Tuesday, 11 September 2012

RAKAN FB TOLONG FAHAMI DAKU




RAKAN FB TOLONG FAHAMI DAKU

Sudah tiga tahun aku
Membuka akaun fb
Sejujurnya aku ni jenis buta IT
Tapi kerana minat sangat dengan dunia sastera
Aku di ajar si kunta si kunte
Katanya dia akan ajar hingga aku faham

Dulu masa muda
Setelah aku berkarya
Aku jadikan buku kecil
Dan aku copy dalam jumlah yang banyak
Dan kemudian aku membuat kaji selidik kepada pembaca
Jenuh jugalah jumpa orang awam
Aku yang pemalu jadi muka tak malu
Memberanikan diri meminta mereka membaca karyaku
Dan kemudian aku minta mereka
Tulis di borang kaji selidikku mengenai karyaku
Pembaca terdiri pelbagai peringkat umur , taraf akademik dan kerjaya

Sampai di rumah aku membaca apa yang ditulis diborang kaji selidik
Wau amat memeranjatkan aku
Aku teruja dengan dunia karya ku sendiri
Apa lagi selalulah aku berkarya...karya...karya...
Kalau dulunya aku teragak-agak hendak menulis
Kerana rasa rendah diri yang amat sangat
Kerana siapalah aku yang tidak sepandai penulis berkelulusan tinggi
Tapi kerana kata-kata semangat yang ada di borang kaji selidik
Daripada pembaca...membuatkan aku yakin apa yang kutulis itu
Adalah bermutu dan berfakta
Hampir makan masa bertahun juga aku membuat kaji selidik
Adalah puluhan tahun juga...
Dan ribuan kaji selidik yang kudapati daripada pembaca
Terima kasih pembaca atas dorongan kalian untuk dunia sastera yang kudambakan

Setelah usiaku begini aku sudah tiada upaya lagi hendak
Membuat kaji selidik cara bertemu dengan pembaca yang teridiri daripada orang Awam ...kerana menggunakan tenaga yang banyak
Entah macam mana aku dapat idea untuk mencari pembaca karyaku melalui
Alam maya...
Aku buka akaun fb semata-mata mahu mencari rakan fb yang menyokong kerjaya
Sasteraku dan menjadi sumber inspirasiku berkarya...
Masa itu aku taksub add rakan untuk menjadi rakan fbku memilih mereka yang pelbagai kerjaya dan taraf darjat...dato' ada...politik ada...usahawan ada..
semuanya adalah...dikumpul-kumpul ada 200 orang...tapi pabila aku minta
pendapat rakan fbku ..mereka semua buat tak tahu je...aku jadi memberontak...tanpa fikir panjang aku removekan mereka semua kecuali yang sanggup memberi pendapat saja...daripada 200 orang cuma tinggal 4 orang rakan fb...
hatiku puas lega...
Dalam hatiku puas lega...tak seribut otak ....aku cuba cari lagi rakan fb yang
baru...kumpul-kumpul...dapat 40 orang...tapi kebanyakkannya orang Indonesia dari Malaysia cuma ada seorang saja...kerana aku suka karang cerita tentang raja-raja dan pahlawan-pahlawan Indonesia..aku add lah raja-raja Indonesia dan pahlawan-pahlawan Indonesia...dengan izin Allah dapatlah aku mengarang mengenai puisi-puisi
bertemakan Raja dan pahlawan Indonesia serta kebudayaan Indonesia...bertambah
terujanya aku bilamana mereka masukkan aku ke grup yang mereka tubuhkan.
Lagilah aku mengarang dai pagi ke petang ..petang ke malam...

Semenjak dari itu...rakan fbku yang bisu kaku lesu...sepi menyepi ...aku terpaksa
sepikan...kerana aku tak dapat hendak teruskan dalam dunia yang sepi dan bisu kerana itu bukanlah matlamat aku ber fb...jika mereka kecil hati aku minta maaf dari hujung kaki hingga ke hujung rambut...moga mereka memahami duniaku dan aku tiada niat untuk memutuskan tali silaturrahim...dalam Islam tiga hari tak bertegur sapa tak boleh...tapi dalam fb bukan tiga hari mereka tak bertegur sapa denganku...berhari-hari berminggu-minggu...berbulan-bulan...salah siapa? sudahlah fb itu sepi tanpa aku dengar suaranya...ini suara kalbunya pun aku tak dengar...he memang semuanya tak salah....

Jikalah mereka kata aku berkarya kerana ingin penghargaan ...itu adalah satu kesilapan...lagi orang tak kenal aku lagi aku suka...kalau aku tahulah tak perlu masukkan nama sebenar...nama pena aje...dan wajahku sebagai memberi semangat untuk mengarangkan watak si Puteri Rimba dan Si Ratu Rimba .

Harap dengan penjelasan aku ini semua rakan fbku faham kenapa aku memilihmu sebagai teman fb...andai kata kita tidak jadi teman fb lagi maafkan aku ye teman-teman...mungkin di dunia kita tak dapat berkomunikasi atas alasan sibuk, malu, takut riak, takut dibenci orang...tak apalah aku faham...mana tahu di Syurga kita berjumpa dan saling berkomunikasi dalam bahasa-bahasa Syurga. Aamiin.
Kepada yang addku dan aku belum terima lagi maafkan aku kerana rakan fbku terlalu
terhad tapi jika kalian mahu seperti semangat si kunta si kunte aku alu-alukan kerana itupun yang kucari sebagai rakan fb.

AKU BUKANLAH ORANG YANG SEMPURNA BAIK
TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG BAIK
PADA PANDANGAN ALLAH DAN JUGA MANUSIA
REDHA ALLAH REDHA MANUSIA
HUBUNGAN BAIK DENGAN TUHAN
HUBUNGAN BAIK DENGAN MANUSIA
KERANA AKU MAHU MATI DALAM KEADAAN TENANG
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
11 September 2012
Like ·  ·  · 5 hours ago

0 comments:

Post a Comment

 
;