Sunday, 18 September 2011

AKU BERUNDUR TIDAK SEMESTINYA KALAH!

HIKMAH DI SEBALIK MENGHADIRI UPACARA SAMBUTAN HARI MALAYSIA
& HARI KEMERDEKAAN NEGARA DI DATARAN MERDEKA (BHG II)

Sememangnya aku telah berjaya mengambil gambar-gambar Sambutan
Kemerdekaan tapi dalam keadaan yang amat tertekan sekali...sepanjang
aku mengambil gambar ...aku tak henti diherdik dan dihina oleh
mereka. Serasa bom-bom dari langit digugurkan ke atasku.

"Dia ni memang degil! Jenis tak dengar kata..." katanya dengan
nada yang terlalu amat marah.

Duhai insan yang dimuliakan... kerana kedegilan para pejuang untuk
menuntut kemerdekaanlah makanya Malaysia Merdeka hingga sekarang.
Kenapa setelah Malaysia merdeka ... kamu yang berunifom patriotik
tega begini padaku? Apakah kesalahanku membuatkan kalian benci
sangat padaku. Jahat sangatkah aku ini. Salahkah aku menunjukkan
semangat patriotikku pada negaraku yang tercinta? Aku sedar siapa
aku tidak segagah dan sehebat keperwiraanmu.... tapi ketahuilah kau
darah yang mengalir di tubuhku ini tak dapat hendak kupalsukan lagi.
Semangatnya datang bukan kupinta tapi datangnya dengan kehendak
Tuhanku makanya aku bersemangat sedemikian rupa. Apapun maafkan
atas kedegilan aku duhai perwiraku yang setia menjalankan tugasanmu.

Tanpa kuduga puteri sulungku membaca artikelku yang disiarkan di
blogku.

"Ibu...boleh tak ibu jangan buat kerja-kerja ini lagi? Tengok
apa yang ibu dapat? Tolonglah ibu...hentikan...Zana tak mahu
ibu diperlakukan sedemikian rupa. Dah bertahun ibu perjuangan
tapi adakah ibu dihargai mereka?" rungut puteri sulungku.

"Ibu lakukan bukan untuk dihargai ... apa pun terjadi ibu akan
teruskan."

"Ibu...ibu....ibu...ha...Galeri Patriotik Dan Sastera Ibu tu
tidak menguntungkan...sewaan bulanan hendak dibayar juga...
sumber kewangan zana terlalu terhad...hendak menampung kos
galeri ibu."

"Jangan diungkit Galeri ibu tu...Galeri ibu adalah kehidupan
ibu...perjuangan ibu...denyut nadi ibu...cita-cita ibu ...
apapun terjadi ibu akan pertahankan..."

"Ibu.....ibu...kenapa zana tak ada semangat macam ibu ni...
terus terang katakan zana tak ada jiwa macam itu ...tapi zana
cadangkan ibu tubuhkan Kelab Patriotik ...mana tahu di luar sana ramai
yang berjiwa macam ibu dan akan menyokong buku-buku patriotik
ibu ....bila ada aktiviti Sambutan Kemerdekaan ibu boleh bersama
dengan ahli kelab ibu meraikan bersama-sama dengan jiwa dan semangat
merdeka sebenarnya! Tentu ibu bahagia dan bermakna kan! Ha satu lagi
ibu tubuhkan Kelab Sasteraku Duniaku!Ibu akan dapat rakan-rakan yang
semuanya minat berkarya macam ibu...saling sokong menyokong di antara
satu sama lain dan tak ada langsung beriri hati....semuanya saling
menghargai di antara satu sama lain. Tentu ibu akan sukakan?

"Wau...! Fantastik idea mu nak...! Tapi kalau ideamu itu jadi realiti
macam mana dengan kita? Tentunya ibu akan menjadi seorang yang paling
sibuk sekali...Dah bersedia ke terima ibu menjadi seorang yang sibuk
sentiasa...."

"Ibu...sudah 26 tahun ibu bersama zana ...selama ini ibu sudah
korbankan segala cita-cita ibu demi zana dan adik ...takkanlah
zana nak menyekat apa yang ibu citakan selama ini. Demi cita-cita
ibu zana sokong kerana zana tahu kebahagiaan ibu ada pada segala
cita-cita ibu."

"Terima kasih anakku...kerana sudi memahami apa yang ibu inginkan
dalam hidup ini. Moga Allah membalas segala kebaikanmu sepenuh
bumi, mengabulkan segala hajatmu yang baik-baik dan memberi kebahagiaan
dunia akhirat untuk mu anakku. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya Rha NS
17 September 2011
Like · · Unfollow Post · a few seconds ago near Kuala Lumpur
Like · · Unfollow Post · 3 hours ago near Kuala Lumpur

Roslan Jumadi salam. ni group tegur. bUkan group berkarya. :D

3 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali Wsalam.. .kalau sudi baca tak sudi padam kan aje ok...
dan kalau benci sangat di lain kali akan tidak ada siarannya lagi akan
diberhentikan serta merta! Dan diminta pihak pengurusan gugurkan nama
saya serta merta demi kebaikan semua pihak. Terima kasih . Dan maaf untuk
segalanya duhai group tegur yang sentiasa dihormati ...salam perpisahan
karyaku...

2 hours ago · Like

Roslan Jumadi hehehe..jangan la marah sampai macam tu puan. Bukan maksudku
Untuk tegur sampai nak keluar group. cuma ruangan ini kurang sesuai.

2 hours ago · Like · 1 person

Rabeah Mohd Ali

Wahai anak muda ..apa yang kupaparkan ...itulah akar umbi..setiap perjuangan
kepimpinan untuk terus mengekalkan kemerdekaan...demi kesejahteraan rakyat
juga kan! Aku tahu aku tak sehebat kerjayamu yang penuh meniti kejayaan demi
kejayaan tapi tahukah kau ...kalau negara ini tidak dipertahankan oleh pemimpin
dan rakyatnya yang berjiwa merdeka sudah pasti kejayaan yang kau miliki sekarang
pun hilang lenyap dalam sekelip mata sahaja... siapalah aku hendak dibandingkan
denganmu duhai anak muda....yang bijaksana lagi berjaya! Apapun sekalung tahniah
dengan kejayaan yang kau miliki sekarang. Moga kekal kejayaanmu untuk diwarisi
ke anak cucumu.Amin Ya Rabbal A'Lamin.

2 hours ago · Like · 1 person

Roslan Jumadi harap maaf jika aku salah menegur.

2 hours ago · Like

Roslan Jumadi jika anda seorang penjual ikan tetapi berniaga di kedai kain.
Bukankah itu itu pelik?

2 hours ago · Like

Rabeah Mohd Ali

Tak salah ...apapun ku salahkan diriku sendiri....terlalu emosi kerana telah
kucurahkan segala kudrat pemikiranku setiap karyaku tapi tidak bersabar bila
ditegur... oleh penegur yang berhati suci...siapalah aku ini hendak dibandingkan
denganmu...maaf sekali lagi kupinta kalau sudi bacalah karya-karyaku yang ada
di blogku ya sebagai denda permohonan maafmu itu...hihihi kalau tak sudi nak
baca kufaham ye...hihihi salam kuhulur tanda permaafan dariku yang jauh di
semenanjung! Aku bukan orang Sabah...sahabatku kebanyakkannya orang Sabah...
tapi kalau kamu tak sudi bersahabat denganku tak mengapa dan takkan berkecil hati....

2 hours ago · Like

Bakar Mudra Dah la tu.....ADMIN pun tak tegur....

2 hours ago · Like · 2 people

Rabeah Mohd Ali Aku bukan penjaja ikan ye...aku cumalah pemberi idea...
jika idea aku tidak diterima aku tak pelik kerana bukan semua orang tidak
terima idea aku ...ada juga yang sudi baca idea aku contohnya namaku ada di
group Tegur tanpa pintaku dan secara sukarela aku mencurahkan idea yang tersarat
mesej tanpa mendapatkan keuntungan apa-apa demi kasih sayangku kepada rakyat Sabah!

2 hours ago · Like

Roslan Jumadi ?:)

2 hours ago · Like


Rabeah Mohd Ali Tak apalah Bakar Mudra...aku dah benar-benar merajuk hati ni...
ok terima kasih untuk segalanya yang sudi menegur karyaku selama ini...
selamat tinggal group tegur! Kenangan berkarya...akan menjadi kenangan abadi dan
sempat kuabadikan di blogku untuk tatapan rakyat malaysia yang cintakan negara.
Maaf jutaan kali dilafazkan!

2 hours ago · Like

Ahmad Ridzuan Don Bukannya tidak menyokong karya saudari tapi dimaklumkan bahawa
group ini adalah group aduan dan bukannya group sastera..

about an hour ago · Like · 2 people

Rabeah Mohd Ali

Sebab itulah ku ingin menarik diri bukan merajuk...kerana di salah ertikan
tentang sastera...cuba tanyalah misi dan visi group ini ditubuhkan tentunya
bersangkut paut tentang politik ,rakyat dan negara untuk matlamat asasnya...
tapi salah ke aku olahkan sesuatu perkara tentang rakyat, pemimpin dan negara
melalui mesej yang ingin kusampaikan? Ketahuilah ada rakyat...ada pemimin ada negara...
melalui group tegur menegurnya telah memberiku ilham berkarya mengenai seorang
pemimpin berjiwa rakyat, masalah rakyat yang ingin dibela dan menghargai kemerdekaan
negara negara ini.


