- SYAIR PANTUN PUISI GURINDAM UNTUK KDYMM TUANKU SULTAN MUHAMMAD V
SEMPENA MERAIKAN HARI KEPUTERAAN BAGINDA SULTAN KELANTAN KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA
Ampun Tuanku Daulat Tuanku,
Sembah patik harap diampun;Allah sentiasa bersama Tuanku,
Moga Kelantan dalam kesejahteraan.
Selamat Menyambut Hari Keputeraan,
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan;
Sultan Muhammad V Sultan Kelantan,
Moga DiKurniakan Nur Kasih-Nya Tuhan.
Seorang Raja yang tawauduk,
Bersama rakyat siapkan bekalan;
Agar menjadi hambaNya yang tawauduk,
Moga Raja dan rakyat mendapat keberkatan.
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
BALASLAH KASIH SAYANGNYA DENGAN RAHMAT KASIHMU
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan
Seorang hamba zuhud
Mengutamakan rakyat lebih daripada
Kepentingan sendiri
Segala masalah rakyat ingin dibantu
Sedaya mampu
Masalah rakyat masalah baginda juga
Hari-hari difikirkan
Rakyat...rakyat...rakyat...
Hidup baginda sepi tanpa rakyat
Kasih sayang baginda pada rakyat
Tidak berbelah bahagi
Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
Hinggakan rakyat tidak merasakan
Yang berada di sisi mereka seorang raja
Yang berkuasa memerintah seluruh negeri Kelantan
Namun apabila berbicara dengan baginda
Masih menjaga adap
Berbicara bahasa istana penuh sopan
Hinggakan seluruh rakyat Kelantan
Berasa amat terharu dengan
Sikap rendah diri raja mereka
Pada baginda
Apalah ertinya pangkat
Jika pangkat itu tidak memberi
Apa makna kepada rakyat
Baginda amat takut
Apabila tanggungjawabnya
Sebagai seorang raja akan
Dipertanggungjawabkan
Di akhirat kelak
Apa hendak
Dijawabkan nanti jika
Baginda lalai tanggungjawabnya
Pada rakyat Kelantan
Ya Allah...
Kau Maha Penyayang
Kau Maha Memahami isi hati
Kau pandanglah kasih sayang raja kami ini
Kau balaslah kasih sayangnya pada kami
Dengan Rahmat KasihMu
Balaskanlah dengan balasan Syurga
Kami jua mahu bersamanya
Menikmati SyurgaMu
Penuh kasih sayang
Berkat ikhlasnya hidup berkasih sayang
KeranaMu tika di dunia
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
11 November 2012
JIWA SEORANG RAJA TUANKU SULTAN MUHAMMAD V
Seorang hamba yang tawauduk
Biarpun berdarah diRaja
Itu semua tidak menjadi halangan
Bersama rakyat suka dan duka
Rakyat dikasihi sepenuh iman
Beramal soleh serasa mahu mati esoknya
Berbakti pada rakyat seakan mahu hidup seribu tahun lagi
Begitulah jiwa seorang Raja Tuanku Sultan Muhammad V
Raja Kelantan kesayangan rakyat 1Malaysia
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
'DIALAH RAJA DIALAH IMAM
RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA'
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
11 November 2012
DISIARKAN KHAS DI WALL H.H HAJI HASSANAL BOLKIAH & PRINCE ABDUL MALIK & KESULTANAN JOHOR & DISEMUA GRUP YANG DISERTAI OLEH RATU RIMBA NIAGARA)
11 November 2012
Like ·
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment