Friday, 16 November 2012

TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH



Selamat Tahun Baru Islam.

La illah hail Allah, Muhammad A Rasul Allah
Tiada tuhan selain Allah, Muhammad adalah Pesuruh Allah
There is no god but Allah, Muhammad is His Messenger.

Mendoakan kamu Tahun Baru yang Sejahtera, Penuh Rahmat, Bahagia, berTuah dan Penuh Keselesaan... Dan berpikul kasih sayang bagi mereka yang kamu sayangi ! Moga Tahun baru ini melimpahkan kamu dengan.... Sekaliannya yang Indah ! Selamat BerTahun Baru Islam
Happy new Islamic year :)

Shared by @[1074842742:2048:Jehanzaib Khan]
Happy new Islamic year :)

Shared by Jehanzaib Khan
2Unlike · ·
  • You and 119 others like this.
  • Ma Hj J Amin... Amin.... Amin.... Yarabbal a'lamin.
  • Ratu Rimba Niagara PANTUN NUR HIDAYAH KASIH

    Allah Allah Allah Kau yang kuPuja,
    Allah Allah Allah Kau yang kuAgungkan;
    Di mana saja Kau tak kulupa,

    CintaMu Maha Agung sentiasa dizikirkan.

    Allah Maha Besar Sebesar BesarNya,
    KuasaMu mengatasi segala yang ada;
    Rugi dunia akhirat jika melupakanNya,
    Yang diburu saham akhirat sebagai membalas cintaNya.

    Maha Suci Allah,
    Kau wujudkan daripada tiada kepada ada;
    Tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah,
    Aku pasrah atas segala ketentuanNya.

    Allah dan Muhammad nama yang kupuja,
    Dari lubuk hati bawa ke mati;
    Moga Kalimah Laa ilaaha illallah setiasa dijaga,
    Kerana kalimah itu membawamu ke Syurga nanti.

    Laa ilaaha illallah kumohon keredhaanMu,
    Ya Allah lancarkan lidah mengucapkan di hari nazakku;
    Agar dapat kutinggalkan jasadku dalam redhoMu,
    Rohku tenang bertemuMu Ya Allah Perkenankan doaku.

    Segala ada di langit di bumi kepunyaan Allah,
    Janji Allah semuanya benar;
    Tetapi manusia melupakan Allah,
    Sampai di negeri akhirat baru tahu benar.

    Ya Rasullullah Ya Kekasih Allah,
    Kurindumu terbawa dalam mimpi;
    Perjuanganmu tidak pernah mengalah,
    Terimalah aku mendapat syafaatmu nanti.

    Wangian cintamu pada umatmu seharum kasturi,
    Cintamu pada kami tidak akan dilupai;
    Kasihmu pada kami akan terpatri,
    Dunia dan akhirat menjadi saksi.

    Kelihatan bebayang masjid di tapak tanganku,
    Air wuduk disapukan ke wajahku:
    Moga Nur Hidayah KasihMu terpancar diwajahku,
    Aku bersyukur dalam sujudku.

    Di bumi ini aku bersujud padaNya,
    Dengan penuh keinsafan terimalah taubatku;
    Segala Kerajaan Bumi dan Langit Kau yang punya,
    Di bumi ini juga aku kembali kepadaMu.

    Tika aku bersujud padaMu,
    Serasa Kau hampir denganku;
    Kubersujud penuh kusyuk,
    Moga Kau terima solatku.

    Takbir rukuk dan sujudku keranaMu,
    Kusahut panggillanMu pabila sampai waktu;
    Berkata-kata denganMu roh dan jasadku,
    Moga Kau terimaku menjadi kekasihMu.

    Berzikir memujiMu mengundang rindu,
    Semakin kulafaz ZatMu meresap di qalbu;
    Rohku syahdu dalam sendu,
    Jasadku bersyukur dalam qalbu.

    Membaca KalamMu hatiku pilu,
    Mengalunkan KalamMU penuh syahdu;
    Seolah berada di Taman SyurgaMU,
    Berkata-kata denganMu rasa tak jemu.

