Wednesday, 12 September 2012

KARYAKU BAGAIKAN KACA YANG TAK BERNILAI




KARYAKU BAGAIKAN KACA YANG TAK BERNILAI

Duhai rakan sastra ...
kenapa kau bilang karyaku
bagai kaca yang bertaburan tanpa nilai

aku berkarya
pagi petang siang malam bersiaran
tanpa henti memerah kodrat pemikiran
kamu bilang macam itu...
kenapa adakah kamu sakit
hati setiap karyaku bersiaran
sedangkan kamu menyiarkan karya kamu
aku tidak pun sakit hati
malah aku suka
berkaryalah semahumu
tiada siapa yang melarang
kita di grup ini lagipun
bukan sama-sama cari makan
kerana karya yang disiarkan
bukan dibayar satu sen pun
dan tak terfikir pun hendak
mendapatkan pengiktirafan
karya sehebat sasterawan negara
ahh...siapalah aku penulis yang tiada nama
lainlah kau penulis yang sudah ada nama

bagiku biarlah orang kenal karyaku
tak kenal aku pun tak apa

kalau aku tahu aku akan
dijemput oleh 20 grup
untuk menyertai ahli mereka
aku akan gunakan nama pena saja
tapi aku tak tahu
apa yang akan berlaku
tanpa tahuku

sebelum ini setiap karyaku
aku hanya gunakan nama samaran saja
kerana aku tak mahu orang kenali aku

aku gunakan nama pena
putri rimba niagara
ratu rimba niagara
itu pun menjadi isu
berangan hendak menjadi
putri dan ratu konon

aku sentiasa sedar aku siapa
tiada siapa-siapa
nama pena putri dan ratu itu
hanyalah untuk
mengundang ilham
untuk mengarang
watak kerabat diRaja
tak lebih dari itu
salah ke
itu pun memegang watak
putri dan ratu rimba niagara
yang memerintah kerajaan penghuni rimba
bukan penghuni manusia
takkan itu pun nak sakit hati

makanya aku harap dengan
penjelasan aku ini ...harap
kau sudi memahami dunia
sasteraku yang aku dambakan
dalam hidup ini ...
dan aku sentiasa sedar karyaku
tidaklah sehebatmu
seperti yang kau katakan
bagaikan bertaburan
kaca yang tiada nilainya
aku terima kata-katamu
dengan hati sebagai insan
yang terlalu kerdil
pabila aku berkarya

moga kau teruskan
perjuanganmu
menghasilkan karya
yang hebat berkilauan-kilauan
seperti permata berlian
hingga nilaiannya
dipuja dipuji manusia
hingga kapan pun
karyamu adalah pesona dunia
yang mengagumkan
si pengagum sastera
aku sentiasa sedar aku tidak setandingmu
menghasilkan karya yang puitis-puitis
siapalah aku yang menulis
terperuk di hutan belantara
Rimba Niagara
hanya puisiku
dihayati diminati oleh
seluruh penghuni
Rimba Niagara
dan aku tenang
berkarya di sini
aman... damai... tenteram...

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
12 Sept 2012
Like ·  ·  · 10 hours ago

0 comments:

Post a Comment

 
;