Sunday, 9 September 2012

PUITIS SUNGGUH TARIAN PENANYA




kenapa perlu gambar2 betul2 wajah dipaparkan di fb? kerana visinya mencari..takkan nak letak gambar kartun semua..manusia ada keluarga , mesti ada wajah2 di dalam keluarga..mungkin org tidak kenal kita@saya namun dapat mengingat wajah ahli keluarga saya...tiada lain sebab gambar2 itu melainkan menjadi "clue"

By: Bonda UI
 ·  · 
  • Sri Prabu Bumi Kusuma and 4 others like this.
    • Rabeah Mohd Ali Yang penting apa matlamat kita membuka akuan fb...
      Kalau kau tanya aku...
      Aku mencari rakan fb yang boleh memberi impakku dalam dunia
      Sasteraku agar sentiasa mensuburkan semangatku untuk menulis
      Jika dia terus senyap seolah aku tidak wujud
      ...makanya aku mohon
      Dimaafkan...banyak-banyak...krana aku terpaksa sepikan rinduku padanya
      di ombak rindu...biarlah aku dengan bayang-bayangku sendiri...
      dan dia dengan cara bayang-bayangnya....
      26 minutes ago · Edited ·  · 1
    • Pelangi Buana Juntaian rendaan bungaan sastera mu wahai Rabeah ~
      37 minutes ago ·  · 1
    • Rabeah Mohd Ali Pelangi Buana suara kalbumu merdu seindah jelmaan pelangimu di laut biru...
      Aku mahu untaikan bahasa seindah pelangi jelmaanmu duhai Pelangi Buana.
      24 minutes ago ·  · 2
    • Bonda UI Alhamdulillah Rabeah Mohd Ali..dulu jumpa yg paling di cari di fb juga setelah hampir 18tahun
      21 minutes ago ·  · 2
    • Rabeah Mohd Ali Itulah hikmah di sebalik perkenalan di fb ini krana setiap yang ghaib semua-NYa
      Dalam Pengetahuan Allah SWT.
      15 minutes ago ·  · 2
    • Bonda UI Kanda Pelangi Buana..Rabeah Mohd Ali seorang putri@ratu puisi..
      14 minutes ago ·  · 1
    • Pelangi Buana sudah ku renong, sudah ku telek.....puitis sungguh tarian penanya.
      10 minutes ago ·  · 1
    • Rabeah Mohd Ali Bonda UI
      Nanda berpuisi tanda
      Nanda Sayangkan Tuhan
      Tanda nanda sayangkan semua yang berhidup di muka bumi ini
      Tanda nanda pernah berhidup di muka bumi ini
      Kehidupan adalah setetes cuma
      Andainya nanda terleka dan terlalai
      Makanya jadilah nanda orang yang rugi
      Takut sangat penyesalan tak tertebus...
      Sebelum itu terjadi....
      Mohon Allah ehsan sama nanda
      Sentiasa mahu berbuat baik dan menyayangi sesama insan kerana-Nya.
      9 minutes ago ·  · 2
    • Rabeah Mohd Ali Sudah ku tenong sedalamnya....
      Hatimu pelangi buana seindah pelangi di malam hari.....hehehe
      7 minutes ago ·  · 1
    • Bonda UI Nanda putri Rabeah Mohd Ali..sebetulnya belum sempat kurenung semua baitmu//namun malam2 kubangun membaca dan menghayati..kelak kuberikan penghargaan di dalam hati..dan terasa puisimu dekat di sanubari...gitulah kanda Pelangi Buana rasa hati ini
      6 minutes ago · 
    • Rabeah Mohd Ali Duhai bonda yang dikasihi dunia akhirat
      Duhai Pelangi Buana yang disanjungi sepenuh hati
      Sebagai tanda kenang kenangan persahabatan kita di sini
      Terimalah puisiku bertajuk PUISI PUNGGUK BERLAGU RINDU

      PUISI PUNGGUK BERLAGU RINDU

      Wangi sungguh si bunga cempaka,
      Bunga kegemaran Si Putri Rimba;
      Duhai kawan ingatku jika aku terleka,
      Terleka mengingatimu tiba-tiba.

      Hutang syair dibayar syair
      Hutang pantun dibayar pantun
      Hutang puisi dibayar puisi
      Hutang gurindam dibayar gurindam
      Semuanya aku nantikan
      Jika gagal...
      Pastinya bunga cempaka putihku tak berseri lagi...

      KITA TAK MERANCANG UNTUK SALING JATUH CINTA
      ITU SEMUA RANCANGAN ALLAH TANPA DIDUGA
      JIKA CINTA ITU ADALAH MILIK KITA
      ITU TANDANYA CINTA KITA SUDAH TERCATAT SEJAK AZALI
      JIKA CINTA ITU BUKAN MILIK KITA
      KUREDHA KARENA ITU TAKDIR ILAHI
      APAPUN AKU BERSERAH
      TAKDIR CINTA ADALAH KETENTUAN-NYA

      LALU AKU TERUS MERINDU PADAMU

      Sayang...janganlah bawa jauh rinduku
      Karna aku tak tega kehilangan rindumu
      Pabila aku kehilangan rindumu
      Seluruh keceriaan hidupku
      Akan diheret ombak rindu
      Lalu aku terus merindu padamu
      Makanya jangan buang rinduku di hatimu sayang....

      MOHON REDHA ILAHI

      andai simpatimu semakin gersang
      andai katamu semakin usang
      percayalah cintaku padamu tak pernah gersang
      dan rinduku padamu tak pernah usang
      sentiasa semakin sayang
      tak akan hilang
      bila hati dah sayang
      mengundang rindu
      mengundang cinta
      berkasih sayang
      kerana-Nya
      mohon redha Ilahi

      CINTA ITU INDAH

      Salam sejahtera buat rakan yang kukasihi...
      Walaupun ku tak mengenali mu
      Sudilah terima puisiku sebagai tanda kasih sayang dariku
      Moga di sini kita semua dapat berpuisi nan indah-indah
      Kerana Cinta Itu Indah ...
      Seindah terbitnya pelangi di malam hari
      Bahasa-bahasa cinta pun indah-indah
      Jika bahasa cinta itu di luar batas ...
      Akan membuatkan kita rasa cinta itu menghinakan
      Karna cinta itu indah
      Gunakan bahasa yang indah-indah

      Cinta itu suci
      Sucikan dengan ikatan murni
      Barulah cinta itu menjadi CINTA SYURGA

      Cinta Oh Cinta...
      Ku hargai dan sanjungimu
      Karna kau membuat hati-hati berpelangi cinta
      Pabila dalam hati ada taman pelangi cinta
      Senyuman pun terukir
      Pelangi cinta suci
      Sesuci CINTA SYURGA
      Pasti bahagia membahagiakan
      Cinta yang terpatri di dunia
      Bawa ke Syurga

      Makanya burulah cinta
      Yang boleh membawa ke Syurga

      Cinta...oh! Cinta...
      Aku memburumu tak kira di mana kau berada...

      Cinta kepada:

      Tuhanku Yang Mencipta Alam ini
      Semua penghuni bumi dan langit

      Bahagia rasa hati pabila hidup
      Mencintai semua yang ada
      Kerana-NYa

      Sebab itulah CINTA ITU INDAH!

      RINDUKANMU TIADA PENGHUJUNGNYA

      Rindumu selalu kunanti dalam mimpi
      Tapi lagi kutunggu tak juga kunjung tiba
      Kau sepikan rinduku lalu kusepi tanpa rindumu
      Rindumu kunanti tanpa jemu
      Tiada penghujung...
      Biarpun malam kan tiba
      Bersama dengan indahnya purnama malam
      Pengubat sepiku
      Dan ingin kulupakan rindumu
      Namun rindumu datang bertamu di hatiku
      Biarpun tanpa diundang
      Kutetap rindukanmu
      Biarpun kau telah membuang rinduku di ombak rindu
      Lagi kau buang
      Lagi kurindu
      Serindu-rindunya
      Mujurlah helang malam sudi menjelma di bulan purnama
      Serasa kau hadir membalas rinduku
      Terubatlah rinduku padamu...
      Rindukanmu tiada penghujungnya...

      AIR TERJUN NAN INDAH DI RIMBA NIAGARA
      DUDUK DIBATUAN DI KELILINGI PENGHUNI RIMBA
      SANG PUTRI RIMBA MELAGUKAN
      GURINDAM SYAIR PUISI...
      SEMUANYA TERHIBUR PENUH SYAHDU
      BERSYUKUR NIKMAT KURNIAAN DARI
      TUHAN MENGINDAHKAN ALAM
      CIPTAAN-NYA DI ALAM INI PENUH INDAH
      MEMPESONAKAN!
      SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR

      Karya Ratu Rimba Niagara
      8 September 2012
      PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA
      8 September 2012
      about a minute ago

      • Pelangi Buana jika rasa dirasa dan merasa.....silaunya bait mu, mencanang perkasa. Hati yang segebu kabus dilentur ditenun cahaya...terima kasih dinda Bonda UI dan Rabeah Mohd Ali
        8 minutes ago ·  · 1
      • Bonda UI TUHAN MENGINDAHKAN ALAM
        CIPTAAN-NYA DI ALAM INI PENUH INDAH
        MEMPESONAKAN!
        SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
        7 minutes ago ·  · 1
      • Rabeah Mohd Ali TUHAN JIKALAH PERSAHABATAN INI ADALAH ATAS KEHENDAKMU
        MAKANYA YA ALLAH KAU PATRIKAN PERSAHABATAN KAMI HINGGA KE SYURGA-MU AAMIIN
        JANGAN KAU BALIK-BALIKKAN HATI KAMI
        SINARKANLAH NUR HIDAYAH KASIH-MU SEHINGGA KE NAFAS TERAKHIR KAMI
        KAMI SALING KASIH MENGASIHI HANYALAH KERANA-MU YA ALLAH...
        KUATKANLAH SEMANGAT KAMI UNTUK BERJUANG KE JALAN-JALAN SYURGAMU YA ALLAH
        AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.


(PETIKAN DARIPADA WALL BONDA UI)
            9 Sept 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;