- BULAN BERTEPUK TANGAN ATAS PERPISAHAN
TAK PERLU KAU CATAT NAMAKU
JIKA HATI BERTAMBAH PEDIH
TIKA BULAN BERTEPUK TANGANATAS PERPISAHAN...
TULIS SAJALAH NAMA BULAN
YANG BERTEPUK TANGAN ITU
KERANA KAU DAN DIA ADALAH
PASANGAN YANG SERASI
WOW....
Karya Ratu Rimba Niagara
2 Muharram 1434H
16 November 20
Ratu Rimba NiagaraWARKAH UNTUK RAKAN PUJANGGA
'DI MANA ADA KARYAKU DI SITULAH AKU'
di kala aku benar-benar
mengharapkan kau memahamikuharapan pengertiaan darimu
hancur berkecai...kecai...
kau masih tidak memahamiku
lalu hatiku terluka
sudah banyak kali aku katakan padamu
bukan nama bukan sanjungan bukan material
menjadi dambaan hidupku
yang aku mahu karyaku
diterima pembaca di seluruh dunia
jikalah atas belas kasihan-Nya
karya aku menajdi material
material itulah
ditunas-tunaskan
berbunga berbuah
hasilnya sebagai bekalan
untuk dituai di Sana nanti
tapi dalam aku tenggelam
di lautan kepastian darimu
aku menaruh kepercayaan
agar kau memahamiku
dalam satu perkataanmu
kau luruhkan segala
kepercayaanku
bahawa kau masih tak
memahamiku
seolah aku rasakan
selama ini kehadiran aku
dalam hidupmu
hanyalah untuk menyusahkanmu
dan menyandarkan segala
harapan padamu
sesak dadaku
seakan berhenti
detak jantungku
dan kerana tidak mahu
menyusahkanmu lagi
biarkan aku begini
sendirian dengan karya-karyaku
tanpa sokongan darimu lagi
dan aku senang begini
tanpa termakan budi
tanpa menyusahkan kamu lagi
atau sesiapa saja
kerana dari dulu lagi
sejak aku melangkah
perjuangan dunia sastraku ini
aku hanyalah sandarkan
semuanya kepada-Nya
bukan sesiapa
jika di masa hidupku
karya-karyaku tidak diterima
tidak mengapa kerana aku sudah redho
manalah tahu dalam karya-karya
yang aku tulis itu hanya satu saja
diterima dan dipandang oleh-Nya
itupun lebih berharga dari alam dan seisi-Nya
selepas ini di bumi mana
Allah letakkan karya-karyaku
di situlah aku berkarya
tanpa sesiappun tahu
siapa aku ...di mana aku
aku cuma berada
pada yang telah diTentukan-Nya
dimana ada karyaku disitulah aku
sehinggalah dijemput pulang ke Pangkuan Ilahi
RATU RIMBA NIAGARA
1 Muharram 1434H
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment