Wednesday, 12 September 2012

RINDUMU MEMBALUT LUKAKU




...Deringan Pertama...(2)

Dalam ubun hujung senja
ada dering pertama
tanpa sedari atau sengaja di biar
untuk biasan diri...

Dering pertama
ingatan atau persediaan dalam penantian
kembali dan pergi..

dering itu buatku mengerti
siapa di sebalik menanti
merinduiku untuk kembali
dia... Maha Besar.

Lezaihasra Lm
besut, terengganu.
13. 09. 2012
 — with Ahmad Tajuddin and 45 others.
Unlike ·  ·  · 35 minutes ago · 
  • You, Ahmad Tajuddin and 24 others like this.

    • Pagi yg indah buatmu..indah puisi mu..TQ...♥...
    •  RINDUMU MEMBALUT LUKAKU

      Deringan pertama
      Buatkan ku rindu syahdu
      Kerana deringan itu
      Tidak berapa jelas kedengarannya
      Sayup....sayup...sayup....
      Biarpun sayup sayup kedengaran
      Tapi cukup membuatkan ku rasa bahagia mendengar
      Seolah rindumu memanggil-manggilku
      Menyatakan kau juga rindu padaku
      Rindumu terlalu membara-bara

      Deringan kedua
      Bila kukenangkan
      Betapa kekejamanku padamu
      Membiarkan kau terlara sepi
      Begitu lama...lama...lama...terseksa...
      Menanggung rindu
      Buatkan ku menangis syahdu...
      Lagi aku mahu melupakanmu
      Kerana takut 
      Saling kecewakan
      Aku mahu saja lupakanmu
      Tapi lagi mahu kulupa
      Lagi rindumu datang
      Dan aku jadi 
      Semakin rindu
      Rindukanmu
      Kesetiaanmu pada ku
      Terpujuk rinduku
      Kerana hadir rindumu
      Telah membalut lukaku

      KARYA RATU RIMBA NIAGARA
      13 Sept 2012
    (KARYA LIZAIHASRA LM & RATU RIMBA NIAGARA)
    13 Sept 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;