Benarlah kata si Roslan Jumadi usahawan bejaya berkat mendiami bumi Malaysia
yang merdeka ini...katanya kalau nak berniaga ikan jangan berniaga di kedai kain...
kerana bau ikan akan terlekat di kain....justeru aku sedar siapa aku.
Moga dengan ketiadaan karyaku nanti boleh membuat kalian semua bahagia....
lebih berjaya....!

34 minutes ago · Like


Roslan Jumadi aduh..teguran saya di salah tafsir. "jika anda seorang penjual
ikan tetapi berniaga di kedai kain. bukan ka itu pelik?" saya maksudkan kalau
mau berkarya biar la di tempat yang betul ba puan. saya sokong apa yang
anda perjuangkan. tapi group ini tak sesuai. macam ni ka puan perjuangkan
kemerdekaan? kena kritikan sikit dah mengalah?

29 minutes ago · Like


Ahmad Ridzuan Don seperti yang saya katakan diatas.. bukannya tidak menyokong
karya saudari cuma group ini mengenai group aduan rakyat sabah dan apabila
menyentuh mengenai aduan yang terlibat dalam menyelesaikan masalah-masalah
ini adalah ADUN, MP dan sewaktu dengannya..

26 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali

Aku bukan kalah atau mengalah....cumanya aku akur dengan kehendak kalian berdua ...
kerana lari dengan misi dan visi group tegur ditubuhkan dan yang sewaktu dengannya.
Aku sedar aku bukan rakyat Sabah...cumanya melukut di tepi gantang....tidak setanding
kalian yang hebat dan berjaya ....apabila berkata ....semuanya betul dan sebebasnya
boleh menegur seiapa saja...kepada Admin Tegur terima kasih kerana sudi menjemput
namaku di group Tegur. Dengan persaraan karyaku di group Tegur bolehlah aku menumpukan
group sasteraku yang sehati sejiwa denganku. Aku memang tak sesuai dengan group ini
dan sewaktu dengannya. Maaf untuk segalanya.
Admin harap gugurkan nama saya dalam group ini please.....!!!

12 minutes ago · Like

Ahmad Ridzuan Don terpulang kepada saudari.. jika saudari ingin keluar dari
group ini maka boleh lah click "Leave group" di sidebar..

10 minutes ago · Unlike · 2 people

Roslan Jumadi ?-_-"

10 minutes ago · Unlike · 1 person


Rabeah Mohd Ali Terima kasih untuk segalanya duhai Ahmad Ridzuan Don &
Roslan Jumadi!

8 minutes ago · Like

Roslan Jumadi sama-sama puan. smoga perjuangan puan di teruskan dan di
ruangan yg betul. :)

6 minutes ago · Unlike · 2 people

Rabeah Mohd Ali Terima kasih atas teguran itu...ku percaya setiap yang
benar itu datangnya dariNya...yang tidak sempurna dari diriku sendiri.

Akhir kata salam kejayaan dariku untukmu...moga kau terus hidup dengan
Teguran yang boleh membina minda group ini ye dan jangan ada teguran mu
yang membuat orang yang lebih tua darimu terluka!

Roslan Jumadi apakah maksud puan " jangan ada teguran mu yang membuat orang
yang lebih tua darimu terluka"?

about an hour ago · Like

Roslan Jumadi apakah teguran saya terhadap puan itu salah?

about an hour ago · Like

Rabeah Mohd Ali Ku tak dapat menjawabya...tanyalah Datuk Mohd Jeffry Rosman
atau Kotak Hitam ....mungkin mereka boleh menjawab soalan mu. Kalau mereka
mengiyakan kata-katamu makanya sia-sia ajelah namaku di jemput dalam group ini!

about an hour ago · Like

Roslan Jumadi adakah puan di jemput masuk ke dalam group ni atas sebab karya puan?
kalau iya, orang yang jemput anda masuk itu salah!!

58 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali


Semua akan terjawab dengan jawapan Datuk Mohd Jeffry Rosman ye...
tunggulah jawapan darinya...datuk dan kotak hitam yang lebih arif tentang
hal ini...ye...sabarlah menunggu jawapan darinya...mereka pun sebelum
berkata-kata memikirkan agar hati mana-mana pihak tidak terluka....ye...
menegur boleh tapi dengan cara bijaksana...itu tandanya orang yang berfikir...
apapun biarpun pahit setiap kata-kata tetap kuterima dengan rasa redha.
about an hour ago


51 minutes ago · Like

Ahmad Ridzuan Don Datuk sudah maklumkan saya minggu lalu bahawa DMJR sendiri
telah menegur saudari mengenai karya saudari bukan ?

50 minutes ago · Like · 1 person

Roslan Jumadi aik..adakah kata-kata teguran saya itu salah atau kurang
bijaksana?

49 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali Baiklah apa yang datuk tegur boleh jelaskan...setahu saya
datuklah orang yang menyokong karya-karya saya dan terus menerus berkarya
tanpa jemu....tapi tak tahulah saya datuk kata lain pula...ye...

47 minutes ago · Like


Ahmad Ridzuan Don dan saya juga selaku admin dan ada kuasa di sini..
jadi, sebarang teguran yang saya tegur adalah untuk kebaikan group ini
sendiri...

46 minutes ago · Like

Roslan Jumadi aduh puan..maaf ya. puan ni salah group. ni group TEGUR -
Aduan Rakyat Sabah.

44 minutes ago · Like

Ahmad Ridzuan Don Amaran telah diberikan dan jangan sehingga mencabar
kredibiliti admin.. TQ

42 minutes ago · Like

Roslan Jumadi ku susun sepuluh jari andai kata-kata saya menyingung
perasaan puan Rabeah Mohd Ali.

40 minutes ago · Like

Rabeah Mohd Ali

Datuk Mohd Jeffry Rosman:

Salam rabeah, amin alhamdulillah..saya terlalu menghargainya
kerana perjuangan saya selama ini mendapat tempat di mata rabeah..
saya hanya seekor semut kecil atau lebih afdal digelar peri kecil
yang sedang mencari langkah untuk melangkah..apapun saya tak akan
hampakan niat serta permintaan rakyat demi memperjuangkan hak-hak
asasi rakyat sabah..insyaAllah saya tetap akan berdiri dilandasan
aspirasi mereka semua..biar badai datang melanda nama mahu tewas
hanya pada sang pencipta kita sahaja..tetapi selagi boleh ,
saya akan terus ke hadapan seiring dengan semua rakyat tercinta...
terima kasih wahai rabeah..

Inilah kata-kata seorang pemimpian yang amat saya hargai dan kerana
kata-kata ini saya banyak menghasilkan karya-karya tentang keluhuran
hati seorang pemimpin terhadap rakyatnya!

Berada di puncak jaya masih lagi merendah diri...dan menghargai
setiap rakyat tanpa mengira kedudukannya yang sememangnya sudah
mencipta nama di bidang perniagaan dan kepimpinan tapi masih lagi
mempunyai sikap merendah diri. Pemimpin yang sebeginilah yang
dinanti-nantikan rakyat di era generasi kini.
Apa pun Syabas untuk Datuk Jeffry Rosman!

39 minutes ago · Like

Uncle'mus Bah maaf cik puan Rabeah Mohd Ali...untuk menyokong usaha
& cita-cita puan serta dapat di ketengahkn eloklh puan melangan ruangan
blog,kolum di akhbar-akhbar tempatan. supaya dapat dikongsi seluruh rakyat
adalah lebih baik ..TQ

33 minutes ago · Like · 1 person

Ahmad Ridzuan Don

saya tidak nampak Datuk sebut teruskan berkarya dalam group ini..
sebagai ahli group ini harus tahu misi dan visinya dan sya rasa
ianya sudah jelas apabila saudari membaca nama group ini.. group ini
bukannya berkenaan dengan masalah pemimpin tapi mengenai masalah rakyat...
selaku pemimpin mereka seharusnya menyelesaikan masalah - masalah rakyat
dan selaku rakyat kita berhak untuk memilih siapa pemimpin yang kita
mahukan... dan bukannya saya dan saudara/saudari yang lain tidak menyokong
karya saudari tapi saudari berkarya tidak kena dengan tempatnya..

33 minutes ago · Like · 1 person

Roslan Jumadi benar sekali tuan Uncle'mus Bah.

32 minutes ago · Like

Ahmad Ridzuan Don Saudari Rabeah Mohd Ali.. siapa sebenarnya yang lari
dari misi dan visi group ini ?

19 minutes ago · Like · 1 person

Gabs Shafiee TERUSKAN AJE MANA YANG PATUT...LAGI BAIK
DAPAT BERKONGSI PENGETAHUAN DAN TEGUR-TEGUR
PEMIMPIN TU UNTUK KEBAIKAN, KALAU TAK
DIENDAHKAN TAK APA NANTI KITA KETEPIKAN DIA.

11 minutes ago · Unlike · 1 person


Rabeah Mohd Ali Diketepikan itulah jawapan yang sebaiknya ...akan tiada mencabar
tugas-tugas admin. Moga group ini terus ke puncak jaya


(PETIKAN DARIPADA TEGUR  ADUAN RAKYAT SABAH)
17 September 2011


.

0 comments:

Post a Comment

 
;