    Setelah solat kuberdoa padaMu,
    Mohon Kau perkenankan doaku;
    Kuterus merayu dalam doaku,
    Agar Kau terimaku menjadi kekasihMu.

    Di pagi yang hening ini,
    Munajatku dengan linangan air mata;
    Kutahu Kau mendengar rintihanku ini,
    Kupohon hidayah KasihMu selagi hayatku ada.

    Al-Quran sentiasa di sampingnya,
    Dibaca berulang kali tanpa jemu,
    Setiap surah dihafal dalam mindanya,
    Menjadi peguam bela di kuburmu.

    Tunas pepohon iman dewasa dalam iman,
    Hidup dan mati dipasrahkan kepadaNya;
    Tiada apa yang berharga melainkan kemanisan iman,
    Apabila cinta padaNya mengatasi segalaNya.

    Wajah berseri bak penghuni Syurga,
    Senyuman ikhlas menawan iman;
    Hidupmu ke dunia seperti ahli Syurga,
    Mengundang Hidayah Kasih dalam keimanan.

    Ceriakan hidupmu setiap hari,
    Jadikan sahabat terbaik untuk sahabatmu;
    Setiap hari saling ingat mengingati,
    Hingga ke mati dikenang jasamu.

    Duhai yang dihormati sahabatku,
    Kau menyampaikan ilmu tanpa jemu;
    Moga ilmumu mengusik qalbu,
    Qalbu jasad dan roh rakan-rakanmu.

    Ya Allah Kau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
    Kasih sayangMu tidak terbatas;
    Suburkan hati kami saling sayang menyayang,
    Hanya semata keranaMu kasih yang Teratas.

    Karya Ratu Rimba Niagara
    1 Muharram 1434H
    15 November 2012
  • Ratu Rimba Niagara BUKAKAN KHASHAF DZAT CINTA MU PADAKU YA ALLAH

    Kalbu hanya terpana Dzat CintaNya,
    Segala yang didengar dipandang hanyalah Dia;
    Beruntunglah para pencintaNya,

    MencintaiNya abadi tanpa hentiNya.

    MencintaiNya abadi tanpa hentiNya,
    Degupan jantung seiring zikir padaNya;
    Bicara seiring kalbu moga dikabulkanNya,
    Hidup dan mati hanyalah untukNya.

    Hidup dan mati hanyalah untukNya,
    Tiada yang berharga melainkan cintaNya;
    Siang dan malam pagi dan petang memikirNya,
    Bertahta di hati hanya cintaNya.

    Bertahta di hati hanya cintaNya,
    MelupakanNya seakan terhenti degupan jantung;
    Jasad dan roh tenang bila mengingatiNya,
    Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang.

    Balaslah cintaku duhai Yang Maha Penyayang,
    Tangisanku ini takkan berhenti selagi Kau tidak membalasNya;
    Saat ini dan tika ini jiwaku melayang,
    Bersama rindukanku padamu tanpa hentinya.

    Bersama rinduku padamu tanpa hentinya,
    Apalah erti hidup ini,
    Jika Kau menolak cinta sedihnya,
    Sedihnya aku muhasabahlah diri sendiri.

    Sedihnya aku mehasabah diri sendiri,
    Aku hambamu yang banyak kelalaian;
    Duhai Yang Maha Pengampun ampuni aku ini,
    Pengampunanmu sentiasa kuharapkan.

    Pengampunanmu sentiasa kuharapkan,
    Kan kuperbaiki segala yang kurang;
    Kulakukan demimu Ya Tuhan,
    Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang.

    Agar Kau Balas Cintaku Duhai Yang Maha Penyayang,
    Dengan KekuasaanMu bukakan Khashaf Cinta DzatMu;
    Agar seluruh hidupku tertumpu hanyalah Kau Yang Maha Penyayang,
    Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf Cinta DzatMu.

    Tiada apa yang lebih bermakna jika kumilik Khashaf Cinta DzatMu,
    Biarpun sepenuh bumi emas kau berikan padaku;
    Kalbu tetap terpana dalam Dzat CintakanMu,
    Cinta sepenuh bumi sepenuh kalbu hanyalahMu.

    Dengan RahmatMu Yang Maha Agong Ya Allah ,
    Mulianya kalimah SyurgaMu:
    La illah hail Allah, Muhammad A Rasul Allah, 

    Kau balaslah cintaku cinta para pecintaMu.

    Amin Ya Rabbal A'Lamin

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    1 Muharram 1434H
    15 November 2012
  • H.H Haji Hassanal Bolkiah La illah hail Allah, Muhammad A Rasul Allah, jangan di ubah gi tu:*
  • Ratu Rimba Niagara CINTA KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD S.A.W

    Kau dilahirkan
    untuk memberi
    Rahmat Sekalian Alam

    Berpekerti mulia
    menempuh segala cabaran
    dan dugaan semata-mata
    untuk menyebar
    Agama Suci Allah

    Berkorban apa saja
    demi umat sezamannya
    dan akhir zaman

    Sambil berdiri, duduk dan
    berbaring sentiasa
    mengingati umatnya
    mencintai umatnya
    sepenuh hati
    sepenuh jiwa
    Masya-Allah!

    Sentiasa berdoa pada Tuhan
    agar umatnya mati dalam
    ucapan kalimah
    La illah hail Allah, Muhammad A Rasul Allah

    Risaunya Nabi terhadap umatnya
    hingga nafas terakhir
    menyebut-nyebut umatnya
    ‘Umatku! Umatku! Umatku!

    Duhai Kekasih Allah
    Nabi Muhammad S.A.W
    Biarpun telah tiada jasadmu
    Budimu…
    Pengorbananmu…
    Cintamu kepada umatmu
    akan dikenang…
    dihargai dan
    disanjung tinggi hingga
    ke akhir hayat kami

    Kami tahu kau mencintai kami
    ketika berdiri… duduk dan berbaring
    hingga ke akhir hayatmu

    Amatlah rugi dunia akhirat!
    malang dunia akhirat!
    Jika kami tidak membalas cintamu
    Wahai Nabi Allah
    Kekasih Allah

    Sebagai balasan cintamu
    pada kami umatmu
    kami akan menjadi
    pewaris setiamu
    menyebarkan dakwahmu
    Al-Quran dan Hadis
    yang kau tinggalkan
    untuk kami umatmu

    Selawat untukmu
    wahai kekasih Allah
    terimalah kami
    menjadi kekasihmu
    sebagaimana kau
    menjadi Kekasih Allah

    Moga dengan cinta kami ini
    dapatlah kami keberkatan
    cintamu di dunia …
    Di Padang Masyar
    mendapat Syafaatmu
    Amin Ya Rabbal A’lamin.

    Karya: Ratu Rimba Niagara
    2 Muharram 1434H
    3 hours ago · Like · 1

    Dhei Melon panjang banget statement na hehehee
    3 hours ago · Unlike · 1
    Ratu Rimba Niagara Napa tak suka baca ke...
    2 hours ago · Like

    Ratu Rimba Niagara makasih ya karna sudi hargai karyaku..moga Allah membalas kebaikanmu kebaikanku dan kebaikan semua sepenuh langit dan bumi. AAmiin Ya Rabbal A'Lamin.
    2 hours ago · Like · 1

    Dhei Melon tapi emang beneran bagus dan indah kok ratu rimba niara karya nya
    2 hours ago · Unlike · 1

    Ratu Rimba Niagara Setiap yang baik semuaNya dariNya.
    Terima kasih atas dukungan Dhei Melon pada karya tersebut.

    (PETIKAN DARIPADA WALL H.H. HAJI HASSANAL BOLKIAH & GRUP KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA & PUJANGGA RATU RIMBA CINTA 5 BENUA)
    2 Muharram 1434H
    16 November 2012M

0 comments:

Post a Comment

 
;