Thursday, 13 September 2012

PEPATUNG BONEKA SASTRA


    • Unlike ·  ·  ·  · 20 hours ago
      • You and Norsiah Kandar like this.
      • Norm Norman Mohd Yusoff Terima kaseh cik Norsiah Kandar kerna bersahabat dgnku yang sebegini jitu
      • PEPATUNG BONEKA SASTRA

        Kutunggu senyuman ikhlasmu panglima singa...
        Kabar berita darimu terus sepi
        Tolong jangan sepikanku

        Tolong jangan jadikan aku pepatung boneka sastra bisu
        Kerana aku tak mahu jadi pepatung boneka sastra bisu padamu
        Aku mahu sentiasa berinteraksi denganmu
        Agar tercetus ilhamku berkarya
        Maka hilanglah sumpahanku
        Menjadi pepatung boneka sastra bisu sepi karya
        Jika kau diam aku diam tanpa respon
        Selamanyalah aku jadi pepatung boneka sastra
        Tanpa diketahui apa mesej yang ingin aku sampaikan
        Sehinggalah mati aku begitu sepi...sepi...
        Membawa karyaku hingga mati
        Dan terus sepi selamanya
        Aahhh malangnya aku
        Tika ada peluang bersuara berkarya
        Aku kakukan karyaku
        Kerana setiap kali aku menulis
        Aku takut orang kata aku penulis tin kosong...
        Kerana takut orang kata
        Aku hukum diriku menjadi
        Pepatung boneka sastra karya 
        bisu... sepi....sepi...kaku...kaku
        Inilah natijahku
        Sudah telambat untuk aku
        Menghidupkan pepatung boneka sastraku semula

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        13 Sept 2012
      • Norm Norman Mohd Yusoff Terima kaseh Ratu Rimba i atas kepercayaanmu pada natijahku ini demi sesungguhnya aku memang ada disudut ini mentarbiahkan kesukaan diatas apa jua yang dapat aku menterapikan diri diatas nama besarnya Allah...
        7 hours ago via mobile · Unlike · 1
      •  KOKOKAN AYAM JANTAN

        Kokokan ayam jantan 
        Bukan sebarangan
        Pabila dia berkokok
        Membangunkan manusia dari lena
        Untuk menyembah Tuhan
        Untuk menuju kejayaan
        Menuju kejayaan dunia akhirat

        Kokokan ayam jantan
        Lebih mulia
        Daripada kokokan manusia
        Yang berhatikan syaitan berajakan iblis

        Kokokan ayam jantan
        Setia pada masa dia berkokok
        Dia menyeru
        Penuh patuh
        Penuh ikhlas
        Tanda dia bersyukur pada Pencipta-Nya

        Kokokan ayam jantan
        Berkokok demi-Nya
        Berkokok menyeru
        Manusia 
        menuju Ilahi..
        menuju kejayaan
        kejayaan dunia akhirat

        KARYA RATU RIMBA NIAGARA
        13 Sept 2012
    (PETIKAN DARIPADA DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
    13 Sept 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;