Friday, 16 November 2012

TIKA BULAN BERTEPUK TANGAN

  • ‎****Rindu Yang Terindah****

    Masih ingat getaran tanganmu
    bibir yang mengukir senyum manis
    masih ingat kalimat pertama dari mulutmu
    dalam debar suara yang kali pertama menutur bicara
    masih indah semua kenangan
    pada janji yang diperteguhkan
    air mata mengalir bersama cerita
    kisah duka khabar air mata

    Masih ingat gerak sopan yang terungkai
    memberi jarak antara kita
    meriah kasih meraut sayang
    bunga cinta pun berkembang
    masih kuingat segalanya
    janji berkorban dijalanNya

    Mungkin kini telah tiba ketikanya
    yang kuingat perlu kulupa
    dalam lumrah ujianNya
    kasih terasa bila terpisah
    cinta akan membara bersama resah
    kerana rindu rasa terpisah
    tertulis bahasa hati cinta yang sedih
    antara kita rindu teramat pedih
    dalam rindumu rinduku juga
    indah bersamamu Ratu Rimba Niagara.
    ****Rindu Yang Terindah****

Masih ingat getaran tanganmu
bibir yang mengukir senyum manis
masih ingat kalimat pertama dari mulutmu
dalam debar suara yang kali pertama menutur bicara
masih indah semua kenangan
pada janji yang diperteguhkan
air mata mengalir bersama cerita
kisah duka khabar air mata

Masih ingat gerak sopan yang terungkai
memberi jarak antara kita
meriah kasih meraut sayang
bunga cinta pun berkembang
masih kuingat segalanya
janji berkorban dijalanNya

Mungkin kini telah tiba ketikanya
yang kuingat perlu kulupa
dalam lumrah ujianNya
kasih terasa bila terpisah
cinta akan membara bersama resah
kerana rindu rasa terpisah
tertulis bahasa hati cinta yang sedih
antara kita rindu teramat pedih
dalam rindumu rinduku juga
indah bersamamu @[100000671730192:2048:Ratu Rimba Niagara].
    Like · · · 17 hours ago

    • 3 people like this.
    • Fatimah Bt Husin Tim hehehe apa yang wow tu..
    • Ratu Rimba Niagara TAK PERLU KAU CATAT NAMAKU
      JIKA HATI BERTAMBAH PEDIH
      TIKA BULAN BERTEPUK TANGAN
      ATAS PERPISAHAN...
      TULIS SAJALAH NAMA BULAN

      YANG BERTEPUK TANGAN ITU
      KERANA KAU DAN DIA ADALAH
      PASANGAN YANG SERASI
      WOW....
    • Fatimah Bt Husin Tim my dear
      air mata kasih
      berlingan ,berlinangan selalu
      sebagai hujan yang menitis
      menyirami kalbu>>>
      7 hours ago · Like

      • BULAN BERTEPUK TANGAN ATAS PERPISAHAN

        TAK PERLU KAU CATAT NAMAKU
        JIKA HATI BERTAMBAH PEDIH
        TIKA BULAN BERTEPUK TANGAN
        ATAS PERPISAHAN...
        TULIS SAJALAH NAMA BULAN
        YANG BERTEPUK TANGAN ITU
        KERANA KAU DAN DIA ADALAH
        PASANGAN YANG SERASI
        WOW....

        Karya Ratu Rimba Niagara
        2 Muharram 1434H
        16 November 20

      CINTA KERANA-NYA BAHAGIA ROH DAN JASAD

      Lyn Sulaim lebih baik kita bercinta dengan Tuhan, kerna hanya Tuhan yang tahu menghargai cinta kita...
      22 minutes ago · Like

      Ratu Rimba Niagara

      CINTA KERANA-NYA

      Dengan manusia pun aku cinta
      kerana manusia ciptaan Allah juga
      semua yang ada di langit aku cinta
      kerana cinta adalah Kurniaaan Tuhan yang aku syukuri
      jika aku tak punya rasa cinta pada mereka
      pastilah aku tak boleh mengarang
      cinta pada Tuhan
      cinta pada manusia
      cinta...cinta...cinta..
      kerana-Nya bawa bahagia
      roh dan jasadku
      cinta kerana-Nya

      (KARYA RATU RIMBA NIAGARA)
      2 Muharram 1434H
      16 Novemaber 2012M
      Like · · · 13 hours ago
      WARKAH UNTUK TUAN AHMAD TAJUDDIN
      'YE TUAN AKU TABIK HORMAT KERNA SANTUNMU'

      Namamu Ahmad Tajuddin...
      kerja sebagai askar melayu
      di tanah melayu

      Seorang gagah perkasa
      bersemangat patriotik
      penyayang
      hormati sesama rakan
      berjiwa jiwang-jiwang gile-gile

      Rakan-rakanmu
      terdiri daripada
      perajurit pelbagai pangkat
      semuanya kau sanjung dan hormat

      Yang paling aku pelik tapi benar
      dalam jiwa keperkasaanmu
      kau dikelilingi oleh rakan-rakan pujangga
      bahasa mereka semuanya puitis
      bahasamu pun puitis
      kerna biarpun satu perkataan
      bisa jadi igauan semua
      rakan pujanggamu
      kelakar pun ada
      tergelak aku
      hendaknya
      permaisurimu tak cemburu
      mungkin permaisuri faham
      kerenahmu yang ramah tamah
      sayangkan kawan-kawan
      tanpa ada rasa ingin melukai hati kawan
      semuanya engkau kawan
      engkau jalinkan ikatan
      talisiraturrahim
      dalam suasana paling harmonis
      bahasamu santun
      sesantun jiwamu yang penyayang
      pada
      Tuhanmu
      Keluargamu
      Kawan-kawanmu

      Pabila melihat senyumanmu
      seolah melihat
      pelangi di malam hari
      yang tersenyum indah
      di matamu ada senyuman pelangi
      kerna itu aku
      tabik hormat padamu 10 kali...
      ye tuan aku tabik hormat kerna santunmu...
      seindah pelangi cinta
      Moga kau sekeluarga bahagia dunia akhirat
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      Ingatan tulus ikhlas daripada rakan pujanggamu,
      RATU RIMBA NIAGARA
      2 Muharram 1434H
      16 November 2012M
      Like · · · 13 hours ago

      • CINTA PADA TUHAN TIADA SIAPA CEMBURU

        CINTA PADA TUHAN TIADA SIAPA AKAN CEMBURU
        KERANA CINTANYA BERHAK DIMILIKI OLEH SEMUA HAMBA-NYA
        DAN DIA SENTIASA SUDI MEMBALAS-NYA TANPA SYARAT
        HANYA IKHLAS DALAM BERAMAL BUKAN UNTUK
        MENDAPAT PANDANGAN MANUSIA ATAU PENGHARGAAN MANUSIA

        TAPI JIKA CINTA DENGAN MANUSIA
        AKAN RAMAI YANG CEMBURU WAL HAL CINTA ITU BUKAN MILIK
        MUTLAKNYA KERANA BILA-BILA MASA MAUT MENJEMPUT.
        BILA MATI CINTA YANG DICINTAI PUN PADAM
        CINTA PUN BERALIH ARAH...

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        2 Muharram 1434H
        Like · · · 14 hours ago

        • Ahmad Tajuddin likes this.

          • MENGIKIS SIFAT SOMBONG BAGI MERAIH CINTA-NYA

            SEMUANYA TENTANG CINTA-MU (I)

            MA'AL HIJRAH MENUJU CINTA-MU

            Ya Allah ...
            ...Continue Reading
            Like · · Unfollow Post · about an hour ago

            Ahmad Tajuddin likes this.

            Lyn Sulaim

            "hari ini...nyanyian ketakutan kembali bergoncang, batinku bergemuruh
            suara malam mulai mengusik tidurku, seolah berpesan padaku bangunlah dari tidurmu selama ini, jangan kau sia-siakan hidup ini
            hidup hanya sekali , ingat Rabb yang menciptakanmu, kau hanya makhluk hina, ketika dirimu berkata
            "ya, Rabb , hilangkan dari diri-diri ini, sifat sombong ? Rabbmu berkata tidak d ` tidak akan dihilangkan kau yang harus menyerahkannya kepadaku, renungkan awal dan akhir hidupmu, kita hanya makhluk-makhluk yang sedang menunggu mati, sudah siapkah menghadap tuhanmu, teruslah bertanya seperti itu, mudah-mudahan kau tersadarkan, angan pernah merasa memiliki dan dimiliki kecuali merasa memiliki dan dimiliki oleh Rabbmu...
            27 minutes ago · Edited · Like

            Ratu Rimba Niagara

            Betul itu Lyn Sulaim...kita semuanya sama, ada sifat sombong diri tak banyak sikit tanpa kita sedari seolah hidup kita semuanya sempurna tapi kita semua haruslah sedaya upaya mengikis daripada merebak menjadi barah kerana sifat sombong itulah syaitan tidak mahu tunduk kepada Bapa kita Nabi Adam . Lalu Tuhan murka dan syaitan bersumpah dan antaranya akan menumbuhkan sifat sombong dan dendam kesumat yang membara kepada kita semua.

            Justeru sama-samalah kita muhasabah diri dan berusaha mendapat keredhaan dariNya tidak kiralah dengan cara penulisan yang kita cuba sebarkan di alam maya ...

            (PETIKAN DARIPADA GRUP PUISI ILAHI)
            2 Muharram 1434H
            16 November 2012
            Like · · · 18 hours ago

            • Rajendranath Tagore likes this.

            • (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI ILAHI)
              3 Muharram 1434H
              17 November 2012


0 comments:

Post a Comment

 
;