Rabeah Mohd Ali:
Assalamualaikum...terlebih dahulu saya minta maaf jika
selama ini post yang dihantar tidak bertepatan dengan
kehendak sembang-sembang politik. Bagi saya politik
adalah kehidupan masyarakat dan kehidupan masyarakat
adalah politik. Jika sekiranya politik tidak berminat
dengan kehidupan masyarakat dan masyarakat tidak berminat
politik makanya sampai bila pun politik dengan urusan
politiknya dan masyarakat pun tidak sama sekali menyukai
politik. Di group yang lain sya juga masukkan bab politik
mereka mengatakan TIDAK BERMINAT. Maknanya politk tidak boleh
dicampur adukkan dengan masyarakat dan masyarakat tidak boleh
dicampur adukkan dengan politik? Sedangkan politik yang ingin
disampaikan tidak pun mengutuk mana-mana parti. Kalau begitu
mulai detik ini dan saat ini diminta pihat pengurusan group
ini menggugurkan nama saya dalam group sembang-sembang politik.
Harap maklum dan maaf untuk segalanya.
Like · · Unfollow Post · September 7 at 4:36am near Kuala Lumpur
Adie Adnan likes this.
Rabeah Mohd Ali:
Zalim atau tak biar rakyat yang menilaikannya nanti. Kita tunggulah
jawapan di pilihanraya nanti baru kita tahu apa yang dimahukan rakyat
kepada pemimpinnya. Cumanya yang kuharapkankan berkempenlah secara
bijaksana tanpa melukakan hati-hati mana-mana pihak parti atau lawan....
jika mereka berkempen penuh hikmah....rakyatpun tidak bercelaru fikiran...
mana satu nak pangkah...hihihi...
September 7 at 12:41pm · Like
Rabeah Mohd Ali
NALURI SEORANG RAKYAT KEPADA PEMIMPIN
Duhai para pemimpin
tidak kira apa saja
jawatan yang disandang
tika ini, tak kira dari parti mana
yang penting ikhlas memikul
tanggungjawab yang
dipertanggungjawabkan.
Di Parlimen
Dewan Yang Mulia
rakyat memperhatikan
para pemimpin yang bijaksana
lagi arif membicarakan nasib
rakyat yang ingin dibela.
Kenapa mesti ada
perbalahan di Dewan
Yang Mulia?
Adakah perbalahan itu
penting untuk rakyat dan
Negara?
Kalau penting kenapa
diperdebatkan dengan
cara rakyat sendiri pun
tidak faham?
Duhai para pemimpin
jangan perkecilkan
suara-suara rakyat
tidak kira siapa pun
dia perlu diambil
perhatian.
Biarpun rakyat tidak pandai
bersuara kerana siapalah
dia… jangan sekali
dipandang sepi
kerana rakyat
memperhatikan,
mengamati,
memahami siapa pemimpin
sebenar yang mereka perlukan.
Nanti pasti bila
tiba masanya
waktu mengundi
kuasa rakyatlah
yang menentukan
siapakah pemimpin
yang layak memimpin mereka.
Suara rakyat...
kehendak rakyat...
pembelaan kehidupan...
kemiskinannya...
Jerih payahnya
telah dipertaruhkan
kepada pemimpin
yang benar-benar
memahami kehendak
sebenar seorang rakyat
kerana di tanah air yang bertuah ini
dia dilahirkan dan
dikebumikan di sini.
Tiada harta yang hendak
diwariskan kepada
pewarisnya nanti kecuali
tanah air yang bertuah ini
Malaysia Negaraku yang tercinta!
Karya Rha NS
5 Febuari 2011
(DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK SEMBANG-SEMBANG POLITIK TERKINI)
September 7 at 12:45pm · Like · 1 person
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment