi
      Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
      Hinggakan rakyat tidak merasakan
      Yang berada di sisi mereka seorang raja
      Yang berkuasa memerintah seluruh negeri Kelantan
      Namun apabila berbicara dengan baginda
      Masih menjaga adap
      Berbicara bahasa istana penuh sopan
      Hinggakan seluruh rakyat Kelantan
      Berasa amat terharu dengan
      Sikap rendah diri raja mereka
      Pada baginda
      Apalah ertinya pangkat
      Jika pangkat itu tidak memberi
      Apa makna kepada rakyat
      Baginda amat takut
      Apabila tanggungjawabnya
      Sebagai seorang raja akan
      Dipertanggungjawabkan
      Di akhirat kelak
      Apa hendak
      Dijawabkan nanti jika
      Baginda lalai tanggungjawabnya
      Pada rakyat Kelantan

      Ya Allah...
      Kau Maha Penyayang
      Kau Maha Memahami isi hati
      Kau pandanglah kasih sayang raja kami ini
      Kau balaslah kasih sayangnya pada kami
      Dengan Rahmat KasihMu
      Balaskanlah dengan balasan Syurga
      Kami jua mahu bersamanya
      Menikmati SyurgaMu
      Penuh kasih sayang
      Berkat ikhlasnya hidup berkasih sayang
      KeranaMu tika di dunia

      Aamin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      11 November 2012

      JIWA SEORANG RAJA TUANKU SULTAN MUHAMMAD V

      Seorang hamba yang tawauduk
      Biarpun berdarah diRaja
      Itu semua tidak menjadi halangan
      Bersama rakyat suka dan duka
      Rakyat dikasihi sepenuh iman
      Beramal soleh serasa mahu mati esoknya
      Berbakti pada rakyat seakan mahu hidup seribu tahun lagi
      Begitulah jiwa seorang Raja Tuanku Sultan Muhammad V
      Raja Kelantan kesayangan rakyat 1Malaysia
      ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR

      'DIALAH RAJA DIALAH IMAM
      RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA'
      DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      11 November 2012
      (KARYA DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK KDYMM TUANKU SULTAN MUHAMMAD V SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN BAGINDA & SELURUH RAKYAT KELANTAN TERCINTA)

      DISIARKAN KHAS DI WALL H.H HAJI HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK & KESULTANAN JOHOR & DISEMUA GRUP YANG DISERTAI OLEH RATU RIMBA NIAGARA)
      11 November 2012
    • (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & WALL KAMI TAAT SETIA KDYMM SULTAN KELANTAN DAN TENGKU MAHKOTA KELANTAN)
      11 November 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;