Saturday 15 September 2012

MOYANG KAMI PEJUANG MENUNTUT KEMERDEKAAN SABAH





MOYANG KAMI ADALAH PEJUANG GERILA UNTUK
MENUNTUT KEMERDEKAAN NEGERI SABAH

Awang Karim Kadir:

Ya...benar Ratu Rimba Niagara...
rakyat di Kudat ini ada cucu cicit para
pejuang yang telah membebaskan Sabah daripada penjajah Inggeris dan Jepun. Moyang kami Datu Paduka Muhammad Saleh adalah Pahlawan Sabah yang telah menentang Chartered Companny British.Datu Mustapha adalah pejuang gerila menentang
Jepun dan bapak kemerdekaan negeri Sabah. Tetapi kami cucu
cicit mereka dalam keadaan yang terseksa dan terhina.
terseksa oleh himpitan keadaan dan terhina kerana hidup
seperti status PTI Walau pun negara telah Merdeka sekian
lama tetapi perkampungan Melayu masih lagi berstatus
'Setinggan' rua2 haram di atas tanah rizab kerajaan.Negara
sudah merdeka tetapi perkampungan dan rumah2 rakyat masih
belum bebas dan merdeka sepenuhnya...Bagaimanakah kami
dapat berbangga dengan kemerdekaan ini...?

Awang Karim Kadir:

Allahhu Akbar!!!

MOYANG KAMI DATU PADUKA MUHAMMAD SALEH PEJUANG KEMERDEKAAN SABAH

Aduhai...cucu cicit pejuang negeri Sabah dari
penjajahan Inggeris dan Jepun.
Apakah dengan pengorbanan suci ini dibalas sedemikian rupa?
Terkedu aku. Darah dan nyawa dipertaruhkan untuk negeri Sabah
bukan penghargaan dibalas tapi dibiarkan terseksa dan terhina!
Kerana ada darah perjuangan yang mengalir di tubuhmu ...
kalian masih lagi bersabar...demi keamanan negeri Sabah?
Tapi sampai bila?

Apalah ertinya kemerdekaan yang dilaungkan jika harga
pejuang-pejuang Datu Paduka Muhammad Saleh dilayan seperti kain buruk
yang digunakan untuk mengelap air mata anak cucu-cicitnya...

Aduhai...terkedu aku dalam sengsara mereka itu...
dan sengsara mereka itu meresap ke dalam jantung hatiku.

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG
DI MANA BUDI DISEMAI DI SITU LETAKKAN KEMEGAHAN
TAPI KEMEGAHAN MENJADI RACUN BERBISA!
BUDI DISEMAI MEMAKAN DIRI HINGGA SAMPAI BILA?

Duhai anak cucu cicit pejuang Datu Paduka Muhammad Saleh
Jika benarlah darah yang mengalir itu adalah darah pahlawan
Ayuh....sempena Hari Malaysia ini

Laungkan Kami Mahu Hak Kami!
Kami mahukan pembelaan untuk kami!
Kalau tidak sia-sialah darah moyang kami gugur di bumi bertuah ini!

Karya Ratu Rimba Niagara
16 September 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE-49 PADA 16 SEPT 2012)

JIKA BENARLAH KAMU ANAK CUCU-CICIT DATU MUHAMMAD SALEH

Duhai anak cucu cicit Datu Muhammad Saleh...
Jika kau masih mendiam diri membatu tanpa bertindak
Memperjuangkan hak pewarismu
Sia-sialah darah yang mengalir di tubuhmu
Sia-sialah kau menjadi anak jantan!

Bertindak tidak semestinya akan berlaku pertumpahan darah
Tapi menggunakan akal kebijaksanaanmu membela hakmu

Aku yakin kamu akan berjaya
Jika kamu berjaya dalam memperjuangkan hak kamu
Memang benarlah kamu cucu cicit Datu Muhammad Saleh
Kamu akan dapat rasai itu jika kemenangan di pihak kamu!

Justeru tunggu apa lagi ...
Bangkitlah dari sebuah kekalahan diri sendiri

Ketahuilah kau...moyang kamu
Bangkit dengan mewakili seluruh Sabah dan Malaysia
Menempa kejayaan
Kenapa kejayaan sudah tergenggam di tangan
Menjadi hak milik kekal negara
Tiba-tiba jadi begini?

Kalau moyangmu pertaruhkan nyawa untuk Sabah dan Malaysia
Kau pertaruhkan apa?
Jangan pandai mengeluh
Tapi pandailah melaung...
Melaunglah semahumu ...
Akan bangkit semua pejuang-pejuang menyahut launganmu itu
dan ketahuilah kau tika ini
Moyang kamu bersedih jika kau kecundang dalam laungan penuh
bersemangat itu....
Biarlah hingga hilang suaramu dek jutaan kali melaungkan hak kamu...setidak-tidaknya kamu sudah berusaha secara damai tanpa berlaku pertumpahan darah....

Cuma yang aku dapat bantu bagi pihakmu...akan kulayangkan
warkah-warkah air mata perjuangan suci moyangmu itu kerana
aku amat menghargai jasa setiap yang bergelar "PEJUANG KEMERDEKAAN!"

Biar jasanya diSyukuri kerana nikmat kemerdekaan dikecapi kini
Biar darah yang tumpah dan jasad yang gugur ke bumi dikenang
sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN!

Kudoakan moga perjuangan suci mereka tidak dipersiakan dan
menghargai anak cucu-cicitnya dengan selayaknya!
Barulah bererti erti, "HARI MALAYSIA YANG DISAMBUT
PADA HARI INI 16 SEPTEMBER 2012!"

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 September 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA YANG KE-49 PADA 16 SEPT 2012)

DARAHKU YANG MENGALIR ADALAH HAK RAKYAT!
DARAHKU YANG MENGALIR TERTULIS,'FISABILILLAH'

Darahku yang mengalir adalah hak rakyat
Darahku yang mengalir juga ada semangat Melayu
Darahku yang mengalir tertulis ,'Fisabilillah'

Aku adalah hak Allah
Hamba Allah yang berjawatan hamba sampai kapanpun!
Aku adalah khalifah di muka bumi ini

Justeru siapapun mereka
Takkanku hiraukan
Biarpun berpenat berlelah
Biarpun jasadku
Dihujani peluru di setiap penjuru
Namun kuberundur tidak sekali!

Pantang Pahlawan Melayu tewas
Sebelum turun ke gelanggang!

Dulu kini dan selamanya
Aku telah pun bersedia
Membela nasib rakyat
Yang harus dibela
Biarpun aku dicerca!
Dipandang sebelah mata
Bagi mereka yang tidak berpuas hati
Cara aku membela rakyat

Aku dengan caraku
Dan kau dengan cara kau
Biarpun kita berbeza pendapat
Tapi matlamatnya tetap sama
Iaitu membela rakyat yang harus dibela

Dalam perjuangan
Mesti ada yang tidak berpuas hati
Mesti ada mengumpat mengeji
Mesti ada iri hati
Mesti ada dengki mendengki
Mesti ada tikam menikam
Jatuh menjatuh
Hingga tersungkur!
Kekuasaan menjadi rakus
Sampai memakan diri!

Kerana darahku tertulis 'Fisabilillah'
Takkan kuhiraukan semua yang memakan diri
Yang ada di hatiku darah ."Fisabilillah"
Nyawaku telah kupertaruhkan untuk:
Allah
Rakyat
Bangsa
dan negaraku tercinta!

ALLAHU AKHBAR!
BERJUANGLAH HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
DUHAI PEJUANG TULEN RAKYAT SABAH!

KARYA: RATU RIMBA NIAGARA
16 SEPTEMBER 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE -49 PADA 16 SEPT 2012)

PEMBELAAN UNTUK RAKYAT SABAH ADALAH ROH PERJUANGANMU!

Pemimpin dekat di hati rakyat...
Bagaikan aur dengan tebing
Rakyat belum bersuara
Sudah faham
Rakyat bersuara
Lagi terlebih faham
Lalu difikir
Di benak hati
Di Luar kotak pemikiran
Bagaimana mahu diselesaikan
Setiap masalah yang ditanggung rakyat
Diperah biarpun setitis kudrat pemikiran
Demi rakyat untuk rakyat
Rela dia
berhujan berpanas
berpenat berlelah
dihina dikutuk
dilalui dengan hati yang tabah dan redha

Yang menjadi tanda tanya
Kenapa dia sanggup
Bersusah payah demi rakyat?
Sedangkan dia telah miliki segalanya!
Tak perlu berpening memikirkan
Masalah rakyat?
Apa lagi yang diperlukan dalam dunia ini?

Itulah yang mengagumkan aku
Bila dia jawab
Itu adalah tanggungjawabnya
Dan akan dipertanggungjawabkan
Di akhirat kelak
Dan dia jawab lagi
Mahu menjadi khalifah Alllah
Yang mati dalam perjuangan
Kerana perjuangannya adalah
'Fisabilillah'
Aduh! Terkedu aku mendengarnya

Moga apa yang dicitakan oleh
pemimpin berjiwa rakyat itu
dipermudahkan segala urusan
apabila dia berurusan
mengenai rakyat dan negaranya
moga dimakbulkan Allah
segala hajat dan cita-citanya
dan Allah membalas segala baktinya
dengan balasan Syurga
kerana hidup matinya
semuanya kerana Allah
bukan kerana manusia
bukan untuk mengejar kuasa dunia
bukan untuk mencipta nama
bukan untuk kepentingan sendiri
makanya ditempuh onak dan duri
biarpun hati hancur berkecai!
biarpun ombak tsunami datang membadai!
biarpun dihujani peluru di setiap penjuru
demi rakyat dia rela begitu
moga Allah sentiasamu
di setiap langkah dan helaan nafas
di setiap denyut nadi
di setiap degupan jantung
memikirkan rakyat
adalah tanggungjawab
itulah roh perjuangannya
akan terus berjuang
hingga ke titisan darah terakhir
sehingga terhenti
tarikan nafas
degupan jantung
denyutan nadi
Subhanallah Alhamdulillah Alllahu Akhbar
Itulah lafaz dari rakyat untukmu
seorang pejuang yang sentiasa mewangi jasamu
bak haruman kasturi direnjiskan haruman setanggi!
di kuburanmu ditaburkan bunga-bunga kemboja putih
seputih perjuanganmu dan diiringi doa restu
pergilah dikau dengan aman dan tenteram
kerana perjuanganmu diwarisi oleh generasi
setiamu yang sudah sebati dalam jiwa
apa erti tersirat perjuanganmu selama ini!

Pemergianmu diredhai
Kerana Syurga tempatmu
Pergimu Senyuman Syurga!
Allahu Akhbar!

Karya Ratu Rimba Niagara
16 September 2012
(Diilhamkan Khas Untuk Ybhg Datuk Mohd Jeffry Rosman Bersempena Menyambut Hari Malaysia Ke-49 pada 16 Sept 2012)

KAMI SAYANG SABAH KAMI SARAWAK KAMI SAYANG 1MALAYSIA

Kami Sayang Sabah
Kami sayang Sarawak
Kami Sayang 1Malaysia,
Jasa Raja dan Pemimpin sentiasa diingati;
Moga 1Malaysia aman sejahtera,
Mengekalkan Kemerdekaan dihargai hingga ke mati.

Nampak gembira di wajah masing-masing,
Bergambar bersama TYT di Istana Negeri Sabah;
Menjadi kenangan untuk dikenang,
Dikenangkan juga seluruh rakyat Sabah.
DILAKSANAKAN PLKN ALA MALAYSIA

SARAWAK TERUS MEMBANGUN

Negeri Sarawak terus membangun,
Bajet pembangunan dibuat telus;
Nasib rakyat tidak dibiarkan,
Biar cemerlang terus menerus.

Dilaksanakan PLKN ala Malaysia,
Bermatlamat mencapai keperluan Negara;
Segala ilmu dituntut tidak menjadi sia,
Disemai dan diamalkan bersemangat membara.

Karya: Ratu Rimba Niagara
16 Sept 2012
PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE-49 PADA 16 SEPT 2012

SELAMAT HARI MALAYSIA JANJI DITEPATI

Selamat Hari Malaysia ke-49
Duhai rakan seperjuanganku
Perjuanganmu terbayar kini
Penat lelahmu tertunai kini
Lauangan suaramu tidak akan ditenggelamkan lagi
Kerana suaramu telah memecahkan dinding-dinding kekebalan
Yang membuatkan suaramu tidak dapat ditembusi

Sempena Hari Malaysia Ke -49 ini
Semuanya sudah bererti pada semua rakyat Sabah dan Sarawak
Kerana semua janji ditepati
Makanya senyumlah dalam syukur pada-Nya
Kerana perjuanganmu telah dimakbulkan Tuhan
Kerana janji telah ditepati

Hari Malaysia ke- 49 ini
Amat berarti bagi moyangmu
DATU PADUKA MUHAMMAD SALEH
Kau bahagia
Rakyat Sabah bahagia
Rakyat Malaysia Bahagia
Pemimpin 1 Malaysia Bahagia
BAHAGIA HARI MALAYSIA JANJI DITEPATI!
SEMUANYA BAHAGIA
MERAIKAN HARI MALAYSIA PADA HARI INI PADA 16 SEPTEMBER 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
UCAPAN TULUS IKHLAS DARIPADA RATU RIMBA NIAGARA
UNTUK SEMUA RAKYAT SABAH & SARAWAK

KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 Sept 2012
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI MALAYSIA KE-49 PADA 16 SEPT 2012)
Like ·  ·  · 2 hours ago



1 comments:

dukusantetdanpelet said...

kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada MBAH atas nomor togel.nya yang MBAH
berikan 4 angka 7643 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus MBAH.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu MBAH. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan MBAH..
sekali lagi makasih banyak ya MBAH … bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi MBAH BAKARO,,di no ((( 082-333-348-575 )))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Kami Berani Bersumpah Bahwa Ini Kisah Nyata Dari Kami Demih Allah Demi Tuhan.
Cuma mbah bakaro.Yg Bisa Membuktikan Angkanya,
Karna Sudah Banyak Dukun2 Yg Kami Hubungi Tidak Ada Satupun Yg Membawakan Hasil.
Jika Anda Ingin Merasakan Kemenangan Dalam Permainan Angka Togel 2D,3D,4D 5D, 6D,di Jamin Tembus 100%.
Bilah Ada Waktu Silahkan Tlpon MBAH BAKARO .Nomor Hp: : 082-333-348-575-

Post a Comment

 
;